28 OGOS 2018
Tentera Yaman serang
UAE
SANAA - YAMAN . Tentera Yaman, yang disokong oleh pejuang
sekutu dari Jawatankuasa Popular dilapor melancarkan serangan udara terhadap
sasaran ekonomi strategik di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ia sebagai tindak balas terhadap serangan tentera pakatan
yang diketuai Arab Saudi.
Sumber ketenteraan Yaman memberitahu bahawa tentera Yaman
dan sekutu mereka menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dengan
menggunakan dron Sammad-3 (Invincible-3) pada petang semalam.
Pada 26 Julai lalu, pasukan tentera Yaman dan pejuang
Jawatankuasa Popular menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi
menggunakan jenis serangan sama.
Arab Saudi dan sekutunya telah melancarkan kempen
ketenteraan terhadap Yaman pada bulan Mac 2015, dengan tujuan untuk
mengembalikan kuasa kepada bekas presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi dan
menghancurkan pergerakan Houthi. - Press TV
No comments:
Post a Comment