China bimbang kurang tenaga muda
BEIJING: China bakal membatalkan dasar dua anak, dengan
akhbar tempatan memetik rang kod sivil yang akan mengubah peraturan perancangan
keluarga kontroversi selama beberapa dekad itu.
Kod itu akan menamatkan dasar yang dikuat kuasakan menerusi
denda tetapi juga dikenali kerana kes pengguguran paksa dan pemandulan di
negara paling ramai penduduk di dunia itu.
Akhbar Procuratorate Daily melaporkan, kod draf itu tidak
merujuk kepada ‘perancangan keluarga’, dasar terkini yang mengehadkan pasangan
suami isteri memiliki tidak lebih daripada dua anak.
Laporan tidak menunjukkan sama ada dasar baru akan menaikkan
had atau membenarkan bilangan anak tanpa had.
Kod draf sivil itu, yang dibincangkan oleh Jawatankuasa
Tetap Kongres Kebangsaan Rakyat minggu ini, dijangka siap menjelang 2020.
Parti Komunis mula menguat kuasa dasar satu anak pada 1979
untuk melambatkan pertumbuhan penduduk.
Ia dinaikkan kepada dua anak pada 2016 ketika negara itu
berusaha mengatasi bilangan warga emas dalam kalangan 1.4 bilion rakyatnya.
Kebimbangan memuncak bahawa pertambahan warga tua dan
kekurangan tenaga kerja akan melembapkan ekonomi China, manakala
ketidakseimbangan jantina membawa kepada masalah sosial.
Kadar kelahiran tidak meningkat banyak seperti dijangka
sejak dasar dua anak diperkenalkan, dan ada spekulasi kerajaan akan
melonggarkan had itu.
“Memang jelas kerajaan amat terganggu dengan kadar kelahiran
rendah dan kegagalan menghasilkan lebih banyak kelahiran dengan melonggarkan
dasar satu anak,” kata penulis ‘Betraying Big Brother: The Feminist Awakening
in China, Leta Hong Fincher.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Ogos 2018 @ 9:45 AM
No comments:
Post a Comment