Monday 27 August 2018

Trump nafi lakukan kesalahan



Presiden AS mengaku guna wang sendiri untuk tutup mulut bintang porno

24 Ogos 2018 3:00 AM


WASHINGTON – Presi­den Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertegas kelmarin bahawa beliau tidak me­lakukan apa-apa kesalahan selepas bekas peguamnya mendedahkan bahawa Trump me­ngarahkannya membuat pembayaran haram secara rahsia menjelang pilihan raya Presiden pada 2016.


Bekas peguam Trump, Michael Cohen memberitahu hakim persekutuan pada Selasa lalu bahawa dia membuat pembayaran untuk menutup mulut dua wanita yang mendakwa mereka menjalin hubungan sulit dengan Trump atas permintaan Presiden AS itu.


Kenyataan Cohen itu dibuat pada hari penuh drama dan memeningkan kepala Trump apabila bekas pengurus kempen politiknya, Paul Manafort didapati bersalah atas dakwaan penipuan bank dan cukai.


Perbicaraan tersebut susulan siasatan diketuai pendakwa raya khas, Ro­bert Mueller berhubung campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016.


Bagaimanapun, Trump yakin bahawa beliau akan dapat mengatasi skandal politik terbaharu itu.


Selepas menuduh Cohen sengaja mereka cerita bagi mengurangkan hukuman terhadap dirinya, Trump kemudian mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa tindakan bekas peguamnya itu bukan ‘satu jenayah’, malah menurutnya semasa menghadiri program bual bicara, Fox and Friends, pembayaran tersebut juga tidak menyalahi peraturan kempen pilihan raya.


Dalam wawancara sama, Trump berkata, pembayaran sulit itu dibuat menggunakan wangnya sendiri yang boleh diakses oleh Cohen.


Bayaran itu dibuat kepada bintang filem lucah, Stormy Daniels dan model Playboy, Karen McDougal. – AFP







China bimbang kurang tenaga muda



AFP

China bimbang kurang tenaga muda


BEIJING: China bakal membatalkan dasar dua anak, dengan akhbar tempatan memetik rang kod sivil yang akan mengubah peraturan perancangan keluarga kontroversi selama beberapa dekad itu.


Kod itu akan menamatkan dasar yang dikuat kuasakan menerusi denda tetapi juga dikenali kerana kes pengguguran paksa dan pemandulan di negara paling ramai penduduk di dunia itu.


Akhbar Procuratorate Daily melaporkan, kod draf itu tidak merujuk kepada ‘perancangan keluarga’, dasar terkini yang mengehadkan pasangan suami isteri memiliki tidak lebih daripada dua anak.

Laporan tidak menunjukkan sama ada dasar baru akan menaikkan had atau membenarkan bilangan anak tanpa had.


Kod draf sivil itu, yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Kebangsaan Rakyat minggu ini, dijangka siap menjelang 2020.


Parti Komunis mula menguat kuasa dasar satu anak pada 1979 untuk melambatkan pertumbuhan penduduk.


Ia dinaikkan kepada dua anak pada 2016 ketika negara itu berusaha mengatasi bilangan warga emas dalam kalangan 1.4 bilion rakyatnya.


Kebimbangan memuncak bahawa pertambahan warga tua dan kekurangan tenaga kerja akan melembapkan ekonomi China, manakala ketidakseimbangan jantina membawa kepada masalah sosial.


Kadar kelahiran tidak meningkat banyak seperti dijangka sejak dasar dua anak diperkenalkan, dan ada spekulasi kerajaan akan melonggarkan had itu.


“Memang jelas kerajaan amat terganggu dengan kadar kelahiran rendah dan kegagalan menghasilkan lebih banyak kelahiran dengan melonggarkan dasar satu anak,” kata penulis ‘Betraying Big Brother: The Feminist Awakening in China, Leta Hong Fincher.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Ogos 2018 @ 9:45 AM






Al-Baghdadi 'muncul kembali'



23 OGOS 2018

Al-Baghdadi 'muncul kembali'


BEIRUT - LUBNAN. Pemimpin  Daesh 'muncul semula', hari ini menggesa para pengikutnya supaya 'bertahan' dan terus berjuang menentang musuh mereka menerusi rakaman audio pertama dikeluarkan rangkaian propaganda kumpulan militan itu selepas hampir setahun menghilangkan diri.


Ibrahim al-Samarrai atau Abu Bakr al-Baghdadi juga menyuruh pengikutnya agar terus melancarkan serangan ganas selepas kumpulan itu mengalami kekalahan yang teruk di Iraq dan Syria selain kehilangan seluruh wilayah yang ditawan mereka sebelum ini.


Al-Baghdadi turut memuji serangan di Kanada dan Eropah dan menggesa pengikutnya menggunakan bom, pisau atau kereta untuk melancarkan serangan.


Selain itu, pemimpin Daesh tersebut memberi amaran tentang kubu kuat terakhir mereka di wilayah Idlib yang dikhuatiri akan dikuasai semula tentera kerajaan dalam operasi besar-besaran akan datang.


Terdapat keraguan tentang keaslian rakaman audio tersebut memandangkan pemimpin terbabit pernah dilaporkan cedera parah, terbunuh atau ditangkap sebelum ini, namun tidak pernah disahkan. - Press TV






Tentera Yaman serang UAE



28 OGOS 2018

Tentera Yaman serang UAE 


SANAA - YAMAN . Tentera Yaman, yang disokong oleh pejuang sekutu dari Jawatankuasa Popular dilapor melancarkan serangan udara terhadap sasaran ekonomi strategik di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Ia sebagai tindak balas terhadap serangan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi.


Sumber ketenteraan Yaman memberitahu bahawa tentera Yaman dan sekutu mereka menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dengan menggunakan dron Sammad-3 (Invincible-3) pada petang semalam.


Pada 26 Julai lalu, pasukan tentera Yaman dan pejuang Jawatankuasa Popular menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi menggunakan jenis serangan sama.


Arab Saudi dan sekutunya telah melancarkan kempen ketenteraan terhadap Yaman pada bulan Mac 2015, dengan tujuan untuk mengembalikan kuasa kepada bekas presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi dan menghancurkan pergerakan Houthi. - Press TV






Perancis gesa EU tidak bergantung kepada AS

Perancis gesa EU tidak bergantung kepada AS: PARIS 27 Ogos - Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan mengusulkan cadangan baharu untuk meningkatkan keselamatan Kesatuan Eropah (EU) sekali gus tidak bergantung kepada Amerika Syarikat (AS) dalam isu itu.

Friday 3 August 2018

10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak




Kisah arak telah wujud pada zaman Nabi S.A.W lagi. Pada Zaman Arab Jahiliyyah, arak ialah hidangan biasa bagi orang Arab. Erti kata lain, asalnya arak tidak haram sehinggalah diceritakan Al-Quran mengenai pengharaman arak dalam Quran, surah Al-Baqarah ayat 219, maksudnya:


“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.”


Selepas ayat ini diturunkan, masyarakat Arab Jahiliyyah masih lagi kerap menjadikan arak sebagai hidangan. Kemudian, Allah SWT turunkan ayat yang kedua berkaitan arak untuk menjauhkan arak.


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hinggalah kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan janganlah kamu pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja-hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah-debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.”  (Quran, surah An-Nisaa’: 43)


Ayat yang pertama di atas menunjukkan kenyataan bahawa arak itu terdapat di dalamnya keburukan atau dosa besar yang dilakukan walaupun ada manfaat, tetapi manfaatnya hanyalah sedikit berbanding keburukan yang ada di dalamnya. Ayat yang kedua pula, Allah SWT melarang bersolat sekiranya masih dalam keadaan mabuk. Ayat yang kedua ini telah memansuhkan hukum arak yang pada asalnya ada manfaat pada ayat yang pertama tadi.

Kemudian, orang arab sudah tidak meminum arak lagi hanya kerana hendak bersolat. Apabila telah selesai bersolat, mereka kembali meminumnya seperti biasa. Akhirnya, Allah SWT telah menurunkan ayat mengenai pengharaman arak.


“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Quran, Surah Al-Maidah: 90)


Maka, ayat yang kemudian diturunkan ini telah memansuhkan hukum arak di ayat yang kedua dengan Allah SWT melarang terus manusia meminum arak kerana ia adalah perbuatan keji dan amalan syaitan.

Dan dalam hukuman jenayah syariah, orang yang meminum arak hukumannya adalah sebat tidak kurang dari 40 sebatan dan tidak lebih dari 80 sebatan. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib:


“Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”


Rasullullah S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat di dalam arak iaitu:-

1) Orang yang memerahnya (arak) iaitu pembuatnya

2) Orang yang meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.

3) Orang yang meminum arak

4) Orang yang membawa arak

5) Orang yang minta dihantarkan arak
6) Orang yang menuangkan arak

7) Orang yang menjual arak

8) Orang yang membeli arak

9) Orang yang makan hasil jualan arak

10) Orang yang minta dibelikan arak






Thursday 2 August 2018

LARANGAN MINUM ARAK (Khamar)




(Tanbihul Ghafilin)


Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati.”    


Masruq berkata: “Peminum khamar itu seperti penyembah berhala, jika ia menganggap halal khamar.”


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar dan semua yang memabukkan itu haram. Dan siapa yang minum khamar didunia sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan dapat minum khamar diakhirat.”


Abul Laits berkata Rasulullah s.a.w. telah menerangkan bahawa tiap minuman yang memabukkan itu haram, dimasak atau tidak dimasak. Sebagaimana riwayat Jabir r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua yang memabukkan jika diminum banyak, maka sedikit juga haram.”


Dilain riwayat dikatakan: “Yang memabukkan jika diminum satu botol, maka seteguk juga haram.”


Abul Laits berkata: “Peminum khamar yang dimasak (tuak) itu lebih besar dosanya daripada yang minum khamar yang tidak dimasak sebab peminum tuak itu merasa bahawa itu haram tetapi yang minum khamar yang dimasak itu adakalanya ia merasa bahawa itu sudah halal sehingga dapat menyebabkan kekafirannya.”


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Usman bin Affan r.a. ketika berkhutbah berkata: “Hati-hatilah kamu dari khamar sebab ia induk dari dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan kedalam rumahnya, lalu ditutup pintunya. Sedang disisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil. Maka berkata wanita itu: “Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau berzina padaku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: “Ada orang masuk kerumahku.” Jawab abid itu: “Zina saya tidak mahu, membunuh juga tidak.” Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu.” Usman berkata: “Kerana itu tinggalkanlah khamar itu kerana ia sebagai ibu dari dosa-dosa dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dan khamar didalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari lidahnya khalimat-khalimat kufur lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa amti dalam khalimat itu sehingga menyebabkan ia kekal dalam neraka.”


Adhdhahhaah berkata: “Siapa yang mati sedang tetap minum (khamar) maka akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan mabuk.”


Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:

Orang bakhil (kedekut)

Orang yang mengungkit pemberiannya

Orang yang tetap minum khamar

Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya


Ibn Mas’ud berkata: “Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:

Yang memerah

Yang minta diperah

Yang minum

Yang memberi minum

Yang membawa

Yang menghantar

Yang membekal

Yang menjual

Yang membeli

Yang menyimpan


Juga Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir’aun dan Haman.”


Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang memberi makan walau sesuap kepada orang yang minum khamar, maka Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan ular atau kala dibadannya dan siapa yang menyampaikan hajatnya maka bererti membantu merobohkan Islam. Dan siapa yang meminjamkannya bererti membantu untuk pembunuhan seorang mukmin dan siapa yang duduk bersamanya dibangkitkan pada hari kiamat buta tidak berhujjah. Maka jika sakit jangan engkau jenguk. Jika menjadi saksi jangan kamu terima persaksiannya. Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak tidak akan minum khamar kecuali orang yang terkutuk dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Dan siapa yang minum khamar maka telah kafir dengan semua kitab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi-nabi-Nya dan tidak akan menghalalkan khamar kecuali orang kafir. Dan siapa yang menghalalkan khamar maka aku lepas tangan daripadanya dunia akhirat.”


Athaa’ bin Yasaar berkata: “Ada orang tanya kepada Ka’bul Ahbar: “Apakah khamar telah diharamkan didalam kitab Taurat?” Jawabnya: “Ya, ayat (Yang berbunyi): Innamal khamru wal maisiru. itu tersebut dalam Taurat. Sesungguhnya Kami menurunkan yang hak untuk menghalau yang bathil dan membatalkan permainan dan terbang dan seruling dan khamar, celaka benar peminum khamar.” Allah s.w.t. bersumpah dengan kemuliaan dan kebesaranNya terhadap siapa yang melanggar (iaitu) meminum khamar akan dihauskan pada hari kiamat dan bagi siapa yang meninggalkannya sesudah diharamkan maka akan diberinya minum khamar disyurga dari Hadhiratul-qudsi.”


Abul Laits berkata: “Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu:


Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal Ibn Abud-Dunia berkata: “Saya melihat orang mabuk dijalan diBaghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj’alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: “Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan.”


Memboros harta dan merosak akal. Sebagaimana kata Umar bin Al-Khatthab kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal.”


Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Innama yuridus syaithanu an yuqi’a bainakumul adawata walbagh dhaa’a filkhamri walmaisir.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi.”


Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun.” (Yang bermaksud): “Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?” Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): “Intahainaa ya Robbi.” (Yang bermaksud): “Kami hentikan ya Tuhan.”


Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar

Ia pembuka dari segala kejahatan sebab jika mabuk. mudah berbuat segala maksiat

Mengganggu malaikat yang menjaganya kerana memasukkan kemajlis fasiq dan adanya bau busuk

Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari enraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan

Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari

Ia berspekulasi (membahayakan) terhadap dirinya sebab dikhawatirkan tercabut iman ketika matinya.

Ini semua siksa dunia sebelum siksa akhirat, maka tidak terhitung selain dari minuman hamim dan makanan zaqqum kerana itu seorang yang berakal jangan sampai memilih kesenangan yang sedikit sehingga membuang kelazatan yang besar dan abadi.


Nuqatil bin Sulaiman ketika metafsirkan ayat (Yang berbunyi): “Yauma nahsyurul muttaqina ilarrahmani wafda. Wana suqul mujrimina ila jahannama wirda.: (Yang bermaksud): “Pada hari kiamat nanti Kami himpun orang-orang muttaqin menghadap kepada Allah berkenderaan. Dan Kami iring orang-orang durhaka keneraka jahannam dalam hal dahaga (haus).” (Surah Maryam ayat 85-86)


Apabila ahli syurga telah sampai dipintu syurga, tiba-tiba mereka melihat pohon yang menyemberkan dibawahnya dua sumber mata air, maka mereka minum untuk membersihkan segala kotoran yang tertinggal dalam perut, kemudian mandi dari sumber yang kedua untuk membersihkan sisa-sisa kotoran yang dibadan, kemudian mereka disambut dengan ucapan (Yang berbunyi): “Salaamun alaikum thibtum fad khuluuha khalidin.” (Yang bermaksud): “Selamat sejahtera kamu, bagus sekali kamu, maka sila masuk kekal selamanya didalamnya.” Kemudian mereka disediakan kenderaan unta yang dibuat dari yaqut yang merah dan kakinya dari emas bertaburan permata, sedang kendalinya dari mutiara dan tiap orang mendapat sepasang perhiasan. Andaikan perhiasan itu diperlihatkan kedunia nescaya akan dapat menerangi ummat semuanya, disamping tiap orang ada Malaikat yang akan menunjukkan tempat-tempatnya diSyurga, kemudian jika telah berada disyurga tampak kepadanya sebuah gedung dari perak sedangkan biliknya dari emas dan tiba telah sampai kesana disambut oleh pelayan-pelayan yang cantik-cantik bagaikan mutiara yang bertaburan, yang lengkap dengan segala macam perhiasan serta bejana-bejana dari perak dan gelas-gelas dari emas, sedang Malaikat semuanya memberi salam selamat kepadanya dan ia hanya menyambut semua itu dengan gembira. Kemudian bila ia telah melihat apa yang telah disediakan Allah s.w.t. untuknya berupa tempat dan perlengkapan kehormatannya, maka ia turun lalu ditanya oleh Malaikat: “Apakah maksudmu?” Jawabnya: “Saya akan turun untuk menerima kurnia pemberian Allah s.w.t.” Malaikat berkata: “Bejalanlah, maka untukmu yang lebih lagi dari apa yang sudah kau lihat itu.” Bila telah jalan maka nampak kepadanya gedung dari emas yang berbilik mutiara, maka bila baru mendekatinya langsung disambut oleh pelayan-pelayan yang bagaikan mutiara yang bertaburan dan membawa bejana-bejana perak dan gelas-gelas dari emas, lalu semuanya memberi salam kepadanya, dan apanila ia akan turun dari situ lalu diperingatkan oleh Malaikat pengawalnya: “Teruskan dahulu sebab amsih ada yang lebih dari itu.” Mendadak dinampakkan kepadanya gedung dari yaqut yang merah, yang dapat terlihat isi didalamnya dari luar kerana sangat jernih, bila telah sampai kesana segera disambut oleh pelayan-pelayannya sebagaimana semual dan memberi salam kepadanya, maka bila ia masuk kegedung itu segera disambut oleh bidadari yang bola matanya berhias dengan tujuh puluh macam perhiasan, semerbak harum baunya sehingga terbau dari jarak perjalanan seratus tahun, maka bila ia melihat muka bidadari itu terlihat wajahnya sendiri dimuka bidadari itu dari jernihnya dan bersihnya mukanya, dan bila melihat dadanya terlihat apa yang dibalik bajunya bahkan dapat terlihat urat-urat betisnya, dan ia berada dirumah yang lebih panjang satu farsakh persegi. Mempunyai empat ribu ambang pntu dari emas dan berlantai pemaidani dari emas bertaburan mutaiar yang meliputi semua ruang rumah dan ada ranjang yang menyamai tujuh puluh ranjang dunia. Maka bila telah duduk lalu ingin buah-buahab, datanglah buah itu sehingga mudah ia memetik dan memakannya dan semua ini sebagai pahala yang disediakan bagi orang-orang muttaqin yang menjaga dari dari minum khamar dan segala perbuatan-perbuatan yang keji.


Sedang ahli neraka dibawa ke neraka, maka bila sampai dimuka pintunya langsung terbuka pintu-pintunya dan disambut oleh Malaikat yang telah siap dengan pukul besinya, maka apabila ia telah masuk keneraka tiap anggota badannya merasakan siksa sendiri, apakah panasnya api atau gigitan ular atau pukulan Malaikat, dan bila dipukul oleh Malaikat segera tenggelam dalam api itu sedalam empat puluh tahun, belum juga sampai kedasarnya, kemudian dinaikkan oleh wap api keatas untuk diulangi pukulan Malaikat sehingga tenggelam kembali sedalamnya. Sedang kulitnya sebagaimana tersebut dalam ayat (Yang berbunyi): “Kullamaa nadhijat juluduhum baddalnaa hum juludan ghoiraha liyadzuqul adzaaba, inna Allah kaana azizan hakiimaa.” (Yang bermaksud): Tiap-tiap telah rosak (masak) kulitnya maka Kami ganti dengan kulit yang baru supaya merasai pedihnya siksa. Sesungguhnya Allah Maha Mulia, Jaya dan Bijaksana.” (Surah An Nisa ayat 56)


Dijelaskan bahawa penggantian kulit itu tiap hari sampai tujuh puluh kali dan terasa dahaga maka minta minum lalu diberikan air hamim yang mendidih dan bila didekatkan kemukanya jatuh daging mukanya dan bila diminum jatuh giginya, kemudian jika masuk kedalam perut terputus-putus ususnya dan masak kulitnya, segaimana ayat (Yang berbunyi): “Yush haru bihi maa’fi buthunihim waljuluud walahum maqaa mi’u min hadied.” (Yang bermaksud): “Mencairkan apa yang didalam perut mereka, demikian pula kulit. Dan untuk mereka tersedia pukul dari besi.” (Surah Al-Haj ayat 20-21)


Dan sesudah beberapa tahun tersiksa mereka lalu memanggil Malaikat-malaikat penjaga Jahannam supaya meminta keringanan kepada Allah s.w.t. tetapi tidak dihiraukan lalu mereka memanggil Malaikat Malik selama empat puluh tahun juga tetapi tidak dihiraukan juga. Sehingga putus harapan mereka dan kerana lama mengeluh tetapi tidak berguna, maka mereka berkata: “Lebih baik sabar.” Maka sabarlah mereka tetapi tidak lama juga sabar tidak berguna sehingga berkata (Yang berbunyi): “Sawaa’un alaina ajazi’na am shobarna malanaa min mahish.” (Yang bermaksud): “Sama saja bagi kami apakah mengeluh atau sabar, tidak dapat terelak dari hukum siksa ini.” (Surah Ibrahim ayat 21)


Benar siksa ini tertuju bagi orang kafir, tetapi seorang muslim jika minum khamar dan terlanjur lidahnya kalimat kufur dikhawatirkan kalau terlepas iman ketika matinya sehingga tergolong pada orang-orang kafir. Kerana itu seharusnya tidak minum khamar dan menjauh dari peminumnya, sebab jika selalu berkumpul peminum khamar, dibimbangi kalau-kalau terkena abunya dan harus selalu memikir kengeriannya hari kiamat supaya hatinya jangan sampai condong kepada khamar.


Alhasan Albashri berkata: “Seorang hamba jika minum khamar hitam hatinya dan jika kedua kali lepas tangan Malaikat yang menjaganya dan bila ketiga kali maka lepas tangan daripadanya Malaikat Maut dan jika keempat kali maka putus hubungan dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan bila kelima kali maka putus hubungan dengan sahabat  Nabi Muhammad s.a.w. dan bila keenam putus hubungan dengan Jibril dan bila ketujuh putus hubungan dengan Israfil dan bila kelapan putus hubungan dengan Mikail dan bila kesembilan putus hubungan dengan langit dan bila kesepuluh maka putus hubungan dengan bumi dan bila kesebelas maka lepas tangan darinya ikan dilaut dan jika keduabelas maka putus dengan mata hari dan bulan dan jika ketiga belas putus dengan bintang-bintang dan jika keempatbelas putus hubungan dengan semua makhluk dan bila kelimabelastertutup pintu syurga padanya dan bila keenambelas terbuka pintu-pintu neraka dan bila ketujuh belas putus dengan Alkursi dan bila kesembilan belas putus dengan Arsy dan bila kedua puluh putus dari rahmat Allah s.w.t.


 Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Asmaa’ binti Yazid r.a. berkata: “Saya telah mendengar  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Siapa yang minum khamar sehingga masuk dalam perutnya, maka tidak diterima sembahyangnya satu minggu dan bila sampai mabuk (hilang akal) maka tidak diterima sembahyangnya empat puluh hari dan jika mati sebelum taubat mati kafir dan jika bertaubat maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari thinatil khabaal (darah yang campur nanahnya ahli neraka).”


Dilain hadis pula: “Jika minum khamar satu kali tidak diterima sembahyangnya dan puasanya dan lain-lain amalnya selama empat puluh hari dan jika minum kedua kali maka tidak diterima semua itu hingga lapan puluh hari dan bila ketiga kali maka tidak diterima semua itu sehingga seratus dua puluh hari dan bila minum keempatkalinya maka bunuhlah ia sebab telah kafir dan layaklah baginya diberi minum oleh Allah s.w.t. dari thinatil khabaal (darah campur nanahnya ahli neraka).” Dilain hadis pula: “Sesungguhnya dosa-dosa terletak disebuah rumah dan kuncinya ialah minum khamar. Yakni siapa yang minum bererti telah membuka untuk dirinya pintu-pintu dosa semuanya.”


Seorang sahabat berkata: “Siapa yang mengahwinkan saudara atau puterinya pada seorang peminum (pemabuk) maka sama dengan mendorongnya kepada zina, sebab seorang jika mabuk bisa keluar dari mulutnya talak, lalu masih dikumpuli yang bererti berzina.”

Khamar itu sama dengan berhala sebab Allah s.w.t. telah menyebut keduanya dengan kalimat (Yang berbunyi): “Rij sun min amalisy syaithan fajtanibuuhu.” (Yang bererti): “Khamar itu termasuk najis dari perbuatan syaitan, maka jauhilah.” Dan ayat (Yang berbunyi): “Faj tanibur rijsa minal autsaan.” (Yang bermaksud): “Maka peminum khamar itu sama dengan penyembah berhala.”

Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Bahawa orang yang minum khamar siang hari, maka bererti ia syirik sehingga petang hari dan siapa yang minum waktu petang bererti dia syirik hingga mati.” Juga ia berkata: “Jika peminum khamar itu mati maka kuburlah ia dan tahanlah aku kemudian kamu gali kembali kubur itu, jika kamu tidak mendapatkannya berpaling dari qiblat maka bunuhlah aku.”


Anas bin Malik r.a. berkata  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. telah mengutuskan aku sebagai petunjuk dan rahmat bagi seisi alam untuk menghapuskan segala permainan seruling dan sebagainya dari kebiasaan jahilliyah dan berhala-berhala dan Tuhanku telah bersumpah: “Demi kemuliaanNya tidak seorang hambaKu minum khamar didunia melainkan pasti Aku haramkan atasnya pada hari kiamat dan tiada seorang yang meninggalkannya melainkan pasti akan Aku berinya minum dari hadhiratil qudsi.


Aus bin Sam’an berkata: “Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, sungguh  saya telah mendapat didalam kitab Taurat tentang haramnya khamar dalam dua puluh lima ayat (kali) ancaman terhadap orang yang minum khamar sudah selayaknya bagi Allah s.w.t., bahawa tiada seorang hamba yang minum khamar melainkan akan diberi minum oleh Allah s.w.t. dari thinatul khabal (darah bercampur nanah ahli neraka).”

 Malik meriwayatkan dari Muhammad bin Almunkadir berkata: “Pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan berfirman: “Dimana orang-orang yang telah menjauhkan (membersihkan diri) dan telinga mereka semua dari semua permainan dan seruling syaitan, tempatkan mereka dalam kebun-kebun kasturi.” Lalu memberitahu kepada Malaikat: “Perdengarkan kepada mereka suara pujaan dan pujianKu dan beritahukan kepada mereka: Tidak ada ketakutan atau kesedihan pada mereka.“

Abu Wa’il dari Syaqiq bin Salamah bahawa ia diundang kenduri, tiba-tiba ia melihat disana ada pemain-pemain maka langsung ia kembali sambil berkata: “Saya telah mendengar Ibn Mas’ud r.a. berkata: “Sesungguhnya nyanyian itu menumbuhkan nifaq didalam hati sebagai air menumbuhkan biji-biji tanaman.”


Atha’ bin Assaib dari Abdurrahman Assulami berkata: “Ketika Mu’awiyah bin Abi Sufyan menjabat tangan gabenor di Syam ada beberapa orang sedang minum khamar dan mereka berkata: “Ini halal bagi kami sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): “Laisal alal ladzina amanu wa amilus shalihati junahun fima Tha’imu. (Yang bermaksud): “TIdak ada dosa terhadap orang yang iman dan beramal soleh didalam apa yang mereka makan.” (Surah Al-Maidah ayat 93), maka Mu’awiyah segera menulis surat kepada Umar bin Al-Khattab, lalu Umar menjawab surat Mu’awiyah supaya mengirim orang-orang itu ke Madinah sebelum mereka merosakkan orang-orang yang lain. Maka ketika telah tiba mereka diMadinah, Umar mengumpulkan sahabat dan musawarah kepada mereka. Para sahabat berkata: “Ya amirul mukminin, mereka telah menyalahgunakan ayat Allah s.w.t. dan membuat hukum yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t. maka penggal saja leher mereka.” Maka Umar bertanya kepada Ali bin Abi Thalib: “Bagaimana pendapatmu?” Jawab Ali: “Pendapat saya, engkau suruh mereka bertaubat, jika mereka tidak mahu bertaubat maka penggallah leher mereka dan bila mahu bertaubat maka hukumlah mereka dengan pukulan dera lapan puluh kali.” Maka Umar menyuruh mereka bertaubat dan mereka bertaubat maka dipukul mereka lapan puluh kali.


Ikrimah dari Ibn Abbas r.a. berkata: “Ketika turun ayat yang mengharamkan khamar, sahabat bertanya: “Bagaimana keadaan kawan-kawan kami yang mati sedang mereka minum khamar?” Maka turun ayat (Yang berbunyi): “Laisa alalladzina amanu wa amilus sholihati junnahun fima tha’imu.” (Yang bermaksud): “Tidak ada dosa terhadap orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam apa yang mereka makan, yakni sebelum diharamkan (sebelum turun ayat yang mengharamkan makanan itu).”







Wednesday 1 August 2018

PENJELASAN HADIS HUKUM HARAM ARAK



6 Jun 2012 jam 1:54 PTG



قال أنس بن مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له



"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

عاصرها - orang yang memerah arak

معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya

شاربها - orang yang meminumnya

حاملها – orang yang membawanya

المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya

ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain

بائعها – orang yang menjual arak

آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak

المشتري لها – orang yang membeli arak

المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya

Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

  
Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil daripada perkataan Al-KAMRU (الخمر) yang bererti menutupi.

Dari segi istilah pula: Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain.



SEJARAH PENGHARAMAN ARAK (ada 3 peringkat)


Peringkat pertama (Penjelasan baik dan buruk arak)


Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqoroh ayat 219 :

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[#] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,"

[#] segala minuman yang memabukkan.

Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum. Penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan, keburukkannya lebih banyak daripada kebaikan

Contoh: Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya, manusia yang meminum arak akan mabuk (hilang ingatan) kurang pertimbangan akal, apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cotoh seorang suami yang baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yang buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya, memukul, dan melakukan perkara yang di luar batasan, padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras. Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yang pertama ini.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yang meminumnya.


Peringkat ke dua (Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa' ayat 43:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun”.

 [#] menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersolat bagi orang junub yang belum mandi.

[#] Pada peringkat kedua ini Allah mula mengharamkan arak diminum ketika hampir masuk waktu solat, kerana dikhuatiri solat yang didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yang lain, melakukan penambahan/pengurangan rakaat dan sebagainya. Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh diminum.


Peringkat ke 3 (pengharaman secara mutlak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa ayat 90-91

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”.

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)”.

[#]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.

 [#] Setelah turun ayat yang ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak.


10 golongan (dilaknat) yang terlibat dengan arak yang terdapat di dalam hadis di atas

Pemerah arak: iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yang bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak, sama ada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya (upah/gaji yang diterima) adalah haram begitu juga perbuatannya.

Meminta diperahkan arak untuknya: Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yang mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran. Maka haramlah pekerjaannya itu.

Peminum arak: Orang yang meminum arak walaupun setitik/tidak mabuk/hanya cuba-cuba. Perbuatan itu adalah haram.

Pembawa arak: Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan/hotel dan sebagainya, ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yang lain. Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya.

Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak sama ada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Maka perbuatan itu adalah haram.

Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya contoh: seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

Penjual arak: Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya, perbuatan itu juga haram.

Orang yang mendapat hasil daripada arak: Suatu skop yang lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan arak adalah haram contoh: Pengawal Keselamatan yang mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji daripada pengurus kilang tersebut. Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.

Orang yang membeli arak bermaksud orang yang membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

Orang yang meminta dibelikan arak untuknya: Bermaksud seseorang yang meminta seseorang yang lain membelikan arak untuknya kerana sebab yang tertentu. Contoh seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya, maka perbuatan muslim itu adalah haram.


Pautan: https://www.facebook.com/notes/lukisan-dakwah-islam-original/penjelasan-hadis-hukum-haram-arak/255088187940793/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title