Aku mahu mengingatkan kamu
semua dengan satu kisah. Kisah seorang lelaki yang
diuji dengan hutang. Hutangnya banyak dan dia
tidak mampu untuk melunaskan hutangnya. Ramai orang menunjukkan permusuhan
kepadanya, iaitu pemiutang-pemiutangnya. Mereka menunjukkan
permusuhan ke atasnya dan menuntut hutang daripadanya. Maka dia pergi kepada
salah seorang peniaga dan ingin berhutang sebanyak 500 dinar.
Kisah ini telah lama berlaku
(teladan sepanjang hayat). Dia dibebankan dengan
hutang. Maka peniaga itu berkata
kepadanya:
“Bila engkau nak bayar
hutang ini?”
Dia berkata pada waktu
sekian.
Dia ambit duit itu dan
membayarnya kepada pemiutang-pemiutang yang lain.
Tidak berbaki wang itu sedikitpun
kepadanya. Keadaannya semakin teruk
dan mereka (lelaki dan peniaga itu) bertemu semula tatkala tiba masanya (yang
ditetapkan) untuk melunaskan hutang. Dia pula tidak memiliki wang untuk
melunaskan hutang.
Maka peniaga datang kepada
lelaki itu dan berkata kepadanya:
“Sudah tiba masanya untuk
melunaskan hutang.”
“Demi Allah! Aku tidak
memiliki duit langsung.”
Maka peniaga itu
mengemukakan aduannya kepada Hakim. Dia di bawa menghadap
Hakim.
Hakim berkata kepadanya:
“Kenapa engkau tidak
melunaskan hutang?”
“Demi Allah! Aku tidak
memiliki duit langsung.”
Maka Hakim mengarahkan
agar ditangkap dan dipenjarakan sehingga dia membayar hutang.
Lelaki itu berkata:
“Wahai Hakim, berilah aku
tempoh sehingga hari esok, sehingga aku pergi kepada ahli keluargaku dan memberitahu,
dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Kemudiaan aku akan balik
berjumpa denganmu.”
Hakim berkata:
“Apakah jaminan yang engkau
akan datang esok, sedangkan aku telah mensabitkan hukuman penjara kepadamu?”
Maka ia terdiam sejenak.
Selepas itu, ia berkata:
“Jaminanku adalah
Rasulullah s.a.w.. Baginda Nabi s.a.w. adalah jaminanku. Jika aku tidak datang,
bersaksilah ke atasku wahai Hakim bahawa aku bukan daripada umat Muhammad
s.a.w.”
Maka Hakim terharu dengan pengakuannya
itu dan mengetahui ‘nilai’ daripada jaminan/ikrarnya itu.
Maka hakim memberinya
tempoh sehingga esok hari.
Maka lelaki itu (dilepaskan
dengan jaminan Hakim (atas nama Rasulullah s.a.w.)) beredar terus menemui
isterinya.
Dia pun berkata kepada
isterinya:
“Hakim telah menjatuhkan
hukum agar aku dipenjarakan.”
Isterinya berkata:
“Bagaimana dia (Hakim)
boleh melepaskanmu?”
Dia menjawab:
“Aku dibebaskan dengan
jaminan Rasulullah s.a.w..”
Isterinya berkata:
“Allahlah yang memberi
ilham kepadanya. Kalaulah Rasulullah s.a.w. adalah jaminanmu. Maka marilah kita
bersama-sama bersalawat ke junjungan Rasulullah s.a.w.”
Maka mereka berdua
bersalawat kepada baginda Rasulullah s.a.w.
Lihat! Bagaimana kesusahan
dihidang kepada lelaki itu (dan keluarganya). Kesusahan melepaskannya.
Mereka bersalawat kepada Rasulullah
s.a.w. sehingga tertidur keduannya.
Kemudian lelaki itu dalam mimpinya
bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
“Dekat sangat kaum
musliminn, sangat dekat. Tetapi kita mesti bersihkan hati kita. Hati kita telah
menjadi hitam kerana kurang berzikir dan kurang bersalawat ke atas Baginda Nabi
s.a.w.”
Dia telah mimpi bertemu
Rasulullah s.a.w.
Kamu semua juga tahu
tentang hadith:
“Sesiapa yang melihat aku
dalam mimpi sesungguhnya dia benar-benar melihat aku.”
Baginda Nabi s.a.w.
berkata kepadanya:
“Wahai fulan, apabila tiba
waktu pagi, pergi berjumpa dengan gabenor, katakan padanya supaya ia melunaskan
hutangmu. Sampaikan salamku padanya, katakan, Rasulullah s.a.w. bersabda padamu,
bayarakan hutangku terhadap peniaga itu. Jika dia tidak mempercayaimu. Maka katakan
padanya bahawa aku ada dua bukti:”
“Apakah dua bukti itu
wahai Rasulullah.”
Katakan padanya:
“Sesungguhnya engkau wahai
gabenor! Engkau bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w. pada setiap malam 1,000
kali dan pada malam yang terakhir engkau tersilap mengiranya. Dan katakan
padanya bahawa selawatnya telah lengkap bilangannya (cukup 1,000 kali).”
Lelaki itu terjaga dari
tidurnya.
Pada pagi itu, di bertemu dengan gabenor dan berkata
kepadanya:
“Rasulullah s.a.w.
menyampaikan salam padamu. Baginda berpesan untuk engkau agar membayar
hutangku.”
Gabenor itu berkata:
“Apakah bukti percakapanmu
adalah benar?”
Lelaki itu berkata:
“Bukti kebenaranku adalah bahawa
engkau bersalawat ke atas Nabi s.a.w. pada setiap malam 1,000 kali dan pada
malam terakhir engkau tersilap mengiranya dan Baginda s.a.w. juga mengatakan
padamu bahawa selawatmu sudah lengkap bilangannya.”
Dengan serta merta gabenor
itu menangis.
Gabenor itu telah memberinya
500 dinar daripada Baitulmal dan 2,500 dinar lagi daripada hartanya sendiri.
“Pergilah engkau kepada
Hakim!”
Dan dia mendapati Hakim
ingin untuk bertemu dengannya.
Hakim berkata pada lelaki
itu:
“Ke marilah. Dengan berkatmu
aku bermimpi bertemu rasulullah s.a.w.”
Maka Hakim memberi 500
dinar untuknya.
Hakim itu berkata padanya:
“Ambil duit ini dan
gunakannya untuk membayar hutangmu. Sesungguhnya aku (Hakim) mimpi bertemu
Rasulullah s.a.w. dan bersabda jika melunas hutangnya maka kami selamatkan
engkau pada hari kiamat.”
Pada waktu itu pintu rumah
Hakim diketuk dan ternyata pemiutang datang dan terus mencium lelaki itu.
Perniaga itu berkata:
“Ke marilah. Dengan berkatmu
aku mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w.”
Baginda berkata padaku:
“Jika kau maafkan orang
ini, maka kami akan maafkan engkau pada hari kiamat.”
“Ini 500 dirham aku beri padamu
dan menyerahkan lagi 500 dinar.”
Lelaki itu beredar dari
situ balik ke rumahnya dengan membawa 4,000 dinar, (500 dirham) dan hutannya
telah langsai.
Ini adalah satu makna
daripada makna-makna berslawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Bukan hanya untuk akhirat
tetapi untuk dirimu sendiri