Friday, 22 December 2017

KEAMANAN DIBINA DENGAN KEKUATAN



Foto: Pemandangan dari Udara bangunan Perisikan Pusat Amerika
Keamanan sesungguhnya bererti keselamatan, ketenangan, ketenteraman, kesentosaan dan keselesaan. Sebaliknya huru hara bererti haru-biru, tidak aman, gempar, kebimbingan, ketakutan, gawat, kacau bilau, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh dan tidak tenteram. Maka keamanan mewujudkan keselamatan dengan cara mengambil semua kemudahan dan mengawal daripada segala yang mendedahkan kepada bahaya.

Firman Allah Taala:
 



“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan  (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Quran, surah An-Nur: 55)

Firman Allah Taala:




“Orang-orang  yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Quran, surah Al-An’am: 82)
 
Firman Allah Taala:




“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (Quran, surah An-Nahli: 112)

  
Apabila kita membicarakan masalah keselamatan, keperluan kepada keselamatan itu perlu diutamankan sebagaimana persediaan-persediaan yang telah lama dilakukan oleh kuasa besar yang mendahului kita dalam pelbagai kemajuan, kemampuan dan kemudahan. Malah dengan peralatan persenjataan yang banyak dan canggih mereka selalu melancarkan pakatan jahat, ugutan, tekanan, sekatan bahkan bukan sahaja dalam bentuk provokasi tetapi melalui ketenteraan. Mereka merancang, menyelidik, mengkaji, mengujikaji dan akhirnya melengkapkan diri mereka dengan pelbagai sumber serta yang paling utama dalam segenap pertimbangan mereka ialah melaksanakan misi.

Foto: Pemandangan dari Udara Bangunan Perisikan Pusat Amerika

Di sini wajar dibentangkan sebahagian maklumat mengenai jentera Perisikan Pusat Amerika (CIA) di mana dapat kita ketahui peranan yang dilakukan di lapangan keamanan. Barangkali maklumat  yang terhad ini bermanfaat kepada aktivis-aktivis keamanan, perancang-perancang muda yang berwawasan, agresif dan terpimpin serta mereka yang prihatin, sensitif berkaitan isu-isu dan kanun umat Islam.

Perisikan Pusat Amerika atau CIA (Central Intelligence 0f America) adalah setelah angkatan lautnya yang berada di Lautan Pasifik pada era 40-an telah diserang oleh tentera Jepun. Akibat daripada pukulan itu, akhirnya hancur semuanya. Daripada kejadian tersebut membuatkan Amerika menubuhkan Badan Perisik Pusat Amerika supaya tidak terdedah lagi kepada serangan mengejut seperti itu.1

Bangunan Jabatan Perisikan Pusat Amerika di Washington itu, letaknya di atas sebidang tanah yang luasnya tiga hektar. Bangunannya tujuh tingkat, terdiri dari seribu bilik, di mana sesetengah bilik itu boleh memuat lebih dari lima ratus orang. Dan tersedia beberapa medan parkir yang dapat memuat sampai tiga ribu kenderaan.  Dan    biaya  membangun  jabatan ini (ditaksirkan) lebih dari empat puluh enam juta dollar  dan dianggar jumlah pekerja  badan perisik di Washington ini sahaja sekitar sepuluh ribu orang.2

Badan perisik tersebut terdiri daripada ahli-ahli perisik, pakar   ketenteraan,  bijak pandai umum, ahli kimia, ahli undang-undang, ahli ilmu jiwa, sarjana atom, pakar-pakar politik, ilmu bumi dan ahli bahasa. Kebanyakan dari mereka boleh bercakap dalam empat bahasa dengan mudah dan sebahagiannya mahir sehingga dua puluh empat bahasa. Jabatan-jabatan intelligence ini menyiapkan berbagai karangan, rekod-rekod dan dokumen, mikrofilem, memori elektronik, berbagai peta dan alat-alat terjemahan segera untuk mana semua ini dapat menolong mengatur dan menyimpan maklumat yang disampaikan dari seluruh pelosok dunia melaui agen-agen dan perisikan-perisikannya.3

Begitulah berdirinya United State Of America atau kekuatan-kekuatan jenis lain di dunia ini, sama ada Kristian, Zionis atau Komunis, dengan cara pengamatan, risikan, cara pengumpulan maklumat dan peruntukan yang munasabah. Jesteru itu segala rancangan dan pakatan jahat terhadap Islam dan umat Islam, hari depannya seperti kerja-kerja membiayai pemberontakan, komplot jahat, pengganas dan mengambil alih kekuasan, mengalih pandangan, mereka-reka pelbagai isu, membuat-buat kejadian tragedi, menerapkan pelbagai peraturan, mendirikan dan menwujudkan pelbagai pertubuhan untuk dipergunakan bagi mencapai maslahat serta kepentingannya walaupun perkara itu terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan bangsa itu sendiri atau menjadi penyakit dalaman yang kronis baginya.

Firman Allah Taala:




“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan  memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Quran, surah Fussilat: 30)

Bersiaplah untuk menghadapi zaman ini.

______________________
1) America Intelligence, oleh Androw Toly
2) S.d.a hal. 24
3) S.d.a. hal. 36


Foto: Pemandangan Dari Udara Bangunan Perisikan Pusat Amerika


Thursday, 14 December 2017

WANITA MENGELUARKAN AROMA WANGIAN



Khusus untuk wanita-wanita syurga; mentaati suami mereka, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t., dan bersikap waspada dalam perkara-perkara subahat.

Bilakah wanita-wanitaceria akan mengeluarkan aroma wangi?
Wangian yang jenis bagaiman baunya?
Benarkah ia berlaku?

Iyakah?

Wanita-wanita yang ceria akan ternampak pada raut-raut wajah mereka kelihatan manis menawan.

Apabila dihiasi dengan senyuman, akan menambahkan lagi seri ayunya. Kecerian mereka disebabkan oleh pelbagai faktor. Ia bergantung kepada ikatan mesranya bersama suami.

Seseorang wanita yang selalu ceria akan mengeluarkan aroma-aroma wangian semulajadi sama ada pada waktu siang atau malam, pada rambut atau badannya. Ia dapat dirasai oleh suami mereka.

Manakala anak-anak dan keluarganya tidak dapat mengesan kehadiran aroma tersebut tetapi dapat dirasai dan dilihat melalui sendagurau dan ketawa riang wanita-wanita ceria itu.

Untuk kepastian dan mendapatkan penjelasannya, wanita cantik silalah bertanya dengan suami tersayang. Ia akan memberi pernilaian yang jujur.

Jika suami memaklumkan nilaiannya berada di bawah paras separuh, maka perbaikilah, dapatkan nilaian terbaik dan meletakkan diri kita antara wanita-wanita yang hidupnya ceria. Kekalkan momentumnya. Anjak parameternya supaya mendatar grafnya, jika pun lambat untuk melonjak menokok ketika hidup ini, setidaknya kita telah berusaha mohon dipayungi, diredhai dan menuju kearahNya.

Apabila aroma itu telah pergi, binalah semula. Jangan ibarat angin, ia pergi tanpa menoleh ke belakang, tapi jadilah seperti hujan yang senentiasa membasahi bumi membajai tanaman.

Manakala wanita tidak ceria dapat dilihat dari raut-raut wajah mereka dan penampilan yang dibawa kepada suaminya.

Hadirkan diri sebagai antara wanita-wanita yang ceria di dunia. Kerana kita dilahirkan bukan sia-sia tetapi menegakkan kebenaran.

Binalah keceriaan kerana ia membina kehidupan. Tiada keceriaan harta bertimbun pun tiada nilainya.




Monday, 11 December 2017

QADA DAN QADAR


Qada - adalah sesuatu yang sejak azali keputusan Allah s.w.t., di luar kawalan manusia.

Qadar - adalah sesuatu yang azali keputusan Allah s.w.t. tetapi sesuatu yang Allah s.w.t. benarkan dibawah kawalan manusia, untuk memilih kehendak akal.


Ahli Sunah Wajama'ah atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah (  والجماعة السنة هل أ ) atau singkatannya sebagai Ahli Sunah atau Ahlu al-Sunnah ( السنة أهل ) atau Sunni. Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadith yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in.


Imam Abu Ya'qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi'i) pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi'i:


"Bolehkah aku bersalat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?"


Imam asy-Syafi'i berkata:


 "Jangan bersalat di belakang orang Syi'ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji'ah."


Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?

Jawab imam asy-Syafi'i:


"Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut Murji'ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakar  dan Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi'ah Rafidhah. Sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut Qadariyah."


Manakala golongan yang serahkan semua pada Allah tanpa ada sebarang usaha itu adalah Jabariyah (Aqidah yang salah menurut ulamak-ulamak muktabar) mereka juga mengatakan manusia jadi jahat atau baik kerana paksaan.

Akidah-Akidah yang menyimpang ini adalah kerana menyalah fahami maksud Qada dan Qadar.


Wednesday, 29 November 2017

KITA MILIK ALLAH, DAN KITA AKAN KEMBALI KEPADANYA



Sesungguhnya ubat yang amat mujarab dari seluruh musibah dan cubaan adalah ucapan:


                            اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ


Seorang ibu dari suku Nakha'i mendapat berita bahawa keempat-empat puteranya gugur di jalan Allah s.w.t. dalam perang di Al-Qadisiyyah. Pada saat itu, yang sering dilakukannya adalah memuji Allah s.w.t.. Ia pula mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. atas baiknya rangkaian takdir yang diciptakan oleh Allah s.w.t. kepadaNya; atas pilihanNya yang terbaik, dan qada yang paling tepat.

Perkara itu boleh terjadi kerana ada dorongan keimanan dari dalam dirinya, kekuatan keyakinan yang tidak pernah surut dan susut. Orang-orang sepertinya akan diberi pahala dan akan hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Jika dia tidak melakukan sedemikian, maka apa yang harus ia lakukan? Apakah ia akan memilih hidup dengan kebencian, kegelisahan serta berpaling dari qada Allah s.w.t., yang semua itu dapat membawa kerugian baginya di dunia dan akhirat?

Maka, kita tidak mampu mengelak dari sesuatu yang telah ditakdirkan. Yang mampu kita lakukan hanyalah beriman dan berserah diri. Oleh itu, persiapkanlah diri menghadapinya.
Allah s.w.t. berfirman:


وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ
وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Quran, surah Al-Baqarah: 155-156)

Dalam sebuah hadith disebutkan, barangsiapa yang istirja`/mengucapkan 'innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun' ketika mendapat musibah, maka ia diberi pahala oleh Allah s.w.t. dan diiringiNya dengan kebaikan. 

Juga diberitakan bahawa pada suatu ketika lampu Baginda Nabi s.a.w. padam, maka beliau s.a.w. pun mengucapkan istirja`, lalu kata Aisyah r.a, bukankah ini hanya sebuah lampu! Jawab Baginda Nabi s.a.w., setiap yang mengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti musibah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kumpulan hadith-hadith mursalnya."





Tuesday, 28 November 2017

SYUKURLAH APA YANG ADA DAN KURANG PADA KITA



Kenikmatan hidup ada pada diri kita sendiri. Sama ada kita miliki 100% kenikmatan itu, atau 80% ada pada diri sendiri dan 20% tidak kita miliki.

Semua manusia sama; saya, anda dan mereka.

Kita terlalu mudah menangis terhadap apa yang tidak kita punya, dan tidak pernah tersenyum terhadap apa yang kita miliki.

Kita juga bersedih atas semua yang gagal kita raih, dan tidak pernah senang atas kebaikan yang dapat kita raih.

Kita merungut terhadap semua yang menimpa kita dan tidak pula pernah mensyukuri apa yang masih ada dan yang masih banyak terpampang di depan mata.

Semasa perang dunia kedua, diceritakan tentang sebuah kapal perang Amerika tertembak dan hampir tenggelam di laut Jepun. Beberapa orang anak kapalnya terperangkap dalam ruang kapal itu selama tiga belas (13) hari sebelum diselamatkan. Ketika itu mereka telah kehabisan bahan makanan. Dalam ruang di bawah air itu hanya ada air sejuk dan roti kering.

Setelah mereka dapat diselamatkan, mereka ditanya ketika sampai di pelabuhan detik-detik cemas itu, antara pertanyaan itu:


"Pelajaran terbaik apa yang dapat kamu dapatkan dalam peristiwa itu?"


Mereka menjawab:


"Pada hari-hari yang menggerikan itu kami mengerti bahawa siapa saja yang masih diberi kesihatan dan masih boleh makan dan minum, maka dia telah merasakan memiliki seluruh dunia."


Kini ditanya pula kepada kita:


"Apakah dunia itu? Apakah dunia hanya kesihatan badan, ketenangan batin, keselesaan tidur, ada harta, sepotong roti yang kita makan, seteguk air yang kita minum, dan sehelai pakaian yang dipakai. Dan selain itu bukan dunia?"


Mengapa kita tidak mengukur kehidupan kita menurut Islam, sebaliknya bertanya dan menjawab soalan kepada diri kita sendiri?


"Apakah yang ada pada kita dan apa pula yang kurang pada kita?"




Monday, 27 November 2017

NAMA-NAMA SYUHADA PERANG UHUD


Senarai Nama Para Syuhada Perang Uhud
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal   2:34 PM


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Perang Uhud berlaku pada hari sabtu 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah(26 Mac 625M) antara tentera islam dengan tentera kafir quraisy. Perang Uhud adalah peperangan orang quraisy membalas dendam atas kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud .


Pertempuran ini disertai 1,000 orang tenrera islam yang dipimpin oleh Rasullulah saw menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke Medan Uhud. Hal ini kerana dipertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua munafiq. Tentera Quraisy seramai 3,000 dipimpin oleh Abu Sufyan ibni Harb.


Bilangan tentera islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang, manakala tentera Quraisy yang terbunuh 23 orang. Berikut ini adalah para-para syuhada yang gugur syahid di medan Perang Uhud:


'Abbad bin Sahli
'Abbas bin 'Ubadah
'Abdullah bin 'Amru (dari Bani Haram)
'Abdullah bin 'Amru bin Wahab
Abdullah bin Jabir bin An-Nu'man (Ketua Batalion Memanah)
Abdullah bin Jahsyi
Abdullah bin Salamah
Abu Aiman , Maula 'Amru bin Hadidah
Abu Aiman, Maula 'Amru bin Al-Jamuh
Abu Habbah bin Umar bin Tsabit
Abu Hurairah bin Al-Harits bin Alqamah bin 'Amru
Abu Saad Khaitsamah bin Khaitsamah
Abu Sufian bin Al-Harits bin Qais bin Zaid
Al-Harits bin Anas bin Muadz
Al-Harits bin Anas bin Rafi
Al-Mujdar bin Zaid
'Amir bin Mukhallid
'Amru bin Al-Jamuh
'Amru bin Iyas
Amru bin Muadz bin An-Numan
'Amru bin Muthraf 'Alqamah bin 'Amru
'Amru bin Qais
Amru bin Tsabit bin Wahsyi
Anas bin An-Nadhri (Bapa saudara Anas bin Malik, khadam Rasullulah)
Antarah (maula Salim)
Aus bin Al-Arqam
'Aus bin Tsabit bin Al-Mudzir (adik beradik Hussan bin Tsabit)
Dhmrah (halif bagi bani Tharif)
Dzakwan bin 'Abdu Qais
Habbab bin Qaizhi
Habib bin Yazid bin Taimi
Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim
Hanzalah bin Abu 'Amir (Syahid yang dimandikan Malaikat)
Harits bin 'Udai bin Khursyah
Husail bin Jabir (Bapa kandung Huzaifah al-Yaman)
Imarah bin Ziad
Iyas bin Aus
Iyas bin Udai
Kaisan (hamba kepada Bani An-Najjar)
Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair
Malik bin Iyas
Malik bin Sinan dari bani Khadrah (bapa kandung Abu Said Al-Khudri)
Malik bin Tumailah
Musa'ab bin Umair
Naufal bin 'Abdullah
Nu'man bin 'Al-Harits
Nu'man bin Malik bin Tsa'labah
Qais bin Mukhallid
Rifa'ah bin 'Amru
Rifa'ah bin Wahsyi
Saad bin Ar-Rabi' bin 'Amru bin Abu Zuhair
Sahal bin Qais bin Abu Ka'ab
Sa'id bin Suwaid
Saifi bin Qaizhi
Salamah bin Tsabit bin Wahsyi
Salim bin Al-Harits
Salim bin 'Amru bin Hadidah
Saqaf bin Farwah bin Al-Budai
Shammas bin Uthman
Subai' bin Hathib bin Al-Harits
Tsabit bin 'Amru bin Qais
Tsabit bin 'Amru bin Zaid 
Tsabit bin Wahsyi
Tsa'labah bin Sa'ad bin Malik
'Ubadah bin Al-Hashas
'Ubaid bin Al-Mu'alla
Ubaid bin At-Taihan
Unais bin Qatadah
'Utbah bin Rabi'
Yazid bin Hathib bin Ymaiyah bin Rafi


Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada para sahabat dan umat islam seluruhnya pentingnya taat kepada Allah dan Rasullulah, mengikuti arahan ketua yang dilantik. Bersama-samalah kita menyedekahkah al-Fatihah buat para syuhada ini. 

Al-Fatihah... 




DAFTAR NAMA NAMA PEJUANG UHUD YANG SYAHID:

1 ) حمزة بن عبد المطلب رضي الله عنه
2 ) حنظله بن أبي عامر رضي الله عنه
3 ) مصعب بن عمير رضي الله عنه
4 ) عبد الله بن عمرو بن حرام رضي الله عنه
5 ) عمرو بن الجموح رضي الله عنه
6 ) خارجة بن زيد رضي الله عنه
7 ) سعد بن ربيع رضي الله عنه
8 ) النعمان بن مالك رضي الله عنه
9 ) عبدة بن الحسحاس رضي الله عنه
10 ) مالك بن سنان رضي الله عنه
11 ) شماس بن عثمان المخزومي رضي الله عنه
12 ) سهل بن قيس رضي الله عنه
13 ) عمرو بن معاذ رضي الله عنه
14 ) عبد الله بن جبير بن النعمان رضي الله عنه
15 ) عمرو بن معاذ بن النعمان رضي الله عنه
16 ) الحارث بن أنس بن رافع رضي الله عنه
17 ) عمارة بن زياد بن السكن رضي الله عنه
18 ) سلمة بن ثابت بن وقش رضي الله عنه
19 ) عمرو بن ثابت بن وقش رضي الله عنه
20 ) رفاعة ابن وقش رضي الله عنه
21 ) اليمان أبو حذيفة بن اليمان رضي الله عنهما قتله المسلمون خطاء
22 ) صيفي بن قيظي رضي الله عنه
23 ) الحباب بن قيظي رضي الله عنه
24 ) عباد بن سهل رضي الله عنه
25 ) عبد الأشهل إياس بن أوس بن عتيك بن عبد الأعلم ابن زعوراء بن جشم رضي الله عنه
26 ) عبيد بن التيهان رضي الله عنه
27 ) أبو سفيان بن الحارث بن قيس بن زيد بن ضبيعة وهو أبو البنات رضي الله عنه
28 ) أنيس بن قتادة رضي الله عنه
29 ) خيثمة أبو سعد رضي الله عنه
30 ) عبد الله بن سلمة رضي الله عنه
31 ) سبيق بن حاطب بن الحارث بن هيشة رضي الله عنه
32 ) أوس بن أرقم بن زيد بن قيس بن النعمان بن ثعلبة بن كعب رضي الله عنه
33 ) مالك بن سنان بن الأبجر وهو أبو أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
34 ) سعد بن سويد بن قيس بن عامر بن عمار بن الأبجر رضي الله عنه
35 ) عتبة بن ربيع بن رافع بن معاوية بن عبيد بن ثعلبة رضي الله عنه
36 ) ثعلبة بن سعد بن مالك بن خالد بن نميلة رضي الله عنه
37 ) حارثة بن عمرو رضي الله عنه
38 ) نفث بن فروة بن البدي رضي الله عنه
39 ) عبد الله بن ثعلبة رضي الله عنه
40 ) قيس بن ثعلبة رضي الله عنه
41 ) طريف الجهيني رضي الله عنه
42 ) ضمرة الجهيني رضي الله عنه
43 ) نوفل بن عبد الله رضي الله عنه
44 ) العباس بن عبادة بن نضلة رضي الله عنه
45 ) النعمان بن مالك بن ثعلبة بن غنم رضي الله عنه
46 ) مجذر بن ذياد رضي الله عنه
47 ) عنترة مولى بني سلمة رضي الله عنه
48 ) رفاعة بن عمرو رضي الله عنه
49 ) خلاد بن عمرو بن الجموح رضي الله عنه
50 ) المعلى بن لوذان بن حارثة بن رستم بن ثعلبة رضي الله عنه
51 ) ذكوان بن عبد قيس رضي الله عنه
52 ) عمرو بن قيس رضي الله عنه
53 ) قيس بن عمرو بن قيس رضي الله عنه
54 ) سليط بن عمرو رضي الله عنه
55 ) عامر بن مخلد رضي الله عنه
56 ) أبو أسيرة بن الحارث بن علقمة بن عمرو ابن مالك رضي الله عنه
57 ) عمرو بن مطرف بن علقمة بن عمرو رضي الله عنه
58 ) أوس بن حرام رضي الله عنه
59 ) أنس بن النضر بن ضمضم رضي الله عنه
60 ) قيس بن مخلد رضي الله عنه
61 ) كيسان مولى بني النجار رضي الله عنه
62 ) سليم بن الحارث رضي الله عنه
63 ) النعمان بن عمرو رضي الله عنه
64 ) وهب بن قابوس رضي الله عنه
65 ) الحارث بن عقبة بن قابوس ( ابن أخ وهب بن قابوس ) رضي الله عنه
66 ) عبد الله بن جحش رضي الله عنه
67 ) سعد مولى حاطب رضي الله عنه
68 ) شماس بن عثمان بن الشريد رضي الله عنه
69 ) عبد الله ابن الهبيت رضي الله عنه
70 ) عبد الرحمن بن الهبيت رضي الله عنه



Friday, 24 November 2017

BERSIKAP SEDERHANA DALAM MEMUJI



Allah s.w.t. berfirman:




"(Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya) dari arah yang belum pernah terbisik dalam kalbunya. (Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah) dalam semua perkaranya (nescaya Allah akan memberi kecukupan) akan mencukupinya. (Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya) tentang apa yang dikehendakiNya. Menurut suatu qiraat dibaca baalighu amrihi yakni dengan dimudhafkan. (Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi setiap sesuatu) seperti hidup penuh dengan kecukupan, dan hidup sengsara (ketentuan) atau waktu-waktu yang ditentukan." ( Quran, surahAt-Talaq: 3 )


Ayat di atas menegaskan bahawa seseorang tidak boleh memuji tiada batasan, tidak boleh terlalu kering, dan tidak pula terlalu memberikan pujian. Namun harus dilakukan cara berakhlak, penuh etika yang tinggi dan jujur terhadap nilai-nilai kebaikan sebagaimana kita jujur pada diri sendiri.

Penulis buku: 'How To Win Friend and Influence People', Dale Carnegie, melihat bahawa salah satu faktor untuk merangkul hati orang lain adalah memuji dengan sebanyak-banyaknya. Tetapi pendapat sedemikian tidak sejalan dengan pendapat saya. Bagi saya, untuk menambat hati orang lain, seseorang harus memberikan pujian sewajarnya dan tidak berlebihan.

Salah seorang yang bijak pandai mengatakan bahawa orang yang mencari-cari kesalahan orang lain sama halnya dengan lalat, tidak akan hinggap kecuali pada luka.



Wednesday, 22 November 2017

PAGINYA GEMBIRA, PETANGNYA DI DALAM KUBUR



Allah s.w.t. berfirman:


وَلَقَدْ اَهْلَكْنَا مَا حَوْلَـكُمْ مِّنَ الْقُرٰى
 وَصَرَّفْنَا الْاٰيٰتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ


"(Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan negeri-negeri di sekitar kalian) yakni penduduk-penduduknya, seperti kaum Tsamud, kaum Ad dan kaum Luth (dan Kami telah mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami berulang-ulang) maksudnya Kami telah mengulang-ulang hujah-hujah Kami yang nyata (supaya mereka kembali.)" (Quran, surah Al-Ahqaf: 27)


Contoh yang baik adalah keluarga Al-Baramikah, menguasai pentadbiran, sebuah keluarga kaya, suka berpoya-poya, bergelombang dengan kenikmatan tetapi bencana yang menimpa mereka adalah sebuah pelajaran, nasihat dan contoh. Hanya dalam waktu sehari, Harun Ar-Rasyid berjaya menggulingkan mereka.

Mereka lalai, nyenyak tidur dalam selimut kenikmatan, bersenang-lenang dalam taman-taman kemewahan, terbuai-buai melihat fatamorgana-fatamorgana yang disangkanya air, menutupi mata hati melihat musuh-musuh mereka.

Bertahun-tahun kehidupan mereka terbuai dalam kesenangan, hati senang, perut buncit, diselimuti dengan kemewahan, mengabaikan perintah Allah s.w.t.

Pada pagi hari tenang itu, rumah mereka diruntuhkan, istana mereka dihancurkan, tenteranya ditewaskan, oleh tangan-tangan yang dekat dengan mereka.

Semua hak mutlak mereka dirampas, darah mereka ditumpahkan, mereka orang yang dibinasakan dan yang menjadi tawanan dihinakan.

Sejam sebelum mereka dihancurkan, mereka masih sempat berseloka, berdendang, bermadah dan berjalan sombong di atas bentangan kain sutera dengan pingan-pingan yang penuh dengan angan-angan.

Namun tiba-tiba datanglah petaka yang sangat menakutkan lagi sangat menyedihkan menimpa mereka semua yang mengejutkan.

Khayalan mereka tenggelam dalam kenikmatan, terbuai oleh waktu, asyik dengan proksi yang lemah dan mengharap kepada sekutu mendajal.

Hari yang ditetapkan mereka masih boleh bergembira pada pagi harinya, namun pada petang harinya mereka sudah ada di dalam kubur.

Sayonara Al-Baramikah pada hari tidak diduga, ketika Harun Ar-Rasyid dibakar api kemarahan, ia menghunus pedangnya, dibunuhnya Jafar bin Yahya bin Al-Barmaki.

Mayatnya disalib dan dibakar. Semua hartanya disita.

Seorang penyair mengatakan:


"Beginilah musibah yang besar atau lainnya bila datang menimpa dan seperti itulah kejayaan suatu negeri dihancurkan".




Sunday, 19 November 2017

MENTADABBUR QURAN



Kesinambungan program MY#QuranHour


Firman Allah s.w.t.:
  
“Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;”


(Quran, surah Al-Qiaamah:17-18)

Membaca Al-Quran, mendalami kandungannya, merenung kandungan ayat-ayatnya dan mentadabburnya merupakan perkara yang dapat melahirkan jiwa yang merdeka, bahagia dan lapang dadanya.

Allah s.w.t. menjadikan kitabNya itu sebagai; petunjuk, pelajaran, cahaya, rahmat, barakah, perintah, penawar penyakit atas semua yang ada dalam akal dan hati.

Rasulullah s.a.w. sangat gemar mendengar bacaan Al-Quran dari orang lain kerana ia lebih menyentuh hati. Baginda Rasulullah s.a.w. juga selalu meminta para Sahabat r.hum. membacakan untuknya padahal Al-Quran telah diturunkan kepada Baginda s.a.w.

Dengan mendengar alunan Al-Quran, Beliau s.a.w. merasa tenteram, khusyuk dan tenang sebagaimana kita mendengar bacaan qari yang kita gemari diperdengarkan melalui radio atau rakaman audio. Terasa kehebatannya.

Di samping itu sayugia juga kita mentalaah hadith-hadith dan buku-buku tafsir untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan tentang ayat-ayat Al-Quran sebagai penjelasan.

Antara buku-buku tafsir itu, adalah;


Tafsir Ath-Thabari

Tafsir Ibnu Katsir

Tafsir Al-Baghawi

Tafsir Al-Zamakhsyari

Tafsir Al-Qurthubi

Tafsir Zhulalul Quran

Tafsir Asy-Syanqathi

Tafsir Ar-Razi

Tafsir Fathul Qadir

Tafsir Khazin

Tafsir Abu Masud

Tafsir Al-Qasimi


Melalui rujukan itu, dapatlah kita beroleh manfaat dengan mendapat nilai tambah dengan senang, tenang, tidak mencelarukan diri dengan membaca banyak rujukan dari berbagai sumber yang akibatnya mencelarukan fikiran dan meletihkan hati.

Marilah kita menghindarkan diri dari tergesa-gesa dan kejemuan untuk kelangsungan kegiatan aktiviti kita.

Sekalipun input yang didapati dari sistematik ini tidak begitu banyak, tetapi kelangsungan dengan hasil yang sedikit merupakan pokok yang agung dari ajaran Islam.

Baginda Nabi s.a.w. sendiri pernah menegaskan bahawa amal atau amalan yang paling disukai olehnya adalah yang dilakukan dengan berterusan walaupun sedikit.


Teruskan amalan program MY#QuranHour


Jika perlu buatlah tempahan Wakaf Al-Quran melalui Yayasan Restu yang kini sedang melebarkan aktivitinya untuk dihadiahkan kepada peserta dan orang ramai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title