Khusus untuk
wanita-wanita syurga; mentaati suami mereka, melaksanakan perintah dan menjauhi
larangan Allah s.w.t., dan bersikap waspada dalam perkara-perkara subahat.
Bilakah
wanita-wanitaceria akan mengeluarkan aroma wangi?
Wangian yang
jenis bagaiman baunya?
Benarkah ia
berlaku?
Iyakah?
Wanita-wanita
yang ceria akan ternampak pada raut-raut wajah mereka kelihatan manis menawan.
Apabila dihiasi
dengan senyuman, akan menambahkan lagi seri ayunya. Kecerian mereka disebabkan
oleh pelbagai faktor. Ia bergantung kepada ikatan mesranya bersama suami.
Seseorang wanita
yang selalu ceria akan mengeluarkan aroma-aroma wangian semulajadi sama ada
pada waktu siang atau malam, pada rambut atau badannya. Ia dapat dirasai oleh
suami mereka.
Manakala
anak-anak dan keluarganya tidak dapat mengesan kehadiran aroma tersebut tetapi
dapat dirasai dan dilihat melalui sendagurau dan ketawa riang wanita-wanita
ceria itu.
Untuk kepastian
dan mendapatkan penjelasannya, wanita cantik silalah bertanya dengan suami
tersayang. Ia akan memberi pernilaian yang jujur.
Jika suami
memaklumkan nilaiannya berada di bawah paras separuh, maka perbaikilah,
dapatkan nilaian terbaik dan meletakkan diri kita antara wanita-wanita yang
hidupnya ceria. Kekalkan momentumnya. Anjak parameternya supaya mendatar
grafnya, jika pun lambat untuk melonjak menokok ketika hidup ini, setidaknya kita
telah berusaha mohon dipayungi, diredhai dan menuju kearahNya.
Apabila aroma itu
telah pergi, binalah semula. Jangan ibarat angin, ia pergi tanpa menoleh ke
belakang, tapi jadilah seperti hujan yang senentiasa membasahi bumi membajai
tanaman.
Manakala wanita
tidak ceria dapat dilihat dari raut-raut wajah mereka dan penampilan yang
dibawa kepada suaminya.
Hadirkan diri
sebagai antara wanita-wanita yang ceria di dunia. Kerana kita dilahirkan bukan
sia-sia tetapi menegakkan kebenaran.
Binalah keceriaan
kerana ia membina kehidupan. Tiada keceriaan harta bertimbun pun tiada
nilainya.
No comments:
Post a Comment