Friday, 22 December 2017

KEAMANAN DIBINA DENGAN KEKUATAN



Foto: Pemandangan dari Udara bangunan Perisikan Pusat Amerika
Keamanan sesungguhnya bererti keselamatan, ketenangan, ketenteraman, kesentosaan dan keselesaan. Sebaliknya huru hara bererti haru-biru, tidak aman, gempar, kebimbingan, ketakutan, gawat, kacau bilau, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh dan tidak tenteram. Maka keamanan mewujudkan keselamatan dengan cara mengambil semua kemudahan dan mengawal daripada segala yang mendedahkan kepada bahaya.

Firman Allah Taala:
 



“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan  (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Quran, surah An-Nur: 55)

Firman Allah Taala:




“Orang-orang  yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Quran, surah Al-An’am: 82)
 
Firman Allah Taala:




“Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (Quran, surah An-Nahli: 112)

  
Apabila kita membicarakan masalah keselamatan, keperluan kepada keselamatan itu perlu diutamankan sebagaimana persediaan-persediaan yang telah lama dilakukan oleh kuasa besar yang mendahului kita dalam pelbagai kemajuan, kemampuan dan kemudahan. Malah dengan peralatan persenjataan yang banyak dan canggih mereka selalu melancarkan pakatan jahat, ugutan, tekanan, sekatan bahkan bukan sahaja dalam bentuk provokasi tetapi melalui ketenteraan. Mereka merancang, menyelidik, mengkaji, mengujikaji dan akhirnya melengkapkan diri mereka dengan pelbagai sumber serta yang paling utama dalam segenap pertimbangan mereka ialah melaksanakan misi.

Foto: Pemandangan dari Udara Bangunan Perisikan Pusat Amerika

Di sini wajar dibentangkan sebahagian maklumat mengenai jentera Perisikan Pusat Amerika (CIA) di mana dapat kita ketahui peranan yang dilakukan di lapangan keamanan. Barangkali maklumat  yang terhad ini bermanfaat kepada aktivis-aktivis keamanan, perancang-perancang muda yang berwawasan, agresif dan terpimpin serta mereka yang prihatin, sensitif berkaitan isu-isu dan kanun umat Islam.

Perisikan Pusat Amerika atau CIA (Central Intelligence 0f America) adalah setelah angkatan lautnya yang berada di Lautan Pasifik pada era 40-an telah diserang oleh tentera Jepun. Akibat daripada pukulan itu, akhirnya hancur semuanya. Daripada kejadian tersebut membuatkan Amerika menubuhkan Badan Perisik Pusat Amerika supaya tidak terdedah lagi kepada serangan mengejut seperti itu.1

Bangunan Jabatan Perisikan Pusat Amerika di Washington itu, letaknya di atas sebidang tanah yang luasnya tiga hektar. Bangunannya tujuh tingkat, terdiri dari seribu bilik, di mana sesetengah bilik itu boleh memuat lebih dari lima ratus orang. Dan tersedia beberapa medan parkir yang dapat memuat sampai tiga ribu kenderaan.  Dan    biaya  membangun  jabatan ini (ditaksirkan) lebih dari empat puluh enam juta dollar  dan dianggar jumlah pekerja  badan perisik di Washington ini sahaja sekitar sepuluh ribu orang.2

Badan perisik tersebut terdiri daripada ahli-ahli perisik, pakar   ketenteraan,  bijak pandai umum, ahli kimia, ahli undang-undang, ahli ilmu jiwa, sarjana atom, pakar-pakar politik, ilmu bumi dan ahli bahasa. Kebanyakan dari mereka boleh bercakap dalam empat bahasa dengan mudah dan sebahagiannya mahir sehingga dua puluh empat bahasa. Jabatan-jabatan intelligence ini menyiapkan berbagai karangan, rekod-rekod dan dokumen, mikrofilem, memori elektronik, berbagai peta dan alat-alat terjemahan segera untuk mana semua ini dapat menolong mengatur dan menyimpan maklumat yang disampaikan dari seluruh pelosok dunia melaui agen-agen dan perisikan-perisikannya.3

Begitulah berdirinya United State Of America atau kekuatan-kekuatan jenis lain di dunia ini, sama ada Kristian, Zionis atau Komunis, dengan cara pengamatan, risikan, cara pengumpulan maklumat dan peruntukan yang munasabah. Jesteru itu segala rancangan dan pakatan jahat terhadap Islam dan umat Islam, hari depannya seperti kerja-kerja membiayai pemberontakan, komplot jahat, pengganas dan mengambil alih kekuasan, mengalih pandangan, mereka-reka pelbagai isu, membuat-buat kejadian tragedi, menerapkan pelbagai peraturan, mendirikan dan menwujudkan pelbagai pertubuhan untuk dipergunakan bagi mencapai maslahat serta kepentingannya walaupun perkara itu terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan bangsa itu sendiri atau menjadi penyakit dalaman yang kronis baginya.

Firman Allah Taala:




“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan  memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Quran, surah Fussilat: 30)

Bersiaplah untuk menghadapi zaman ini.

______________________
1) America Intelligence, oleh Androw Toly
2) S.d.a hal. 24
3) S.d.a. hal. 36


Foto: Pemandangan Dari Udara Bangunan Perisikan Pusat Amerika


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title