Ini
Rahsianya Mengapa Hospital Di Mekah Sunyi Sepi, Tidak Seperti Kebanyakan
Hospital Di Malaysia
Di Makkah rumah sakit pada sepi, berbeza dengan
di Malaysia, memang berbeza dan tidak sama, yang membezakan adalah aqidah dan
syariatnya. Inilah rahasia mengapa di Mekkah rumah sakit sangat sepi, jarang
sekali pesakit yang datang.
Ada seorang doktor membuka klinik di Tanah Suci
(Makkah Mukarramah). Selama 6 bulan berpraktik, tidak ada seorang pesakit pun
yang datang untuk mendapatkan rawatan. Hingga beliau merasa hairan, apakah
orang-orang di sini tidak pernah sakit?
Akhirnya beliau dapati jawapannya, dari salah
seorang muslim di sana:
“Bila kami sakit;
Ikhtiar pertama (1) yang kami lakukan
ialah salat dua rakaat, dan memohon kesihatan kepada Allah. Insya-Allah sembuh
dengan izin dan kasih sayangNya. Kalau belum sembuh melakukan ikhtiar kedua,
Ikhtiar kedua (2) iaitu baca Al-Fatihah/surah-surah lain, tiupkan pada air dan minum. Dan alhamdulillaah kami akan sihat.
Inilah Ruqyah untuk diri sendiri. Tapi kalau belum sehat juga, kami lakukan
ikhtiar yang ketiga.
Ikhtiar ketiga (3) iaitu bersedekah,
dengan niat mendapatkan pahala kebaikan, dan dijadikan jalan penyembuh sakit
kami. Insya-Allah akan sembuh. Kalau tidak sembuh juga, kami akan tempuh
ikhtiar yang keempat.
Ikhtiar keempat (4) iaitu
banyak-banyak istighfar, untuk bertaubat. Sebab, Nabi s.a.w. beritahu kami,
bahwa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa. Kalau belum sembuh juga,
baru kami lakukan ikhtiar yang kelima.
Ikhtiar kelima (5) iaitu minum madu
dan habbatussauda’.
Ikhtiar yang keenam (6) iaitu dengan
mengambil makanan herba, seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma, dan
lain-lain, seperti disebut dalam Al-Quran. Dan, Alhamdulillah. Laa hawlaa wa
laa quwwataa illaa billaah.
Jika belum sembuh, baru kami ikhtiar ketujuh (7) iaitu
pergi ke doktor muslim yang soleh. Insya-Allah akan diberi kesembuhan dari
Allah azza wa jalla aamiin.”
Semoga bermanfaat.
Sumber: suara21.com via islamidia
Link: Pautan
No comments:
Post a Comment