Inilah tanda kebenaran Agama
Islam. Saintis telah buktikan Nabi Musa a.s. pernah Belah Laut Merah!ISLAMIK
SAINTIS BUKTIKAN NABI MUSA
BELAH LAUT
“Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui
(kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami
tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.”
( Quran, surah Al-Baqarah: 50 )
Di antara peristiwa yang
berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa a.s. dan Bani Israel dari Firaun
dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah
al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.
Saintis Barat mengemukakan
teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa a.s. (lihat youtube).
Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa a.s. itu
sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba nabi akhir
zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku.
Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram
meraikan Nabi Musa a.s. tetapi menolak ajaran Taurat lain.
Imam Muslim meriwayatkan
daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah. Baginda s.a.w. mendapati Yahudi
berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda s.a.w. bertanya:
"Hari apa yang kamu puasa ini?"
"Hari apa yang kamu puasa ini?"
Jawab Yahudi:
"Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Asyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya."
Sabda Nabi s.a.w.:
"Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu."
Nabi s.a.w. berpuasa dan memerintahkan para Sahabat r.a. berpuasa juga.
At-Tirmizi berkata, diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Baginda s.a.w. bersabda:
"Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi." Hadis ini menjadi hujah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
"Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Asyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya."
Sabda Nabi s.a.w.:
"Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu."
Nabi s.a.w. berpuasa dan memerintahkan para Sahabat r.a. berpuasa juga.
At-Tirmizi berkata, diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Baginda s.a.w. bersabda:
"Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi." Hadis ini menjadi hujah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas
ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya, yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar
dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya
buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa a.s. yang mendahului bukti saintifik.
Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
Satu kajian oleh sepasukan
penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera
Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan
bahawa Nabi Musa a.s. membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa
baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang
sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang
mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu
merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan
Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan
simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan
terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin
timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan
aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding
air.
Satu model lautan komputer
kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup
semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin
tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar
4.8 kilometer.
Sejurus selepas angin timur
reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak
tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan
disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
No comments:
Post a Comment