Sama
ada perang sesama mereka dalam negara, perang dengan negara jiran atau ancaman
perang yang pernah dilakukannya kepada Cuba.
Sebagai
menyahut cabaran Amerika itu, lalu Cuba mendapatkan bantuan Soviet Union, maka
beratus-ratus peluru berpandu dihantar ke Cuba dengan diangkut oleh pesawat dan
kapal laut.
Dengan keberanian Fidel Castro, Presiden Cuba ketika itu akhirnya Amerika membuat helah mengalih isu lain. Maka ancaman dan peperangan yang dirancang olehnya tidak berlaku.
Dengan keberanian Fidel Castro, Presiden Cuba ketika itu akhirnya Amerika membuat helah mengalih isu lain. Maka ancaman dan peperangan yang dirancang olehnya tidak berlaku.
Demikian
juga Amerika mengacah Korea Utara dengan menghantar armada perang dengan
disokong oleh kapal pengangkut pesawat di samping tenteranya yang memang sedia
ada berpengkalan di Korea Selatan dan Jepun. Melalui ancaman itu, ia bermain
diplomasi dengan menarik bersamanya penglibatan Korea Selatan dan Jepun sebagai
penampannya.
Bila
ancaman Amerika semakin kuat maka Korea Utara membariskan ketumbukan tenteranya
sepanjang pantai negara itu. Ia pula melakukan ujian tembakan peluru hidup
kepada pasukan artilerinya, kerahan tenaga perang dan bersiap siaga menghadapi
perang melawan Amerika dan sekutunya.
Namun
yang menakutkan Amerika adalah keupayaan Korea Utara melakukan ujian peluncuran
peluru berpandu antara benua.
Ketika
Amerika membuat ancaman berulang kepadanya, Korea Utara lalu mengisytiharkan
bahawa kini mereka adalah negara berkuasa nuklear dan berkeupayaan menembak
semua sasaran kawasan bumi Amerika dengan peluru berpandu mereka.
Ancaman
balas Korea Utara itu disambut oleh Amerika dengan 'kesenyapan'.
Para
pakar strategik perang Amerika dan kelompok 'think-tank'nya
mengambil masa muhasabah diri selama seminggu bagi mendepani ancaman balas
Korea Utara itu, akhirnya hasil percambahan minda mereka, maka Presiden Amerika
(mereka) mengisytiharkan perpindahan ibu negara Israel daripada Tel Aviv ke
Baitul Muqaddis.
Maka
heboh dunia (negara-negara umat Islam) akibat pengisytiharan itu dan Amerika
pula senyap sesenyap-senyapnya lari dan buat tak kisah tentang ancaman balas
Korea Utara kepadanya sehingga hari ini.
Amerika
akan bersungguh mengugut dan bertindak pada negara lain yang mudah dipulasnya
untuk melumpuh dan memporak-perandakan mereka, yang menjadi keutamaan adalah
peperangan bukan di bumi Amerika.
Amerika
melengah-lengahkan potensi Malaysia dengan membawa lari MH370 dan menembak
MH17.
Amerika
menyibukkan Arab Saudi dengan ancaman pengganasan dan perang dengan Yaman.
Akhirnya duit Arab Saudi disedut, kuasa menasihat sebagai rujukan merudum.
Amerika
juga turut menjadi penghasut dalam perang Iraq dan Syria.
Kini
ia mengipas di sempadan Turki dengan Syria dengan tujuan mengalih perhatian
Turki, Rusia dan Iran kerana ada sesuatu yang hendak disengatnya.
Amerika
terus mengujudkan kompleks peperangan yang penting bukan di Amerika atau
Eropah.
Yang
mustahaknya adalah 'skill'
(kemahiran) bermain catur.
No comments:
Post a Comment