Tuesday 27 February 2018

IMF



IMF

'International monetary fund' yang membelenggu kehebatan umat ini walaupun mereka memiliki sumber bumi yang subur dan banyak tetapi tidak membantu melepaskan diri dari belitannya akibat menurut sistem riba‘


SISTEM RIBA yang menjadi penanda aras kepada berdirinya IMF telah menjadi mangli kepada negara-negara umat Islam kerana pemimpin-pemimpinnya dibelit oleh pelbagai bisikan menggoda.

Suatu ketika aktiviti bank ini agak lembab kerana kurangnya aktiviti peminjaman. 

Pengurusannya pula menanggung kos yang tinggi mengendalikan operasinya.

Apabila pemain-pemain yang mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti ini maka suatu lonjatan hasil pulangannya membanggakan.

Bahkan pada suatu peringkat beberapa negara, aktiviti ekonominya dipantau dan dikendalikan olehnya. Ia berlaku kesan akur dengan syarat-syarat mengikat/pinjaman.

Bila ia mula bertapak maka akan disedutnya keuntungan-keuntungan yang lebih besar berlipat ganda dari negara yang mereka uruskan dana-dana kewangan tersebut, termasuklah akan berlaku di sana manipulasi, ketidaktentuan pasaran dagangan masa hadapan dan elemen-elemen yang menaik merudumkan prestasi sesuatu dagangan serta operasi syarikat-syarikat negara dikawalselia oleh mereka tanpa sekatan sebagaimana syarikat-syarikat yang dioperasikan oleh mereka di sesebuah negara dibenarkan membawa bersama mereka teknologi dan pekerja mahir termasuklah buruh kasar dan tiadanya pemantauan dari anak watan kerana ia telah diikat dengan ikrar.

Mereka akan bermain dengan ketidaktentuan pasaran dan tukaran mata wang antarabangsa.

Bagi mereka yang berminat bermain dengan kewangan masa hadapan yang senentiasa dipantau oleh IMF maka pemain-pemainnya wajar memahami dan melihat dengan telitii surah al-Kahfi tentang peristiwa sebelum, semasa dan selepas peristiwa itu berlaku kerana di sana ada petunjuk tentang pendidikan 'forex'.

Puncanya kerana ia dioperasikan di Amerika sebagaimana MH370 dibina di Amerika yang pergerakannya dipantau dari sana dan disenyapkan kerana di sana ada nilai tukarannya.

Ada beberapa negara ekononinya baik, subur buminya, pelbagai aktiviti ekonominya memberangsangkan dan tenaga kerjanya pula murah (ramai) namun mereka sukar bangkit kerana dicengkam oleh sistem ekonomi yang mereka berpaut padanya.

Bila mereka membina sistem ekonomi baru dan mengalihkannya daripada sistem ekonomi yang sedia ada kepada sistem lain akan berlaku kontradik dan halangan-halangan, kecuali jika disokong dan/atau saling menyokong di antara beberapa negara lain.

Walau bagaimanapun, marilah kita berusaha mengubah sistem ekononi ini kerana tidak mungkin pemain-pemain riba menidakkan manfaat yang mereka kecapi.

Maka kekallah jika kita tidak mengubah nasib kita sendiri membontoti fahaman kapitalisme dan komunisme. 

Allah s.w.t. telah pun mengingatkan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title