Beliau berkata, terdapat keperluan kepada sebuah badan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dari banyak negara yang biasa dengan kejadian pesawat terhempas seperti itu untuk menyiasatnya kerana pandangan JIT mungkin tidak adil dan berpihak.
"Pandangan mereka mungkin tidak adil dan berpihak, kita perlukan sebuah badan bebas untuk melakukan siasatan. Dan penemuan-penemuannya juga adalah sesuatu yang tidak boleh kita terima dengan mudah.
"Hendak mengenal pasti siapa yang melepaskan tembakan adalah amat sukar (tetapi) untuk mengenal pasti jenis peluru berpandunya, ya dan kawasan di mana ia berlaku, itu boleh dipastikan tetapi untuk mengenal pasti siapa sebenarnya yang melepaskan tembakan, itu amat sukar dalam keadaan biasa," katanya semasa diwawancara oleh agensi berita Sputnik, yang beribu pejabat di Moscow, Rusia.
Mahathir kini berada di Vladivostok untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF). - Bernama