Senjata hipersonik baharu didakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang AS. |
TERJEMAHAN SINAR HARIAN |
| 29 Disember 2019
Senjata hipersonik baharu
didakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang AS.
MOSCOW - Menteri
Pertahanan Rusia mengumumkan senjata hipersonik baharu dibangunkan negara itu
yang didakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang Amerika Syarikat (AS).
Sergei Shoigu memaklumkan
misil tersebut dilengkapi kenderaan luncur hipersonik digelar Avangard itu mula
beroperasi bersama sebuah unit di wilayah Orenburg di kawasan pergunungan Ural
bermula kelmarin.
Pada Mac 2018, Presiden
Vladimir Putin pernah mendedahkan tentang senjata canggih tersebut.
"Ia menuju kepada
sasaran seperti meteorit dan seperti bebola api. Ia direka menggunakan bahan
komposit baharu yang boleh menahan suhu sehingga 2,000 darjah Celsius,"
ujarnya.
Menurutnya, senjata itu
juga boleh mencapai sasaran pada 27 kali lebih cepat daripada kelajuan bunyi
dan mampu membawa senjata nuklear sehingga dua megaton.
Difahamkan, Rusia pernah
berjaya menguji Avangard sebanyak dua kali pada 2016 dan senjata baharu
tersebut adalah sistem sama dibangunkan China yang telah mencetuskan
kebimbangan AS hingga mereka terpaksa memikirkan strategi pertahanan baharu. –
Agensi
No comments:
Post a Comment