Posted on 12 November 2019 by
Admin Leave a comment
Last Updated on November 13,
2019 at 8:15:00 am
Perdana
Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan panglima tenteranya, Aviv Kokhavi
mengumumkan yang rejim zionis itu kini memulakan operasi “berskala besar” ke atas wilayah Gaza.
Portal Palestine Post 24
melaporkan pengumuman itu dibuat empat jam selepas rejim Israel membunuh ketua
kumpulan Jihad Islam, Bahaa Abul-Ata, yang ketika itu bersama isteri dan
anaknya di apartment mereka di timur Gaza City subuh tadi.
Isterinya dilaporkan turut
terbunuh.
Susulan pembunuhan pemimpin
Jihad Islam itu, kumpulan pejuang Palestin melancarkan roket buatan sendiri ke
arah penempatan Israel berdekatan sempadan timur Gaza, yang dikepung rejim
sejak 13 tahun lalu.
“Kami memutuskan untuk membunuh Abul-Ata 10 hari lalu,” kata
Netanyahu dipetik portal berita itu.
Perdana Menteri Israel itu
mendakwa Abul-Ata bertanggungjawab melancarkan roket ke arah Israel.
Rejim zionis juga melancarkan
serangan udara bertalu-talu ke atas Gaza.
Kokhavi pula dilaporkan
berkata Abul-Ata bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Israel sebelum
ini.
“Kami bersedia meningkatkan serangan di darat, laut dan udara,”
kata Kokhavi.
Setakat ini, Kementerian
Kesihatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya empat maut dan 25 cedera sejak
rejim zionis Israel memulakan serangan ke atas Gaza hari ini.
Sehingga artikel ini ditulis,
grup aktivis Palestin pula melaporkan angka kematian mencecah lima orang dan
lebih 30 cedera dengan pengeboman rejim masih belum tamat. — AlHijrah Online
No comments:
Post a Comment