Ekonomi memainkan
peranan penting kepada sesebuah negara melalui dasar-dasar ekonominya yang bersifat
domestik atau global, dan perancangan-perancangan mereka untuk menarik ekonomi dari
pelbagai sumber walaupun ia melibatkan manipulasi, tipu muslihat dan memusnahkan
ekonomi negara lain.
Bagi negara-negara
kaya dan memiliki kekuatan ketenteraan, mereka melihat langkah-langkah
pendekatan dengan cara menjinak-jinakkan pihak kawan dan lawan dengan menunjukkan
kepelbagaian strategik yang sukar difahami oleh masyarakat awam.
Manakala mereka yang terpahat dengan rakan strategik sukar untuk menyatakan tidak dan mengelak, kerana segala kemudahan, perancangan dan gerak kerja didahulukan modalnya hanya menyetujui sahaja segala tindakan yang akan dan telah dilakukan.
Mereka juga meneliti tentang angkubah-angkubah yang dapat disesuaikan dalam teori-teori ekonomi yang melibatkan permintaan dan penawaraan kerana di sana berlaku tarikan dan tolakan ekonomi kerana sifatnya positif.
Mereka juga meneliti tentang angkubah-angkubah yang dapat disesuaikan dalam teori-teori ekonomi yang melibatkan permintaan dan penawaraan kerana di sana berlaku tarikan dan tolakan ekonomi kerana sifatnya positif.
Bagi memantap dan mengharmonikan lagi komunikasi di antara mereka maka akan dibina kerjasama
strategik dalam pelbagai tahap, mengangkat nama dipersada antarabangsa, pertukaran budaya dan
meningkatkan persefahaman dalam pelbagai bidang disamping menyediakan dana-dana
dalam bentuk pinjaman dan kebajikan.
Kerangka-kerangka
yang dibina bukan hanya berlaku secara spontan tetapi dirancang sebegitu rapi sehinggakan sukar untuk dirungkai ketika didedahkan kepada umum apabila ianya
berlaku; contoh yang menarik seperti peristiwa MH17 dan MH370.
Melihat kepada perubahan-perubahan semasa maka penggiat ekonomi akan bertindakbalas secara agresif apabila suasana ekonomi dunia dijangka meleset disebabkan pelbagai faktor akibat permintaannya melambung manakala
penawarannya pula terbatas.
Sesebuah negara yang
memerlukan perbelanjaan besar, umpamanya operasi berlipat ganda akan melakukan suatu
kerangka melebarkan ekonomi mereka bukan sahaja mengekalkan aktiviti yang sedia ada,
akan tetapi berusaha meneroka sumber baru walaupun tersepit dicelah-celah batu
untuk dicapai bagi menampung kos-kos diperlukan yang senentiasa meningkat saban tahun disamping melebarkan
pengaruh dengan negara-negara rakan strategik, dimana ekonominya dapat dikait.
Negara-negara yang berada dibawah perlindungan kuasa ketenteraan lambat memikir dan bertindakbalas menangani keupayaan musuh membelenggu mereka kerana beranggapan keakraban rakan strategik, saling bergantung
harap dan bisikan-bisikan melunakkan.
Keupayaan rakan-rakan strategik mengalih pandangan, membina persepsi, membiarkan krisis,
menuntun agenda, menegaskan pendirian
dan akhirnya melibatkan diri secara langsung bagi meyakinkan sahabat serantau bahawa mereka adalah serius dalam isu berkaitan.
Akhirnya, pergolakan di Afghanistan semakin meningkat kemudian menyepi, namun
medan baru untuk mengalihkan ketenteraan menanti di Arab Saudi sebagai tanda
perlunnya negara kaya dilindungi oleh kuasa ketenteraan kerana di sana punca
ekonomi dan ia pula berada dalam lingkungan parameter mengkagumkan kehidupan.
\
No comments:
Post a Comment