Malaysia tidak boleh terima dengan mudah sebahagian penemuan MH17: VLADIVOSTOK, Rusia - Malaysia ada kesangsian dan tidak dapat menerima dengan mudah sebahagian daripada penemuan-penemuan pasukan penyiasat bersama (JIT) diketuai Belanda yang menyiasat insiden penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, terdapat keperluan kepada sebuah badan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dari banyak negara yang biasa dengan kejadian pesawat terhempas seperti itu untuk menyiasatnya kerana pandangan JIT mungkin tidak adil dan berpihak.
"Pandangan mereka mungkin tidak adil dan berpihak, kita perlukan sebuah badan bebas untuk melakukan siasatan. Dan penemuan-penemuannya juga adalah sesuatu yang tidak boleh kita terima dengan mudah.
"Hendak mengenal pasti siapa yang melepaskan tembakan adalah amat sukar (tetapi) untuk mengenal pasti jenis peluru berpandunya, ya dan kawasan di mana ia berlaku, itu boleh dipastikan tetapi untuk mengenal pasti siapa sebenarnya yang melepaskan tembakan, itu amat sukar dalam keadaan biasa," katanya semasa diwawancara oleh agensi berita Sputnik, yang beribu pejabat di Moscow, Rusia.
No comments:
Post a Comment