Kesetiaan tidak wujud tanpa kepercayaan: SETIA adalah sikap yang terpuji dan sangat dituntut dan amat diperlukan dalam kehidupan manusia sejagat. Sikap setia dalam sesuatu perhubungan adalah intipati yang paling utama bagi kelangsungan jalinan hubungan dan ikatan antara individu dengan individu lain, individu dengan kelompoknya, individu dengan organisasinya dan seterusnya dalam aspek yang lebih besar, iaitu negara.
Kesetiaan yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain (individu, organisasi, negara) datang bersama elemen kepercayaan. Kesetiaan tidak akan wujud antara kedua-dua pihak tanpa adanya kepercayaan. Semakin tinggi tahap kepercayaan, maka semakin tinggilah tahap kesetiaan yang diberikan.
Dalam rencana ini, penulis memfokuskan aspek kesetiaan kepada organisasi dan negara. Negara yang kita cintai ini telah pun mempunyai satu ideologi nasional yang menjadi nilai bersama yang amat ampuh dalam membina acuan hidup bernegara. Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah satu prinsip yang boleh menterjemahkan bagaimana cara yang patut dilakukan oleh setiap warga terhadap negara dalam aspek kesetiaan.
No comments:
Post a Comment