AFP |
Kebumi di laut elak kubur dipuja
MyMetroGlobal
WASHINGTON: Mayat ‘Khalifah’ Daish Abu Bakar al-Baghdadi
sudah dikebumikan di laut seperti dilakukan terhadap mayat pemimpin Al-Qaeda
Osama Bin Laden sebelum ini kerana Amerika Syarikat tidak mahu ada kubur kekal
bagi mengelak terus menjadi lambang dan dipuja.
Ketua Turus, Jeneral Mark Milley berkata, cebisan mayat
al-Baghdadi dibawa ke lokasi selamat untuk ujian lanjut DNA yang mengesahkan
identitinya.
“Pelupusan mayat Abu Bakar sudah dilakukan, sempurna dengan
langkah sewajarnya selaras dengan undang-undang perang,” katanya.
Mayat umat Islam biasanya dikebumikan dalam tanah namun bagi
kes al-Baghdadi, kerajaan Amerika memutuskan terlalu berisiko ada kubur
untuknya, dikhuatiri menjadi ‘tempat suci’ pengganas terkemuka dunia.
Maklumat lanjut mengenai pengebumian di laut itu tidak
dinyatakan, termasuk kapal perang digunakan serta lokasi namun menurut ABC,
prosedur itu sama seperti ketika pelupusan mayat Osama.
Pada 2011, mayat Osama dibawa ke kapal pembawa pesawat USS
Carl Vinson, di Laut Arab Utara. Mayatnya dimandikan dan dikafan mengikut Islam
sebelum dijatuhkan ke dalam laut. Talkin kemudian dibacakan.
Sementara itu, seorang pegawai kanan Kurdish berkata,
pihaknya mengenal pasti rumah persembunyian al-Baghdadi selepas seorang anggota
mereka berjaya ‘menyusup’ masuk ke dalam rumah itu dengan menyamar.
“Sejak 15 Mei kami bekerjasama dengan CIA mengesan Abu Bakar
kemudian memantaunya,” kata penasihat Tentera Demokratik Syria, Polat Can,
melalui Twitter.
Anggota Kurdish itu turut mencuri seluar dalam Abu Bakar
yang kemudian digunakan CIA untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti Abu
Bakar.
“Sumber kami yang berjaya menghampiri al-Baghdadi membawa
bersama seluar dalamnya untuk ujian DNA bagi memastikan 100 peratus orang itu
adalah al-Baghdadi,” kata Can.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 11:26
AM
No comments:
Post a Comment