SUBKY LATIF 25 JUNE
2018
EKORAN mantan PM Najib dikatakan tidak tahu atau tidak sedar
berbilion duit dimasukkan ke akaun banknya.
Reaksi Perdana Menteri Mahathir, jangan fikir rakyat bodoh!
Yang kalimah bodoh itu digunakan kerana tanda tangan
diturunkan.
Dalam banyak urusan berkaitan 1MDB, PM Najib dikatakan ada
tanda tangannya. Tidak tahukah dia harga tanda tangan itu.
Jika dia tidak tahu, bukan rakyat yang bodoh, dialah yang
bodoh. Adakah dia bodoh? Jika dia bodoh bererti kita beroleh Perdana Menteri
bodoh. Masakan Perdana Menteri seorang yang bodoh dan boleh seorang bodoh boleh
jadi Perdana Menteri?
Kalau dia bodoh orang tidak angkat dia jadi Perdana Menteri
sampai sembilan tahun dan kalau dia bodoh masakan lebih 50 kawasan Parlimen
masih memenangkan calon Umno dalam PRU14 dulu. Partinya kalah bukan kerana
pengundi Melayu tidak mengundi partinya tetapi majoriti besar pengundi bukan
Melayu tidak mengundi calon Umno /BN dan PAS.
Yang mahukan dia dan menyiapkan dia ialah Dr. Mahathir yang
jadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Dr. Mahathir sudah ada seorang Timbalan
Perdana Menteri yang pintar, malah lebih pintar daripadanya iaitu DS Anwar
Ibrahim. Dia buang Anwar selain dari sebab kes yang dikenakan terhadapnya,
adalah juga bagi memberi peluang kepada orang lain jadi Perdana Menteri.
Sudah ada Perdana Menteri menggantikannya, tetapi politiknya
menyebabkan PM itu berhenti bagi digantikan oleh Najib yang disediakannya sejak
awal.
Adakah Mahathir membuang timbalannya yang super pintar bagi
membuka laluan kepada seorang yang bodoh menjadi Perdana Menteri? Mahathir
telah mengenalinya lama. Sejak jadi Menteri Besar Pahang. Antara politik pintar
Najib s ebagai MB Pahang dan Ketua Perhubungan Umno Pahang ialah menggelapkan
kepintaran politik Tun Ghazali Shafie, seorang yangdikira tidak ngam dengan
Mahathir.
Jika Najib bodoh, maka bodoh Mahathirlah yang menyediakannya
jadi Perdana Menteri. Adakah Mahathir bodoh menyiapkan orang bodoh jadi Perdana
Menteri. Jika Najib bodoh, Mahathir bodoh sama kerana mahukan orang bodoh jadi Perdana
Menteri.
Jika Najib tahu erti dan nilai tanda tangan dan tanda tangan
diturunkan kebarangkalian dia dalam tidak berapa sedar. Kadang-kadang atas
sebab pengaruh tertentu jadi tidak berapa sedar. Tiada tidak ingat apa yang
dibuatnya. Tetapi kalau dalam keadaan sedar, dia turun tanda tangan, betullah
dia bodoh.
Orang tidak bodoh boleh bodohkan orang lain. Orang bodoh tak
boleh bodohkan orang lain. Jika orang lain boleh dibodohkan oleh orang bodoh,
maka ini ertinya semuanya memang bodoh dan dibodohkan.
Mugabe pernah membodohkan rakyatnya. Ghadafi pun pernah
membodohkan rakyatnya. Biasalah pemimpin itu membodohkan rakyatnya. Tetapi
orang lain tidak boleh dibodohkan sepanjang masa dan atas semua perkara.
Di hujung kuasa rejim lama bodoh membodoh itu berlaku.
Semuanya ada bodohnya belaka. Najib ada bodohnya. Mahathir pernah ada bodohnya.
Rakyat di kedua zaman ada bodohnya. Paling malang bagi masyarakat ialah
pemimpin dan rakya saling bodoh membodoh. Bodoh pemimpin ialah membodohkan
rakyat dan bodoh rakyat suka mereka dibodohkan dan tidak sedar mereka
dibodohkan.
Semuanya tidak boleh dibodohkan dalam semua masa. Bila
semuanya sedar tidak semuanya boleh dibodohkan lagi. Membodohkan orang lain
adalah membodohkan diri sendiri. Yang bodoh dan yang boleh dibodohkan ialah
yang tidak merdeka jiwa raga. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian
kecuali yang beriman yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan kepada
kesabaran. – HARAKAHDAILY 25/6/2018
No comments:
Post a Comment