Thursday, 7 June 2018

Pondok Moden Al-’Abaqirah lahirkan graduan sulung



Kuala Lumpur, 6 Jun - Pengajian berkonsepkan ‘pondok moden’ telah dizahirkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui kelahiraan graduan sulungnya di Pondok Moden Al-‘Abaqirah, yang disempurnakan pentauliahanya dalam majlis 'Haflah Al-Takharruj' oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, di Dewan Besar Darul Kifayah, di sini sebentar tadi.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian pada majlis tersebut, Datuk Zulkifli menyatakan:

“Sebagai sebuah institusi pendidikan agama yang menekankan tiga aspek utama, iaitu; ilmu turathi, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan pendidikan tahfiz, Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berada di tahap yang terbaik bagi menghasilkan kejayaan demi kejayaan, sudah pastilah ia akan memberi impak positif kepada sistem pendidikan di negara ini.

“Saya amat berharap agar para graduan memiliki daya saing  yang positif ke arah mewujudkan generasi berinovatif kerana negara memerlukan golongan teknokrat yang proaktif sebagai pemangkin pembangunan negara dan perubahan diri.

“Ia sekali gus memurnikan diri, pemikiran, tingkah laku dengan etika integriti seorang muslim,” ucap beliau.

Pondok moden Al-‘Abaqirah memulakan pengajiannya pada 2015,  di Darul Hidayah, Kg. Baru, Kuala Lumpur, sebelum berpindah di Kompleks Darul Kifayah, Kuala lumpur.

Bagi melihat potensi dan era baru pelajar berkonsepkan ‘pondok moden’  ini barangkali ia seiring dengan kejayaan Pakatan Harapan (PH) menguasai pentadbiran Putrajaya bagi era kini.

Mengimbau kembali sejarah penubuhan pondok Moden Al-‘Abaqirah, tiga tahun yang lalu, ia telah dilancarkan di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya oleh Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), selaku Menteri dan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 1 Julai 2015, yang dicetuskan penubuhannya oleh Sahibus Samahah Mutfi Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

Menjadi harapan masyarakat Islam Kuala Lumpur khususnya dan seluruh negara amnya, bahawa ini adalah bibit-bibit gemilangnya pengajian yang bersifat dualisme; duniawi dan ukhrawi berkonsepkan ‘pondok moden’.

Firman Allah s.w.t.:




“Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).” (Quran, surah Al-'Ankabut: 48)

Sabda Nabi s.a.w.:


مَنْ اَرَادَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَالاَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالَعِلْمِ


“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki keduanya (kehidupan dunia dan akhirat) maka dengan ilmu.”




"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Quran, surah Al-Qasas: 77)














  




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title