Hari-hari Ramadan 1439H tinggal menunggu detik-detik
penghujungnya, sebagaimana pada tarikh Miladiah atau Kalender masehi biasanya
dikenali juga dengan sebutan ‘The Messianic’, setiap tahun akan dihitung oleh
pengikut-pengikut kalender tersebut akan detik-detik berakhirnya, dengan
mengadakan pelbagai persembahan khususnya tembakan bunga api dan hiasan lain sebagai tanda berakhirnya tahun tersebut dan digantikan pula dengan
tahun baru.
Berbeza dengan kita umat Islam, pertukaran masuknya
waktu salat fardu, hari, minggu, bulan dan tahun disambut dengan laungan
takbir; ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, sebagaimana kita akan bertakbir ketika
muazin melaungkan azan menandakan telah masuk perubahan waktu bagi kawasan-kawasan
tersebut.
Contohnya, muazin melaungkan azan ketika masuknya waktu
Maghrib pada 1 Syawal 1439H, maka bermulalah bulan baru dan berakhirnya bulan
Ramadan 1439H.
Benarlah firman Allah s.w.t dalam al-Quran pada surah
al-Haddid: 20-21:
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan
dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan
dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan
hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan,
kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda
dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang
(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan
tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke
suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di
akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan
kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah
(disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa)
kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya."
"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal
yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia
Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya
mempunyai limpah kurnia yang besar."
Allahu Akhbar.
Salam Ramadan Al-Mubarak.
No comments:
Post a Comment