NEGARA ini sedang bergerak menelusuri road map yang
dikehendaki oleh DAP. Ketika Presiden PAS memberikan ingatan tentang bahayanya
jika ahli Parlimen yang bukan Islam lebih ramai daripada ahli Parlimen Islam,
kamu pandang sebelah mata peringatan itu. Kamu tak peduli dan bahkan kamu
hina-hina dan rendah-rendahkan pandangan beliau. Sekarang kamu lihat.
Sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Islam,
Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) memberikan pandangan dan peringatan bersumberkan
peringatan Allah dalam al-Quran. Tapi kamu kata apa TGHH tahu pasal politik.
Dia hanya layak mengajar di masjid dan surau-surau sahaja. TGHH bukan Nabi
mahupun Rasul. Tapi beliau membacakan peringatan Allah dari Quran yang
dibacakan oleh Rasul kepada kaum Baginda.
Hancurnya kaum yang terdahulu kerana membelakangkan
peringatan para Rasul yang didatangkan dari Allah. Rasul diremehkan oleh mereka
dan diperolok-olokkan. Kita sedang melalui ulangan fasa-fasa tersebut.
Waspadalah wahai kaumku. Jangan dikeranakan keghairahan
kamu berpolitik dan berpesta kemenangan menyebabkan kamu lupa peringatan Allah.
Kalimat-kalimat kufur dinobat dan dimuliakan sedangkan kalimat Allah
dibelakangkan. Aliran pemikiran manusia diagung-agungkan dan dianggap paling
sesuai, sedangkan kalimat aqidah dianggap kolot dan terkebelakang. Hasilnya
orang-orang yang jahil agama dimuliakan dan orang-orang soleh yang berpegang
teguh kepada agama dipermainkan.
Kami tidak terkejut dengan fenomena itu. Kerana semuanya
telah dilakarkan Allah dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan al-Hadis. Kami hanya
ingin berkongsi dengan kamu wahai kaum, bangsa dan saudaraku tentang peringatan
itu. Kubur kita memang lain-lain dan masing-masing, namun Mahsyar kita nanti
dan Sirat adalah sama.
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 28/6/2018
No comments:
Post a Comment