Saturday, 30 June 2018

Zionis akui silap besar dalam perisikan



June 21, 2018

Media-media Israel menyebut penangkapan salah seorang bekas menteri Israel yang dituduh menjadi perisik untuk Iran dan ia merupakan sebuah kekalahan besar dalam risikan dan keamanan.

Media-media Israel menyebut penangkapan salah seorang bekas menteri Israel yang dituduh menjadi perisik untuk Iran dan ia merupakan sebuah kekalahan besar dalam risikan dan keamanan.

Shin Bet, sebuah lembaga keselamatan dalam negeri Israel, pada Isnin lalu mengumumkan bahawa Gonen Segev, mantan Menteri Energi dan Industri Israel telah ditangkap atas tuduhan memberikan informasi penting Israel kepada Iran.

Menurut laporan lembaga tersebut, badan risikan Iran telah menggunakan jasa Segev untuk mencuri informasi dari Israel.

Shin Bet juga mendakwa Segev pada tahun 2012 telah melakukan hubungan dengan duta besar Iran di Nigeria. Ia juga pernah melakukan kunjungan ke Iran dan bertemu dengan beberapa pegawai risik di negara tersebut.

Lembaga risikan Israel tersebut juga menuduh Segev telah membocorkan informasi mengenai pasaran energi dan sejumlah elemen keamanan Israel, di antaranya informasi tentang bangunan-bangunan penting serta informasi yang berkenaan dengan sejumlah pejabat dan tokoh politik serta keamanan Israel kepada Iran.

Siapakah Gonen Segev?

Gonen Segev pada tahun 90-an telah berhasil menjawat sebagai Knesset (parlimen) Israel. Tidak perlu waktu yang lama, tiga tahun setelah itu dia telah menerima tanggungjawab sebagai menteri energi dan infrastruktur Israel.

Namun selama beberapa tahun terakhir dia menetap di Nigeria. Pada saat dia berada di negara tersebutlah Israel menuduh dia telah menjalin hubungan dengan pegawai Iran.

Pada bulan lalu, Segev berencana untuk pergi ke negara Equatorial Guinea. Namun, kerana dia memiliki sejarah kesalahan kriminal, pegawai keamanan negara tersebut tidak mengizinkannya untuk masuk ke negara tersebut. Dan  malangnya, segev malah diserahkan kepada pemerintah Israel.

Sejarah kriminalnya merujuk kepada kes 14 tahun yang lalu di mana dia pada tahun 2014 telah terjerat kes penyeludupan lebih daripada 30 ribu pil terlarang dari Belanda ke Israel dan pemalsuan pasport. Akibatnya dia mesti di penjara selama lima tahun.

Lemahnya Keamanan Informasi Israel dan Kuatnya Iran

Surat Khabar Israel pada selasa lalu melaporkan tentang penangkapan bekas menteri Israel tersebut.

Di antara topik yang dibahaskan berkenaan dengan hal ini adalah lemahnya keamanan risikan Israel dan sebaliknya keberhasilan risikan Iran menembus jantung informasi Israel.

Surat khabar Israel, Haaretz menulis, “Penggunaan seseorang di peringkat Segev adalah merupakan pencapaian besar bagi Republik Islam Iran badan risikan negara tersebut.”

Media tersebut menambahkan, “Meskipun Segev dulunya adalah menteri, namun setelah dia meninggalkan jabatan tersebut, dia tetap memiliki hubungan dekat dengan diplomat-diplomat Israel.”

Perisik di level tertinggi

Surat khabar Israel al-Youm yang berada di bawah pengawasan Benjamin Netanayahu menyebut, Segev merupakan perisik di level tertinggi yang pernah ada sepanjang sejarah Israel.

“Tokoh terpenting yang memiliki hubungan dengan pihak luar sebelumnya adalah Marcus Kleinberg yang memiliki hubungan dengan pemerintah Uni Soviet. Mordechai Vanunu adalah tokoh lainnya. Ia juga pernah mengungkap rahsia program nuklear Tel Aviv,” tambah media Israel tersebut.

Dari Vanono hingga Segev

Sejumlah media dan pengamati Israel ketika menerima khabar penangkapan Segev turut menyentuh tentang kes Vanono yang juga telah tertangkap sekitar tiga dekad yang lalu.

Vanovo adalah seorang warga Israel keturunan Marocco. Dia sebelumnya adalah seorang juruteknik nuklear Israel. Dia pada tahun 1986 telah mengungkapkan rahsia program senjata nuklear Israel kepada media Britain, Sunday Time. Dia juga memberikan foto-foto rahsia berkenaan dengan tempat-tempat pengembangan atom milik Israel.

Seorang pengamati di bidang risikan Israel di sebuah media Israel Maariv menulis, “Kes Segev lebih berbahaya berbanding kes Vanono. Vanono memberikan informasi kepada sebuah surat khabar, namun Segev melakukan hubungan dengan sebuah negara musuh.”

Dia menambah, “Segev menghadiri menyuarat-mesyuarat pentadbiran negara , dia juga mengenal dengan baik akses energi, air serta nuklear. Ini adalah sebuah pencapaian besar bagi Iran di mana mereka mampu memanfaatkan seorang bekas menteri Israel.”

Kerugian dari aspek keamanan

Mengenai seberapa besar kerugian Israel dari aspek keamanan , media-media Israel berbeza pendapat mengenai hal ini. Namun sebahagian pengamati Israel menganggap hal ini sebagai pencapaian besar Iran namun pengamai lainnya menganggap hal itu tidak akan memberikan kerugian kepada Israel.

Menukil dari sejumlah sumber keamanan Israel, Channel 4 Israel mengatakan bahawa kerugian yang diperoleh oleh Israel dalam kes ini sangatlah kecil.

Maariv juga mengkritik risikan Israel yang dianggap begitu lemah dalam menangani masalah ini. “Segev telah menjadi perisik bagi Iran. Padahal Shin Bet telah lama menjaga dan mengawasi Segev selama 15 tahun agar tidak dimanfaatkan oleh Hizbullah.”

Yadioth Ahronoth, media Israel lainnya, menulis, “Kerugian-kerugian Israel yang disebabkan oleh perisik ini masuk ke Iran melalui Hizbullah.”






Friday, 29 June 2018

DAP bayangi Malaysia Baru?



USTAZ MOKHTAR SENIK  28 JUNE 2018

NEGARA ini sedang bergerak menelusuri road map yang dikehendaki oleh DAP. Ketika Presiden PAS memberikan ingatan tentang bahayanya jika ahli Parlimen yang bukan Islam lebih ramai daripada ahli Parlimen Islam, kamu pandang sebelah mata peringatan itu. Kamu tak peduli dan bahkan kamu hina-hina dan rendah-rendahkan pandangan beliau. Sekarang kamu lihat.

Sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Islam, Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) memberikan pandangan dan peringatan bersumberkan peringatan Allah dalam al-Quran. Tapi kamu kata apa TGHH tahu pasal politik. Dia hanya layak mengajar di masjid dan surau-surau sahaja. TGHH bukan Nabi mahupun Rasul. Tapi beliau membacakan peringatan Allah dari Quran yang dibacakan oleh Rasul kepada kaum Baginda.

Hancurnya kaum yang terdahulu kerana membelakangkan peringatan para Rasul yang didatangkan dari Allah. Rasul diremehkan oleh mereka dan diperolok-olokkan. Kita sedang melalui ulangan fasa-fasa tersebut.

Waspadalah wahai kaumku. Jangan dikeranakan keghairahan kamu berpolitik dan berpesta kemenangan menyebabkan kamu lupa peringatan Allah. Kalimat-kalimat kufur dinobat dan dimuliakan sedangkan kalimat Allah dibelakangkan. Aliran pemikiran manusia diagung-agungkan dan dianggap paling sesuai, sedangkan kalimat aqidah dianggap kolot dan terkebelakang. Hasilnya orang-orang yang jahil agama dimuliakan dan orang-orang soleh yang berpegang teguh kepada agama dipermainkan.

Kami tidak terkejut dengan fenomena itu. Kerana semuanya telah dilakarkan Allah dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan al-Hadis. Kami hanya ingin berkongsi dengan kamu wahai kaum, bangsa dan saudaraku tentang peringatan itu. Kubur kita memang lain-lain dan masing-masing, namun Mahsyar kita nanti dan Sirat adalah sama.


USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 28/6/2018






Tuesday, 26 June 2018

Siapa bodoh, rakyat atau PM?




SUBKY LATIF  25 JUNE 2018


EKORAN mantan PM Najib dikatakan tidak tahu atau tidak sedar berbilion duit dimasukkan ke akaun banknya.

Reaksi Perdana Menteri Mahathir, jangan fikir rakyat bodoh!

Yang kalimah bodoh itu digunakan kerana tanda tangan diturunkan.

Dalam banyak urusan berkaitan 1MDB, PM Najib dikatakan ada tanda tangannya. Tidak tahukah dia harga tanda tangan itu.

Jika dia tidak tahu, bukan rakyat yang bodoh, dialah yang bodoh. Adakah dia bodoh? Jika dia bodoh bererti kita beroleh Perdana Menteri bodoh. Masakan Perdana Menteri seorang yang bodoh dan boleh seorang bodoh boleh jadi Perdana Menteri?

Kalau dia bodoh orang tidak angkat dia jadi Perdana Menteri sampai sembilan tahun dan kalau dia bodoh masakan lebih 50 kawasan Parlimen masih memenangkan calon Umno dalam PRU14 dulu. Partinya kalah bukan kerana pengundi Melayu tidak mengundi partinya tetapi majoriti besar pengundi bukan Melayu tidak mengundi calon Umno /BN dan PAS.

Yang mahukan dia dan menyiapkan dia ialah Dr. Mahathir yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Dr. Mahathir sudah ada seorang Timbalan Perdana Menteri yang pintar, malah lebih pintar daripadanya iaitu DS Anwar Ibrahim. Dia buang Anwar selain dari sebab kes yang dikenakan terhadapnya, adalah juga bagi memberi peluang kepada orang lain jadi Perdana Menteri.

Sudah ada Perdana Menteri menggantikannya, tetapi politiknya menyebabkan PM itu berhenti bagi digantikan oleh Najib yang disediakannya sejak awal.

Adakah Mahathir membuang timbalannya yang super pintar bagi membuka laluan kepada seorang yang bodoh menjadi Perdana Menteri? Mahathir telah mengenalinya lama. Sejak jadi Menteri Besar Pahang. Antara politik pintar Najib s ebagai MB Pahang dan Ketua Perhubungan Umno Pahang ialah menggelapkan kepintaran politik Tun Ghazali Shafie, seorang yangdikira tidak ngam dengan Mahathir.

Jika Najib bodoh, maka bodoh Mahathirlah yang menyediakannya jadi Perdana Menteri. Adakah Mahathir bodoh menyiapkan orang bodoh jadi Perdana Menteri. Jika Najib bodoh, Mahathir bodoh sama kerana mahukan orang bodoh jadi Perdana Menteri.

Jika Najib tahu erti dan nilai tanda tangan dan tanda tangan diturunkan kebarangkalian dia dalam tidak berapa sedar. Kadang-kadang atas sebab pengaruh tertentu jadi tidak berapa sedar. Tiada tidak ingat apa yang dibuatnya. Tetapi kalau dalam keadaan sedar, dia turun tanda tangan, betullah dia bodoh.

Orang tidak bodoh boleh bodohkan orang lain. Orang bodoh tak boleh bodohkan orang lain. Jika orang lain boleh dibodohkan oleh orang bodoh, maka ini ertinya semuanya memang bodoh dan dibodohkan.

Mugabe pernah membodohkan rakyatnya. Ghadafi pun pernah membodohkan rakyatnya. Biasalah pemimpin itu membodohkan rakyatnya. Tetapi orang lain tidak boleh dibodohkan sepanjang masa dan atas semua perkara.

Di hujung kuasa rejim lama bodoh membodoh itu berlaku. Semuanya ada bodohnya belaka. Najib ada bodohnya. Mahathir pernah ada bodohnya. Rakyat di kedua zaman ada bodohnya. Paling malang bagi masyarakat ialah pemimpin dan rakya saling bodoh membodoh. Bodoh pemimpin ialah membodohkan rakyat dan bodoh rakyat suka mereka dibodohkan dan tidak sedar mereka dibodohkan.

Semuanya tidak boleh dibodohkan dalam semua masa. Bila semuanya sedar tidak semuanya boleh dibodohkan lagi. Membodohkan orang lain adalah membodohkan diri sendiri. Yang bodoh dan yang boleh dibodohkan ialah yang tidak merdeka jiwa raga. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali yang beriman yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran. – HARAKAHDAILY 25/6/2018






Monday, 25 June 2018

PH diingatkan bahawa menipu rakyat adalah satu perbuatan yang haram



 June 25, 2018 

Mutakhir ini kita telah melihat satu perkembangan luar biasa telah berlaku di Malaysia sebaik shj PH berjaya menawan Putrajaya & membentuk kerajaan Persekutuan.


Antara yang jelas seperti di bawah:


1. Pengekalan harga petrol.
Sebelum PRU14, PH mencanang 1 Malaysia bahawa akan menurunkan harga petrol kerana setiap kali kenaikan harga petroleum dunia akan memberi keuntungan berbilion kpd Malaysia sbg pengeluar petroleum.

Namun, apabila PH menang, harga petrol 95 kekal pada paras RM 2.20 seliter, & Disel RM 2.18 seliter. Namun harga petrol 97 sahaja diapungkan.

Kenyataan Azmin menyebut bahawa kerajaan prihatin & tidak mahu membebankan rakyat maka harga petrol kekal RM 2.20

Ini bukti jelas PEMBOHONGAN kepada rakyat kerana janji PH adalah MENURUNKAN HARGA PETROL.. bukan mengekalkan..

2. Melihat dari sudut hutang negara, satu KECELARUAN YANG ANEH berlaku apabila dakwan 1 Trilion tiba-tiba diubah menjadi 686 Bilion shj tanpa meninggalkan fakta tambahan kpd jumlah baki dr 1trilion adalah hutang jaminan kerajaan.. kelihatan manipulasi yg amat aneh dimainkan oleh kerajaan Malaysia. 

3. Janji menangguhkan bayaran PTPTN juga TELAH DITANGGUHKAN apabila YB menteri Pendidikan menyatakan bahawa pembayaran hutang PTPTN akan diteruskan.. mungkin makan masa yg amat panjang untuk menangguhkan bayaran balik hutang PTPTN bg yang bergaji bawah rm4000..

4. Penghapusan tol juga DIMANIPULASIKAN apabila kononnya wujud konsesi tol yg dihapuskan oleh Kerajaan.. namun terbongkar kisah sebenar bahawa kerajaan yg lepas tidak menyambung konsesi tok berkenaan..

5. Terkini Kerajaan mengumumkan bahawa janji manifesto PH ditangguhkan sehingga kewangan negara stabil.. adakah kenyataan penangguhan ini juga satu MANIPULASI??

6. Terkini Dr. MAZA mendakwa bahawa haram menipu pengundi.. ini jelas ditujukan kepada pemimpin yg berjanji tetapi tidak menunaikan janji2 mereka sendiri..

Mungkin bkn menipu.. cuma MEMANIPULASI shj..



#Marratan_Ukhra




-----------------------------


Haram tipu pengundi - Mufti Perlis
04 Jun 2018 12:56 PM


KUALA LUMPUR 4 Jun - Setiap satu perkara yang dijanjikan dalam manifesto parti politik wajib ditunaikan kerana kegagalan dalam melaksanakannya disifatkan sebagai satu penipuan.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, tindakan menyenaraikan pelbagai janji manis dan popular bagi meraih undi sedangkan sedar mereka tidak mampu melakukannya menyebabkan perbuatan tersebut haram.

“Penipuan sering berlaku dalam musim pilihan raya. Antaranya mempamerkan manifesto bohong yang pihak meletakkan itu sendiri mengetahui bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya.

“Demikian memberikan maklumat palsu mengenai calon yang disokong ataupun yang ditentang. Dengan maklumat yang palsu itu maka pengundi akan tertipu dan membuat keputusan yang salah,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Mohd. Asri turut menguatkan hujah tersebut dengan dua hadis Nabi Muhammad.

“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum Muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka.

“Sesiapa yang memberikan pendapat untuk saudaranya dalam sesuatu perkara sedangkan dia tahu bahawa kebaikan itu pada perkara yang lain (pendapat lain) maka dia telah mengkhianatinya,” kongsi beliau kepada pengikutnya di media sosial.

Hadis tersebut dipetik daripada Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban serta Riwayat Abu Daud. - UTUSAN ONLINE









Wednesday, 20 June 2018

Jawatan Ketua Hakim Negara dipolitikkan?




Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

SEAWAL Mei 2017, ketika Barisan Nasional (BN) masih berkuasa, saya mempersoalkan perlembagaan 'perlanjutan' tempoh perkhidmatan Tun Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara. Saya juga mencadangkan supaya beliau meletak jawatan, yang saya berpendapat, jika dilakukannya pada masa itu, beliau boleh berbuat demikian dengan cara yang terhormat dan bermaruah dan beliau akan diingati kerana tindakannya itu.

BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kemudian, kita mendengar berita yang tidak menyenangkan iaitu Raus menemui Dr Mahathir.

Seperti orang lain, saya menganggap bahawa Raus tentu dipanggil, diminta atau disuruh pergi menemui Dr Mahathir kerana, saya tidak fikir seorang Ketua Hakim akan melakukannya atas inisiatifnya sendiri.

Dalam artikel saya bertarikh 12 Jun 2017, saya menggunakan perkataan 'minta'. Namun, saya berpendapat bahawa Perdana Menteri tidak sepatutnya 'meminta' Raus menemuinya dan Raus pula sepatutnya menolak.

Selepas itu, terdapat berita yang lebih mengejutkan: Raus pergi menemui Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, di pejabat Daim. Sekali lagi, saya menggunakan perkataan 'meminta', sambil berhujah bahawa tidak elok bagi Daim 'meminta' Raus pergi menemuinya dan bagi Raus berbuat demikian.

Pada 13 Jun 2018, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengeluarkan satu kenyataan. Kenyataan itu, antara lain, berkata:

1. Pada 15 Mei 2018, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah bertemu dengan Perdana Menteri dan menyampaikan hasrat Yang Amat Arif - Yang Amat Arif untuk meletakkan jawatan.

2. Bagaimanapun, Yang Amat Arif - Yang Amat Arif telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan.

3. Selaras dengan pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2018 dan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai 2018.

4. Peletakan jawatan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun 2018 dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara bertarikh 11 Jun 2018.

Membaca perenggan pertama, nampak seolah-olah Ketua Hakim Negara, atas kehendaknya sendiri, tanpa dipanggil, diminta atau disuruh untuk pergi bertemu dengan Perdana Menteri, pergi menemuinya dan menyampaikan hasratnya untuk meletak jawatan.

Sukar terima alasan

Saya dapati sukar untuk menerimanya atas sebab berikut:

1. Mengapa beliau patut berbuat demikian? Ketua Hakim Negara bukan lantikan politik yang patut meletakkan jawatan jika kerajaan pada masa beliau dilantik kalah pada pilihan raya umum.

2. Mengapa beliau melakukannya hanya lima hari selepas keputusan pilihan raya diketahui?

3 Mengapa Raus menunggu sehingga 13 Jun untuk mendedahkannya, selepas beliau ditekan oleh ahli politik untuk meletak jawatan? Bukankah lebih baik baginya untuk menyatakannya sebelum beliau ditekan untuk meletak jawatan? Sekiranya beliau berbuat demikian, beliau akan dilihat sebagai melakukannya dengan terhormat. Sekarang, tiada siapa akan percaya bahawa beliau tidak meletakkan jawatan di bawah tekanan.

4. Mengapa Raus menunggu sehingga 7 Jun (tiga minggu kemudian) untuk menulis kepada Yang di-Pertuan Agong yang meluluskannya pada hari berikutnya?

5. Ketika ahli politik PH, daripada PKR dan DAP, menuntut Ketua Hakim Negara meletak jawatan, mengapa Dr Mahathir tidak mengatakan bahawa Raus telah menemuinya dan menyampaikan hasratnya untuk meletak jawatan? Itu akan menyebabkan kempen menekan Raus untuk meletak jawatan dan bagi Daim memanggilnya dan mendesaknya meletak jawatan itu tidak perlu. Selain itu, ia akan mengelak Kerajaan PH daripada dilihat sebagai menekan Raus untuk meletakkan jawatan.

6. Malah, selewat 13 Jun 2018, apabila Perdana Menteri disoal oleh wartawan di Jepun, bukan sahaja beliau mempertahankan tindakan Daim memanggil Raus, tetapi juga dilaporkan berkata:

"Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, majlis itu telah menyatakan kepada hakim-hakim itu - Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin - bahawa lebih baik jika mereka meletak jawatan.

"Jika tidak, kerajaan mungkin mengambil tindakan melucutkan jawatan mereka kerana kita percaya bahawa perlanjutan jawatan mereka sebagai hakim kanan itu tidak betul," katanya, sambil menambah bahawa pendapat itu juga dikongsi oleh Majlis Peguam Malaysia dan peguam terkemuka".

Ini menunjukkan seolah-olah Raus tidak menyampaikan hasratnya untuk meletak jawatan kepada Perdana Menteri.

7. Jika benar Raus menyampaikan hasratnya untuk meletak jawatan seawal 15 Mei 2018, Daim sepatutnya tahu dan tidak ada keperluan baginya untuk memanggil Raus dan mendesaknya meletak jawatannya.

Penyokong gembira

Sekarang Raus sudah meletak jawatan, Kerajaan PH dan penyokongnya tentu gembira. Mereka mungkin berasakan bahawa ini satu lagi kemenangan mereka: mereka berkuasa, tiada apa yang boleh menghalang mereka daripada membuang sesiapa yang mereka mahu.

Peristiwa ini memihak kepada mereka kerana, pertama, oleh sebab Raus sudah meletak jawatan, mereka tidak perlu menunggu Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakimannya dalam saman oleh Persatuan Peguam-peguam Sarawak (AAS). Bukan itu sahaja, mereka juga terselamat daripada risiko bahawa penghakiman itu mungkin tidak memihak kepada mereka.

Kedua, Kerajaan PH tidak perlu mengambil tindakan untuk membuang Raus, mengulangi episod Tun Salleh Abas. Bagaimanapun, saya menghujahkan bahawa walaupun tanpa tribunal, ia sudah menjadi ulangan episod itu dan ia merosakkan imej yang PH cuba mempamerkan dirinya ketika kempen PRU-14.

Dalam hal ini, saya perlu menyebut seorang yang menentang pengerusi partinya sendiri, Perdana Menteri daripada parti gabungannya sendiri, Majlis Peguam dan lain-lain untuk menyuarakan pandangannya bahawa "pembelaan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad terhadap Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang memanggil dua orang hakim tertinggi itu untuk mendesak mereka meletak jawatan, adalah tidak betul dan berlawanan dengan kedaulatan undang-undang.

"Apabila ia (CEP) memanggil hakim-hakim itu dan menuntut peletakan jawatan, ia akan dilihat sebagai kerajaan menuntut peletakan jawatan mereka yang secara menyeluruh mengabaikan prinsip pemisahan kuasa," katanya.

"Ini ciri asas mana-mana demokrasi iaitu, eksekutif tidak mengganggu hal ehwal badan kehakiman."

Peguam itu berkata, mengkritik pelantikan Ketua Hakim Negara, Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin tidak salah, tetapi adalah satu perkara lain untuk memanggil mereka dan menuntut pengunduran diri mereka."

Ini jelas salah. Perlembagaan Persekutuan menetapkan cara membuang hakim. Ini mesti dipatuhi sepanjang masa selaras dengan kedaulatan undang-undang.

Eksekutif tidak wajar melampaui batas

CEP jelas telah melampaui sempadannya dalam kes ini yang tidak boleh dipatuhi."

Pada 10 Jun, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh berkata, Daim tidak sepatutnya campur tangan dalam perkara yang terletak di luar bidang kuasa mereka.

Beliau merujuk kepada laporan bahawa Daim memanggil dua hakim untuk meminta pengunduran diri mereka.

Saya bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dikatakannya. Sebenarnya, itulah yang saya katakan dalam rencana saya sebelumnya. Saya mengucapkan tahniah kepadanya kerana keberanian dan kejujurannya. Sesungguhnya, jika bapanya masih hidup, saya percaya beliau akan berkata demikian.

Satu perkara lagi yang dikatakan, termasuk oleh Perdana Menteri ialah jika Raus tidak meletakkan jawatan, kerajaan akan mengambil tindakan untuk membuangnya.

Perlu diingati bahawa Ketua Hakim Negara boleh dibuang oleh tribunal yang dibentuk di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan jika dibuktikan bahawa beliau telah melakukan "pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau alasan ketidakupayaan, daripada kelemahan badan atau minda atau apa-apa sebab lain dengan sewajarnya menunaikan fungsi jawatannya, ..."

Sekiranya perlanjutan perkhidmatan Raus tidak sah, adakah ia termasuk di bawah peruntukan yang tersebut di atas? Adakah beliau patut dipersalahkan? Oleh itu, perbincangan mengenai membawanya ke tribunal tidak berasas.

Terdapat pula kempen untuk melantik Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Besar (Sabah dan Sarawak) untuk menggantikan Raus. Saya telah menyatakan pandangan mengenai ahli politik dan peguam yang menyokong parti pemerintah untuk berbuat demikian kerana ia menunjukkan bahawa hakim itu pilihan mereka.

Jika apa yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini iaitu melanjutkan tempoh Raus dilihat sebagai kerajaan BN meletakkan orangnya sebagai Ketua Hakim Negara, apakah bezanya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan PH sekarang?

Jawatan dipolitikkan

Saya tidak akan berhujah sama ada menyokong atau menentang pelantikan Richard. Saya lebih suka menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan proses yang berikutnya.

Bagaimanapun, kepada mereka yang memuji melangit mengenai kesesuaian Richard, saya hanya ingin menarik perhatian mereka kepada satu laporan Malay Mail Online 12 Jun 2018. Tajuknya berbunyi: "Shafie mencabar Musa untuk mencabar kesahan jawatan KM Sabah ....".

Dilaporkan:

"Shafie berkata bahawa beliau telah bercakap dengan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan beliau (Shafie) diyakinkan bahawa pelantikannya (sebagai Ketua Menteri Sabah) adalah sah mengikut Perlembagaan."

Mengapa Richard harus memberi nasihat undang-undang kepada Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengetahui bahawa perkara itu mungkin berakhir di Mahkamah Persekutuan, di mana beliau (Richard) ialah seorang hakim? Adakah beliau cuba mengambil hati parti sekutu Kerajaan PH dari Sabah?

Dengan peletakan jawatan Raus, masalah penyingkirannya selesai tanpa mahkamah perlu memutuskan isu itu. Kerajaan PH dan penyokongnya mendapat apa yang mereka kehendaki dan, mungkin, lebih apabila mereka berjaya meletakkan orang mereka di tempatnya.

Tetapi, ia mengingatkan kita kepada pengulangan semula episod Salleh dan apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN diulang semula oleh Kerajaan PH. Lebih dari itu, apa yang mendukacitakan ialah, nampaknya, jawatan Ketua Hakim Negara pun telah dipolitikkan.







Tuesday, 19 June 2018

MB Selangor: Saya satu-satunya calon dipersetujui empat komponen PH, kata Idris

MB Selangor: Saya satu-satunya calon dipersetujui empat komponen PH, kata Idris: KUALA LUMPUR 19 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad mendakwa beliau merupakan satu-satunya calon dipersetujui oleh empat komponen parti Pakatan Harapan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sebelum Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang jawatan tersebut.

Pelantikan MB Selangor dipertikai

Pelantikan MB Selangor dipertikai: SHAH ALAM 19 Jun - Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari yang baru mengangkat sumpah enggan membalas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad yang mendakwa beliau menjadi Menteri Besar tanpa sokongan Pakatan Harapan.

16 Kaedah menyelesaikan masalah matematik dengan mudah, pasti ramai yang masih tidak tahu dengan 'trick' ini! - Video Story Erabaru Malaysia

16 Kaedah menyelesaikan masalah matematik dengan mudah, pasti ramai yang masih tidak tahu dengan 'trick' ini! - Video Story Erabaru Malaysia: Anda tidak suka dengan matematik? Atau tidak mahir dengan kira-kira? Jangan sedih kerana ada sebenarnya tidak keseorangan! Hakikatnya ramai antara kita yang tidak dilahirkan dengan bakat bijak membuat kira-kira atau menyelesaikan ‘persamaan’ matematik. Ada juga antara kita yang masih terkial-kial menghafal sifir 8 atau sukar mencari jawapan dengn melakukan congak di dalam kepala, jangan risau ...

Monday, 18 June 2018

Sunday, 17 June 2018

Wednesday, 13 June 2018

Takbir Raya





Salam Aidilfitri 1439H




1 Syawal 1439H akan disambut pada hari esok, Jumaat. Didoa dan diucapkan Selamat HariRaya Aidiltri kepada semua pembaca dan umat islam.

Dengan datangnya Islam, tidak ada lagi budaya, peradaban, tradisi dan Islam tidak mengenal ras.


قَالَ عَمْرٌو سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كُنَّا فِي غَزَاةٍ قَالَ سُفْيَانُ مَرَّةً فِي جَيْشٍ فَكَسَعَ رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَالَ الْأَنْصَارِيُّ يَا لَلْأَنْصَارِ وَقَالَ الْمُهَاجِرِيُّ يَا لَلْمُهَاجِرِينَ فَسَمِعَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا بَالُ دَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَسَعَ رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَالَ دَعُوهَا فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ فَسَمِعَ بِذَلِك


“Kata Amru; Aku mendengar Jabir bin Abdullah r.a. berkata;  Suatu ketika dalam satu peperangan -sekali waktu Sufyan mengatakan; Dalam suatu perkumpulan pasukan- tiba-tiba seorang laki-laki dari kalangan Anshar mendorong seseorang dari Anshar, maka sang Anshar pun menyeru, "Wahai orang-orang Anshar." Dan sang Muhajir pun berkata, "Wahai orang-orang Muhajirin." Rasulullah s.a.w. pun mendengar hal itu, maka Baginda s.a.w. bersabda: "Kenapa panggilan-panggilan Jahiliyyah itu masih saja kalian lestarikan?" para sahabat pun berkata, "Wahai Rasulullah, seorang laki-laki dari kalangan Muhajirin mendorong seorang dari Anshar." Akhirnya beliau bersabda: "Tinggalkanlah, kerana hal itu adalah sesuatu yang busuk." Hadith riwayat Bukhari

Maka dengan datangnya Islam, terhapuslah kesukuan yang dahulu berkembang pada masyarakat jahiliyah.

Adapun untuk memahami bahwa Islam bukanlah agama yang baru, pada hakikatnya seluruh Nabi yang diutus Allah adalah mengajarkan Islam. Sehingga setiap kaum yang beriman kepada syariat yang dibawa nabinya adalah muslim, dan menjadi kafir ketika datang syariat Nabi yang baru sementara mereka tetap mengikuti ajaran atau syariat Nabi yang lama.

Salam lebaran dengan keikhlasan andai ada kekhilafan.

Semoga Aidilfitri pada kali ini menjulang ketakwaan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN





Taliban jamin masa depan cerah jika AS tinggalkan Afghanistan

Taliban jamin masa depan cerah jika AS tinggalkan Afghanistan: KABUL 13 Jun - Pihak Taliban memberitahu ‘penceroboh Amerika’ untuk meninggalkan Afghanistan dalam satu pengumuman yang menandakan berakhirnya bulan Ramadhan, sambil memberi jaminan kepada rakyat akan masa depan yang cerah jika berada di bawah pemerintahan Islam selain berkata mereka sudah membebaskan banyak kawasan di negara itu.

Kerajaan baharu perlu pegang integriti – Najib

Tuesday, 12 June 2018

PRN Kedah mungkin tidak berlaku

PRN Kedah mungkin tidak berlaku: JERLUN – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin tidak akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini meskipun isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah masih belum selesai lagi.

Buka semula kedutaan Korea Utara mengejutkan, kata diplomat veteran

Buka semula kedutaan Korea Utara mengejutkan, kata diplomat veteran: Dennis Ignatius yang berkhidmat beberapa dekad dalam hubungan diplomatik berkata Malaysia tidak mendapat manfaat daripada hubungan rapat dengan Korea Utara.

Tidak puas hati bukan tiket hina Agong

MUKTAMADKAN MASA DEPAN, STATUS JAKIM

MUKTAMADKAN MASA DEPAN, STATUS JAKIM: RABU lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada berkata bahawa kerajaan akan melihat semula pera­nan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan me­ngumpulkan beberapa ilmuwan Is­lam untuk membincangkan ma­sa depan badan itu.

Nasib penjawat awam lebih baik jika BN kekal kerajaan - Najib

Nasib penjawat awam lebih baik jika BN kekal kerajaan - Najib: PEKAN -  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam kontrak termasuk guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih  baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.

Ekonomi Malaysia di tangga ke- 22 IMD

Oh, ini rupanya 'rahsia besar' orang terapung yang selalu kita lihat di jalanan! - Video Story Erabaru Malaysia

Oh, ini rupanya 'rahsia besar' orang terapung yang selalu kita lihat di jalanan! - Video Story Erabaru Malaysia: Pertunjukan silap mata sebenarnya merupakan teknik visual yang sukar difahami kerana ia menggunakan teknik atau alat yang unik. Salah satu daripadanya, dari dahulu lagi, adalah pertunjukan ahli silap mata yang terapung di udara. Ahli silap mata itu dengan mudahnya akan duduk di udara sepanjang hari dengan bantuan satu tiang sahaja. Ianya mudah bagi kita sebagai ...

Monday, 11 June 2018

Musa angkat sumpah ketua menteri Sabah penggal ke-5

Musa angkat sumpah ketua menteri Sabah penggal ke-5: Beliau mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada 11 malam.

Terengganu peruntuk bonus RM1.8 juta kepada guru

Terengganu peruntuk bonus RM1.8 juta kepada guru: Bonus juga dibayar kepada 1,944 guru kelas al-Quran kampung, kelas al-Quran dewasa, kelas berzanji, kelas agama belia dan dewasa.

Zamihan ragui laporan polis waris Sosma

Zamihan ragui laporan polis waris Sosma: “Cuba tanya siapa yang memujuk tahanan untuk membuat laporan polis secara palsu ini?'

'Najib mari berdebat, buktikan 1MDB bukan bencana'

'Najib mari berdebat, buktikan 1MDB bukan bencana': ULASAN | Ia tidak menjadi sub-judis, memandangkan Najib belum lagi didakwa mahkamah.

Agong berangkat hadiri Program Qiam D'Raja

Agong berangkat hadiri Program Qiam D'Raja: KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri Program Qiam D'Raja di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini malam ini.

Saya tidak curi wang 1MDB - Najib

Saya tidak curi wang 1MDB - Najib: KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menerima faedah atau mencuri wang daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) atau mana-mana pihak lain.

Apakah Dr. Mahathir masih

Apakah Dr. Mahathir masih: KUALA LUMPUR 11 Jun - UMNO hari ini menegaskan pihak yang berada di luar supaya tidak mencampuri atau cuba mempengaruhi proses pemilihan parti itu yang akan diadakan pada 30 Jun ini.

Keselamatan makanan dipantau

Keselamatan makanan dipantau: KUALA LUMPUR 22 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengumpul dan menguji 700 sampel makanan dari 14 bazar Ramadan di sekitar ibu negara untuk menguji tahap ke­selamatannya.

Demi masa depan, Nik Abduh tawar 4 pilihan buat Umno

Pandangan Anwar tentang RUU355 salah: Centhra

MERAI AIDILFITRI HARI KEBENARAN




Hari-hari Ramadan 1439H tinggal menunggu detik-detik penghujungnya, sebagaimana pada tarikh Miladiah atau Kalender masehi biasanya dikenali juga dengan sebutan ‘The Messianic’, setiap tahun akan dihitung oleh pengikut-pengikut kalender tersebut akan detik-detik berakhirnya, dengan mengadakan pelbagai persembahan khususnya tembakan bunga api dan hiasan lain sebagai tanda berakhirnya tahun tersebut dan digantikan pula dengan tahun baru.

Berbeza dengan kita umat Islam, pertukaran masuknya waktu salat fardu, hari, minggu, bulan dan tahun disambut dengan laungan takbir; ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, sebagaimana kita akan bertakbir ketika muazin melaungkan azan menandakan telah masuk perubahan waktu bagi kawasan-kawasan tersebut.

Contohnya, muazin melaungkan azan ketika masuknya waktu Maghrib pada 1 Syawal 1439H, maka bermulalah bulan baru dan berakhirnya bulan Ramadan 1439H.




Benarlah firman Allah s.w.t dalam al-Quran pada surah al-Haddid: 20-21:




"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar."


Allahu Akhbar.
Salam Ramadan Al-Mubarak.








Ku Li: Mahathir orang sama, hanya tukar baju

Ku Li: Mahathir orang sama, hanya tukar baju: 'Dia bukan lagi diktator? Tengok pada barisan pimpinan,' katanya.

'Saya takkan merayu nak minta nasihat Dr M'

'Saya takkan merayu nak minta nasihat Dr M': MP Gua Musang itu secara tersirat mengulas pertemuan Zahid Hamidi dan perdana menteri di Putrajaya.

‘Pembersihan’ polis bermula bulan depan?

‘Pembersihan’ polis bermula bulan depan?: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga dikatakan akan digugurkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title