Sunday 28 May 2017

KECERIAAN DALAM DIRI SENDIRI



Sukan tahunan berlaku setiap tahun di negara kita. Ia bukan sahaja dimulai diperingkat tadika tetapi berlanjutan sehingga peringkat sukan olimpik. Sehingga untuk orang cacat pun turut diadakan juga aktiviti sukan itu. Berentetan daripada aktiviti itu ia berkesimbungan kerana di sana ada nilai wang.

Barangkali kita pernah menyertai acara lumba lari 100 meter misalnya, dengan perasaan malas, tidak bersemangat pastilah kita akan berhenti di tengah jalan tanpa malu dan segan dengan rakan-rakan yang bersaing. Sebaliknya, bila kita menyertai lumba lari 400 meter dengan semangat yang tinggi, yakin, maka kita tidak akan merasa letih menjalani larian setiap meter yang dilalui dan kita akan sampai ke penamatnya.

Maka, semangat itu dapat mendorong seseorang mencapai tujuan yang lebih ditentukan oleh sikapnya. Oleh itu, marilah kita tentukan dan bangkitkan keyakinan diri dalam meraih sesuatu yang sukar sekalipun.

Hidup ini adalah seni. Seninya pula dapat dipelajari dan ditekuni. Ada di antara kita berusaha keras dan bersungguh-bersungguh belajar masak-memasak, merekacipta dan menghasilkan gubahan bunga-bunga hantaran menarik, menjalincampurkan wang-wangian supaya sedap baunya, memerah otak menghafaz al-Quran dan membina cinta sepanjang hidupnya.

Aktiviti-aktiviti tersebut lebih baik daripada berterusan memerah tenaga dan waktu hanya untuk mengumpul harta atau menyimpannya dibank tanpa disentuh.

Bagaimanapun, apakah ertinya hidup ini jika hanya bertujuan untuk mengumpul harta-harta dan tidak dimanfaatkan sedikit pun untuk meningkatkan keimanan, kasih sayang, cinta, keindahan dan keceriaan dalam hidup?

Ramai yang tidak mampu melihat keindahan hidup ini. Mereka hanya membuka matanya untuk ringgit dan emas, dan berusaha agar mereka boleh berjalan di taman bunga yang ditumbuhi oleh berbagai jenis bunga yang mempersonakan, membeli-belah di kedai-kedai beribu-ribu persegi luasnya,

menghabiskan keceriaannya berlalu tanpa disedari kerana dimamah oleh saat-saat memikir dan melakukan 'gaya hidup semasa', duduk berkelah di tepian air terjun yang bergemercik, deras airnya, melihat dan mendengar burung-burung yang berkicau riang. AKAN tetapi kita tidak pernah berupaya bagaimana caranya membuat hati ceria bahagia. Kita asyik memikir dan berkira-kira berapa ringgit nak masuk bank dan berapa pula ringgit nak dibelanjakan.

Bagi sesetengah orang, ringgit adalah satu-satunya alat untuk mencapai hidup bahagia. Mereka telah memutarbelitkan keadaan dengan menjual kehidupan bahagia ini demi memperolehi ringgit.

Allah s.w.t. memberi kita mata, diciptanya sedemikian rupa, bentuknya unik agar kita dapat melihat keindahan ciptaanNya.

Namun, kita seringkali biasa, terbiasa dan membiarkannya hanya untuk melihat benda-benda yang menjauhkan diri kita daripada kebahagian.



Thursday 25 May 2017

ZAKAT 2018 MEMPERKASA UMMAH



ZAKAT DIPERKASA DALAM ANJAKAN PARADIGMA 2018 MENGGAMIT KETERLIBATAN KERAJAAN PUSAT


Pandangan spontan sebagai anjakan baru bagi tahun 2018 memperakui penetapan nisab zakat 2.5 peratus menzakatkan pendapatan Kerajaan Pusat untuk disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri


Kerajaan Pusat telah memperuntukkan Bajet 2017 sebanyak RM260.8 bilion bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Ia tidak termasuk perbelanjaan luar jangka.

Dalam suasana ekonomi semakin pulih, berkembang dan mantap, tidak sukar untuk diramal bahawa akan berlaku peningkatan pendapatan negara bagi tahun 2017. Ia juga turut disokong dalam keadaan negara yang aman damai, terkawal dan dalam zon selamat.

Dengan jumlah penduduk yang direkodkan pada tahun 2016 seramai 31.7 juta orang. Ia terus  meningkat sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang kian meningkat saban tahun. Di samping itu, peraih suaka pekerjaan dari negara serantau juga turut meningkat dan ia boleh mencecah sehingga 10 juta orang.  Pertambahan penduduk dan peraih pekerjaan ini menunjukan bahawa negara kita dalam kondusif selesa, berdaya saing dan amat harmonis,

Melalui pengagihan peruntukan yang amat berkesan itu, di samping komitmen Kerajaan Pusat  untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan yang ditetapkan dan luar jangka, maka, wajar juga Kerajaan Pusat membuat anjakan baru, menginovasi dan memotivasikan aktiviti kebajikannya bermula pada tahun 2018 dengan  mengeluarkan zakat daripada bajet 2018 dengan nisab yang tetap sebanyak 2.5 peratus. Peruntukan zakat tersebut bagi menyuburrahmatkan lagi bajet 2018. Pengagihan  zakat itu diperakaunkan dan diagihkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan mengagihkan wang zakat, kerana mereka adalah agensi yang terlibat secara langsung dalam menangani masyarakat dan golongan sasar.

Pemimpin politik juga dapat terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti bersama asnaf, yang peruntukan wajibnya disalurkan terus.


Justifikasi dan implikasi mengait komitmen Kerajaan Pusat:

1. Nisab zakat 2.5 peratus.
2. Anggaran Bajet 2018,  RM280.00 bilion.
3. Peruntukan zakat RM7.00 bilion.
4. Bayar kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebanyak 14 buah Majlis.
5. Peruntukan agihan menurut per kapita.
6.  Penegasan: 'Ya Allah Engkau Rahmati Kami'

Demikian juga penglibatan Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah sama yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Termasuklah juga penstrukturan semula kaedah bayaran zakat oleh agensi-agensi korporat bagi memperkasa kedudukan institusi zakat, Kompeten menurut semasa, sistem agihan fleksibel  bagi mengangkat martabat umat. Ia akan meratai kepada golongan sasar yang layak menerimanya seperti yang diutarakan dalam al-Quran pada surah at-Taubah ayat 60.

Manakala pemberian-pemberian sedia ada kekal pada terma yang telah dipersetujui.

Ada suatu kaedah yang menarik untuk dikongsi, iaitu menghulur sesuatu dengan menarik sesuatu.

Maksudnya, memperuntukkan wang dengan nisab tetap 2.5 peratus daripada pendapatan tahunan Kerajaan Pusat kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, kemudian mengagihkan semula kepada golongan sasar.

Maka berdoalah makhluk di langit dan di bumi mohon rahmat kepada penghuni buminya, kerana dosa-dosa mereka diampuni, dan taubatnya diterima.

Amin.


Ikhlas,
Abdullah Usman


29 Syaaban 1438H




PERANG MENEGUHKAN PENDIRIAN



Pernahkah tuan puan mendengar kisah manusia yang hidup sepanjng zaman? Kisah mereka selalu disebut-sebut, diulang-ulang, dikaji, diulas, dibahas, dan dijadikan panduan untuk meneguhkan pasak-pasak kehidupan bagi menjulang martabat umat?

Peristiwanya berlaku ribuan tahun tapi relevan sepanjang zaman.

Kisah tentang mereka; persamaannya sukar dan tidak akan ditemui dalam mana-mana kitab-kitab tawarikh yang ditulis oleh pemikir-pemikir Barat dan negara bangsa lain?

Kecuali jika ia memberi keuntungan kepada mereka dengan memetik kata-kata hikmah daripadanya lalu dijadikan tesis mengenainya? Kalau ada lagi boleh dihitung dengan jari jumlahnya dan ditokok-tambah sebagai suatu penceritaan bagi menbangkitkan semangat bangsa mereka.

Berbeza dengan pensejarahan dalam Islam. Ia bukan sahaja ditulis secara 'detail' biografi tokok-tokoh,  ilmuan-ilmuan, pemikir-pemikir dan pewaris-pewaris dakwahnya, tetapi turut dirakam kehebatan-kehebatan pelopor generasi awal di dalam arena peperangan. Mereka adalah manusia tegas, bercita-cita tinggi dan tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencela.

Mereka menanamkan moto:


لا اله الا الله محمد رسول الله
     

Al-Quran merakamkan kisah-kisah mereka melalui pernyataan secara umum. Kemudian ia diperjelaskan pula dengan catatan-catatan sahih secara terperinci dalam rekod-rekod yang mantap, bertanggungjawab dan berwibawa. Yang benar disahihkan dan yang kurang tepat ditolak.  

Ketika Rasulullah s.a.w . memulakan hijrah ke Madinah puak-puak pembesar Quaraisy telah menawarkan berbagai hadiah lumayan kepada sesiapa saja yang dapat membunuh Rasulullah s.a.w..

Antara pemuda gagah yang bercita-cita menyahut tawaran itu adalah Suraqah bin Malik. Dalam menjejaki pergerakan Rasulullah s.a.w., beliau amat teliti sehingga akhirnya dapat menghampiri Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a.. Apabila beliau telah hampir dengan Rasulullah s.a.w., kudanya terperosok, tersungkur dan pada satu peringkat kudanya terkubur dan sukar bergerak.  Beliau menjerita memohon kepada Rasulullah s.a.w. melepaskannya, dan berjanji membiarkan Rasulullah s.a.w. berhijrah. Laku Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. membantu Suraqah daripada masalah tersebut. Suraqah melafazkan keislamannya pada Rasulullah s.a.w. disaksikan oleh Abu Bakar r.a.. Kemudian Rasulullah s.a.w. memberi khabar gembira pada Suraqah r.a. dengan mengatakan bahawa pada suatu masa kelak dia akan memakai gelang Kisra (milik raja Parsi).

Khabar gembira yang disampaikan pada Suraqah r.a. itu menjadi kenyataan tatkala Umar Al-Khattab r.a. menjawat jawatan khalifah. Sampai saatnya, suatu hari pasukan Islam yang dipimpin oleh Umar Al-Khattab r.a. berjaya menakluki Parsi. Umar r.a. memanggil Suraqah antara panglima perang yang mengetuai barisan hadapan ketika berperang di Parsi untuk datang ke Masjid Nabawi. Saat itulah Suraqah r.a. diminta oleh Umar r.a. untuk menyarungkan pakaian dan perhiasan bekas milik raja Parsi di hadapan orang ramai di dalam masjid.

Ketika Perang Badar, Baginda s.a.w. dengan semangat teguh mengenakan baju perangnya dan bersabda melalui firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qamar ayat 45:


"(Sila rujuk ayat tersebut dalam al-Quran. Ramadan pun dah dekatkan, rajin-rajinlah selak al-Quran ya)"


Bermadahlah seorang bijak melontarkan pandangannya:


"Anda adalah pemberani. Jika berhadapan dengan pasukan lawan. Dalam keadaan sulit anda berjaya mengalahkan pendekar-pendekar mereka. Anda juga adalah pejuang-pejuang mujahiddin tidak akan dikalahkan oleh pakatan kekufuran."      


Ketika Perang Uhud, setelah ramai Sahabat r.hum. yang terluka dan syahid, maka Rasululkah s.a.w. bersabda kepada para Sahabat r.hum:


"Berbarislah kalian di belakangku, maka aku akan memuji Tuhanku."


Azam yang teguh, pasak yang kukuh, barisan yang mantap merupakan cita-cita Nabi s.a.w. yang menembus bintang-bintang di angkasa, tekad seorang nabi yang menggoncang gunung-ganang dan membelah lautan membina gelombang dahsyat menghancur musuh kekufuran.

Berkata seorang strategik perang Islam:


"Jikalau mereka terbunuh, darah mereka bergolak kerana terbunuh di jalan Allah s.w.t. sudah menjadi cita-cita mereka sejak dulu."

"Sesungguhnya orang yang berjaya di dunia adalah orang yang tidak bergantung pada sesiapa pun di dunia."


Allahu Akhbar.



Monday 15 May 2017

BALQIS ISLAM BERSAMA SULAIMAN



"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".

(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah). ' "

Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".

Mereka menjawab: "Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan."

Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.

Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita"

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).

"Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan."

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian".

Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)".

Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.

(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam."



 (Al-Quran, surah an-Naml: 28-44)




Sunday 14 May 2017

PENGERTIAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN



Suatu ketika malaikat Jibril dalam rupa seorang manusia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat untuk mengajarkan tentang pokok-pokok ajaran agama, iaitu; Islam, Iman  dan Ihsan. (Hadis riwayat  Muslim)

Hadith tersebut kemudian dikenal dengan Hadith Jibril, sebuah hadith yang dipandang oleh para ulama mempunyai posisi yang sangat penting, kerana mencakup semua amal baik lahir maupun batin serta menjadi referensi ajaran Islam.


حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ فَقَالَ: مَا الإِيمَانُ قَالَ الإِيمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَبِلِقَائِهِ وَرُسُلِهِ وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ، قَالَ: مَا الإِسْلاَمُ قَالَ: الإِسْلاَمُ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمَ الصَّلاَةَ وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ، قَالَ: مَا الإِحْسَانُ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ، قَالَ: مَتَى السَّاعَةُ، قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ وَسَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا: إِذَا وَلَدَتْ الأَمَةُ رَبَّهَا وَإِذَا تَطَاوَلَ رُعَاةُ الإِبِلِ الْبُهْمُ فِي الْبُنْيَانِ، فِي خَمْسٍ لاَ يَعْلَمُهُنَّ إِلاَّ اللَّهُ ثُمَّ تَلاَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ الآيَةَ ثُمَّ أَدْبَرَ فَقَالَ رُدُّوهُ فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا فَقَالَ هَذَا جِبْرِيلُ جَاءَ يُعَلِّمُ النَّاسَ دِينَهُمْ (أخرجه البخارى فى : كتاب الإيمان : 37 . باب سؤال جبريل النبي ص.م. عن الإيمان والإسلام). مسلم: عن الإيمان: 57. ابو داوود: سنة, 16. ترميذى: الإيمان, 4. ابن ماجه: مقدمة. 9 . احمد بن حنبل: 1,27,51, 19,29.


Musaddad telah menceritakan kepada kami, ia berkata bahwa Isma’il Ibn Ibrahim telah menceritakan kepada kami, Abu Hayyan al-Taimiy dari Abi Zur’ah telah menyampaikan kepada kami dari Abu Hurairah r.a berkata: Pada sesuatu hari ketika Nabi s.a.w. sedang duduk bersama sahabat, tiba-tiba datang seorang laki-laki dan bertanya:


“Apakah iman itu?”


 Jawab Nabi s.a.w.:


“Iman adalah percaya Allah s.w.t., para malaikatNya,  dan pertemuannya dengan Allah, para RasulNya dan percaya pada hari berbangkit dari kubur. “


Lalu laki-laki itu bertanya lagi:


 “Apakah Islam itu?”


 Jawab Nabi s.a.w.:


“Islam ialah menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apapun, mendirikan salat, menunaikan zakat yang difardukan dan berpuasa di bulan Ramadhan.”


Lalu laki-laki itu bertanya lagi:


“Apakah Ihsan itu?”


Jawab Nabi s.a.w.:


“Ihsan ialah bahwa engkau menyembah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, kalau engkau tidak mampu melihatNya, ketahuilah bahwa Allah melihatmu.“


Lalu laki-laki itu bertanya lagi:


“Apakah hari kiamat itu? “


Nabi s.a.w. menjawab:


“Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada yang bertanya, tetapi saya memberitahukan kepadamu beberapa syarat (tanda-tanda) akan tibanya hari kiamat, iaitu; jika budak sahaya telah melahirkan majikannya, dan jika penggembala unta dan ternak lainnya telah berlomba-lomba membangun gedung-gedung megah. Termasuk 5 perkara yang tidak dapat diketahui kecuali oleh Allah, selanjutnya Nabi s.a.w. membaca ayat:



إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ


“Sesungguhnya Allah hanya pada sisiNya sajalah yang mengetahui hari kiamat… (ayat).


Kemudian orang itu pergi. Lalu Nabi s.a.w. bersabda kepada para sahabat:


“Hantarkanlah orang itu. Akan tetapi para sahabat tidak melihat sedikit pun bekas orang itu.’


Lalu Nabi s.a.w. bersabda:


“Itu adalah Malaikat Jibril a.s. yang datang untuk mengajarkan agama kepada manusia.”


(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Turmudzi, Ibnu Majah & Ahmad bin Hambal).








Thursday 11 May 2017

DOA KETEGUHAN



اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ اللَّهُمَّ لَا قَابِضَ لِمَا بَسَطْتَ وَلَا بَاسِطَ لِمَا قَبَضْتَ وَلَا هَادِيَ لِمَا أَضْلَلْتَ وَلَا مُضِلَّ لِمَنْ هَدَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُقَرِّبَ لِمَا بَاعَدْتَ وَلَا مُبَاعِدَ لِمَا قَرَّبْتَ اللَّهُمَّ ابْسُطْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتِكَ وَفَضْلِكَ وَرِزْقِكَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ الْمُقِيمَ الَّذِي لَا يَحُولُ وَلَا يَزُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ يَوْمَ الْعَيْلَةِ وَالْأَمْنَ يَوْمَ الْخَوْفِ اللَّهُمَّ إِنِّي عَائِذٌ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أَعْطَيْتَنَا وَشَرِّ مَا مَنَعْتَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنْ الرَّاشِدِينَ اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ وَأَحْيِنَا مُسْلِمِينَ وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِينَ غَيْرَ خَزَايَا وَلَا مَفْتُونِينَ اللَّهُمَّ قَاتِلْ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ اللَّهُمَّ قَاتِلْ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَهَ الْحَقِّ



“Ya Allah, segala puji hanya bagiMu,

Ya Allah tidak ada yang bisa mengenggam apa yang telah Engkau bentangkan dan tidak ada pula yang bisa membentangkan apa yang telah Engkau genggam.

Tidak ada yang bisa memberi petunjuk terhadap siapa yang telah Engkau sesatkan, tak ada pula yang bisa menyesatkan siapa yang telah Engkau beri petunjuk.

Tidak ada yang bisa memberi terhadap apa yang telah Engkau tahan dan tidak ada pula yang bisa menahan terhadap apa yang telah Engkau beri.

Tidak ada yang bisa mendekatkan terhadap apa yang telah Engkau jauhkan dan tidak ada pula yang bisa menjauhkan terhadap apa yang telah Engkau dekatkan.

Ya Allah bentangkan pada kami dari barakahMu, rahmatMu, kelebihanMu dan rizki-Mu.

Ya Allah, saya memohon kepadaMu kenikmatan yang kekal yang tidak berlalu dan tidak pula hilang.

Ya Allah saya memohon kepadaMu kenikmatan pada saat kefakiran, dan keamanan pada saat ketakutan.

Ya Allah, saya berlindung kepadaMu dari kejelekan apa saja yang telah Engkau berikan, dan dari kejelekan apa saja yang telah Engkau tahan.

Ya Allah, cintakan pada diri kami keimanan dan hiaskanlah pada hati-hati kami, dan bencikan diri kami terhadap kekufuran, kefasikan serta kemaksiatan.

Jadikan kami di antara orang-orang yang berpetunjuk.

Ya Allah, wafatkan kami dalam keadaan Islam, hidupkan kami dalam keadaan Islam dan sertakan kami bersama dengan orang orang sholeh yang tidak hina dan tidak pula terfitnah.

Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan merintangi jalanMu, dan berikan mereka siksaMu dan azabMu. Ya Allah, perangilah orang orang kafir yang telah diberi kitab (Yahudi dan Nasrani),


Ya Allah Ilah (Tuhan) kebenaran.”




PUASA PADA HARI-HARI PUTIH



Puasa pada hari-hari putih atau Puasa Ayyamul Bidh, iaitu; pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan sekurang-kurang  tiga kali, yang utamanya adalah pada ayyamul bidh. Puasa tersebut dikenali  ayyamul bidh (hari putih) kerana pada malam-malam tersebut bersinarnya bulan purnama.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (r.a.), ia berkata,


أَوْصَانِى خَلِيلِى بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْر
، وَصَلاَةِ الضُّحَى، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ


“Kekasihku (Rasulullah s.a.w.) mewasiatkan padaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: 1- Berpuasa tiga hari setiap bulannya, 2- Mengerjakan salat Dhuha, 3- Mengerjakan salat witir sebelum tidur.” (Hadith riwayat  Bukhari)


Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah s.a.w. bersabda,


صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ


Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Hadith riwayat Bukhari)


Dari Abu Dzar, Rasulullah s.a.w. bersabda:


يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ
فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ


“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (Hadith riwayat Tirmidzi,  An-Nasai, dan  Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa hadithnya hasan).


Dari Ibnu Milhan Al Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata,


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ
الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ .
وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ


Rasulullah s.a.w.  biasa memerintahkan pada kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh iaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).” Dan beliau bersabda:  “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.” (Hadith riwayat  Abu Daud, dan An Nasai. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadith ini shahih)


Pada  tanggal 13 Dzulhijjah (bagian dari hari tasyriq) adalah diharamkan berpuasa ketika itu.


  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title