Wednesday 1 March 2023

Sebarkan ketakwaan melalui dakwah



Ketakwaan perlu diperkukuhkan kerana alam telah memberi isyarat tentang fenomena-fenomenanya yang boleh memberi kesan kepada kehidupan.

Antara yang ketara kita perhatikan;

Perubahan iklim yang tidak menentu mempercepatkan sikap manusia kepada nilai kehidupan mereka.

Perubahan iklim sejuk berterusan yang akhirnya mengundang kepada hujan dan taburan hujan tinggi berpanjangan. Ia juga memberi kesan kepada kekukuhan tanah apabila berterusan lembab akan melemah dan melembutkan struktur tanah; impaknya tanah runtuh, sungai lumpur, tanah lembik dan menjerluskan tanah, rumah yang dibina di atasnya akan ditelan oleh bumi.

Sebaliknya perubahan iklim kemarau berterusan juga akan mempengaruhi sikap manusia. Gelisah, risau dan sengsara kehidupan. Mereka bukan saja akan mati akibat ketiadaan air, tetapi mati kerana kebuluran tragis yang tak sempat diselamatkan.

Kesan kepada perubahan iklim sejuk hujan berterusan atau kemarau berpanjangan mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia. 

Mohonlah kepada Allah SWT dengan DUIT (melalui Dakwah, Usaha, Ikhtiar dan akhirnya dengan Tawakkal kepada Allah SWT) bahawa ujian yang ditimpakan kepada kita dapat dihadapi dengan ketakwaan kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title