Friday 31 March 2023

Ada yang tidak kena di sini - Sian See

By Hussaini Amran 

- 31 March 2023


KUALA LUMPUR – Penganalis politik, Lim Sian See menyifatkan penghakiman berbeza oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim dalam semakan kehakiman kes SRC International Sdn. Bhd. hari ini sebagai sesuatu yang luar biasa.

Menurut beliau, selaku hakim paling kanan dalam panel tersebut, Abdul Rahman menentang keputusan majoriti.

“Ada yang tidak kena di sini. Beliau masih membaca penghakiman tidak setujunya yang sangat tegas dan seolah-olah menunjukkan kepura-puraan hakim lain dalam panel,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Abdul Rahman bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1.

Daripada lima panel hakim, empat hakim tersebut menolak permohonan semakan manakala Abdul Rahman menyokong semakan dilakukan.

Abdul Rahman dilaporkan berkata: “Keadilan bukan sahaja mengenai rasa bersalah atau tidak bersalah seseorang yang dituduh, beliau juga mesti mempunyai perbicaraan yang adil. Beliau juga mesti merasakan dia mempunyai perbicaraan yang adil. Jika sistem itu tidak mampu, beliau tidak patut dibicarakan sama sekali.”

Sian See menambah, keputusan semakan kehakiman itu bukan penghujung jalan buat Najib.

“Najib masih boleh membuat semakan lanjut – terutamanya jika surat penuh dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ketua Hakim Negara mengambil tindakan terhadap Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali didedahkan secara rasmi,” jelasnya. – MalaysiaGazette

 

Najib Razak

Abdul Rahman Sebli

Pautan: ada yang tidak kena di sini - sian see

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title