Sunday 26 March 2023

Russia hantar misil nuklear ke Belarus

Contoh sistem peluru berpandu jarak dekat Iskander-M milik Rusia. - AFP

Oleh KOSMO!

27 Jun 2022, 12:00 pm

 

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengesahkan akan menghantar sistem peluru berpandu jarak dekat berkeupayaan nuklear kepada sekutunya, Belarus dalam beberapa bulan akan datang, lapor Badan Penyiaran British (BBC), kelmarin.

Beliau berkata, sistem Iskander-M boleh menembak peluru berpandu balistik dan biasa bagi kedua-dua jenis konvensional dan nuklear.

Sistem itu mempunyai keupayaan jarak sehingga 500 kilometer (km).

“Kami telah membuat keputusan iaitu dalam beberapa bulan akan datang, kami akan menyerahkan sistem peluru berpandu taktikal Iskander-M kepada Belarus.

“Butiran lanjut mengenai penghantaran tersebut akan dilakukan oleh kementerian pertahanan kedua-dua negara,” kata Putin.

Ketika bercakap di St Petersburg, Putin turut menyatakan bahawa Rusia akan membantu mengubah suai pesawat tempur SU-25 milik Belarus selepas mendapat permintaan daripada Presiden Aleksandr Lukashenko.

Belarus telah memberikan sokongan logistik kepada Rusia dalam operasi ketenteraannya ke atas Ukraine, namun tenteranya tidak secara rasmi mengambil bahagian dalam konflik itu.

Dalam pada itu, kedua-dua presiden itu turut membincangkan keputusan Lithuania untuk menghalang beberapa barangan diangkut ke dan dari Kaliningrad, satu tindakan yang telah menimbulkan kemarahan Moscow.

Lukashenko berkata, tindakan Lithuania adalah seolah-olah pengisytiharan perang dan tidak boleh diterima. – Agensi


Pautan: Rrussia hantar misil nuklear ke belarus

Pautan lain: bernama.com  malaysiagazette.com/moscow tempatkan senjata nuklear taktikal di belarus-putin  bharian.com.my/moscow tempatkan senjata nuklear di belarus

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title