Friday 31 March 2023

‘Rayuan Najib tidak didengari dan berlaku ketidakadilan besar buatnya’ - Hakim Abdul Rahman


Abdul Rahman Sebli

By Kasthuri Jeevendran 

- 31 March 2023

 

PUTRAJAYA – Hakim Besar Sabah, Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mengetuai panel hakim mendengar semakan kes sabitan salah dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat pengadilan sewajarnya dalam prosiding terdahulu.

Beliau merupakan hakim tunggal menentang keputusan empat lagi panel hakim yang menolak permohonan Najib bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Empat hakim itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat; Datuk Rhodzariah Bujang; Hakim Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Ketika membacakan penghakimannya, Abdul Rahman berkata, adalah sesuatu yang wajar supaya Najib dibebaskan dan dilepaskan kerana bekas Perdana Menteri itu tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Malah beliau berkata, panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menyalahguna kuasa dengan memaksa peguam mewakili Najib untuk meneruskan prosiding walaupun peguam itu (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) menarik diri.

Menurut Abdul Rahman, keputusan perbicaraan rayuan akhir itu tidak benar atau susah untuk dipercayai.

“Rayuan Najib tidak didengari dan berlaku ketidakadilan besar buatnya. Beliau berada dalam keadaan kurang bernasib baik kerana tidak diwakili semasa rayuan.

“Oleh itu, sabitan terhadap tertuduh perlu dibatalkan kerana tiada representasi undang-undang. Hanya satu pihak iaitu Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang mengemukakan permohonan di hadapan panel terdahulu.

“Sepatutnya pemohon wajar diberikan penangguhan kerana tidak mempunyai representasi undang-undang semasa rayuan.

“Adalah juga tidak benar dengan dakwaan bahawa peguam Najib telah diberikan empat bulan untuk persediaan, yang sebenarnya empat bulan itu untuk Tetuan Shafee & Co, mereka bukan peguam baharu yang dilantik pemohon,” ujarnya.

Abdul Rahman berkata, fakta yang tidak boleh dipertikai ialah Najib tidak pernah menukar peguam semasa bicara di peringkat Mahkamah Tinggi.

Tambah bel, bekas Perdana Menteri itu menukar peguam sekali iaitu ketika pendengaran akhir prosiding SRC International yang mana Najib tidak boleh disalahkan kerana mendengar cakap peguamnya.

“Saya menyebelahi permohonan Najib untuk menyemak tujuh pertuduhan kes menyeleweng dana SRC International terhadapnya,” katanya.

Dengan keputusanmahkamah hari ini, Najib kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya ialah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi, di sini, mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun bagi satu kes penyalahgunaan kedudukan.

Namun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak. – MalaysiaGazette

 

Pautan: rayuan najib tidak didengari dan berlaku ketidakadilan besar buatnya-hakim abdul rahman

 

Ada yang tidak kena di sini - Sian See

By Hussaini Amran 

- 31 March 2023


KUALA LUMPUR – Penganalis politik, Lim Sian See menyifatkan penghakiman berbeza oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim dalam semakan kehakiman kes SRC International Sdn. Bhd. hari ini sebagai sesuatu yang luar biasa.

Menurut beliau, selaku hakim paling kanan dalam panel tersebut, Abdul Rahman menentang keputusan majoriti.

“Ada yang tidak kena di sini. Beliau masih membaca penghakiman tidak setujunya yang sangat tegas dan seolah-olah menunjukkan kepura-puraan hakim lain dalam panel,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Abdul Rahman bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1.

Daripada lima panel hakim, empat hakim tersebut menolak permohonan semakan manakala Abdul Rahman menyokong semakan dilakukan.

Abdul Rahman dilaporkan berkata: “Keadilan bukan sahaja mengenai rasa bersalah atau tidak bersalah seseorang yang dituduh, beliau juga mesti mempunyai perbicaraan yang adil. Beliau juga mesti merasakan dia mempunyai perbicaraan yang adil. Jika sistem itu tidak mampu, beliau tidak patut dibicarakan sama sekali.”

Sian See menambah, keputusan semakan kehakiman itu bukan penghujung jalan buat Najib.

“Najib masih boleh membuat semakan lanjut – terutamanya jika surat penuh dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ketua Hakim Negara mengambil tindakan terhadap Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali didedahkan secara rasmi,” jelasnya. – MalaysiaGazette

 

Najib Razak

Abdul Rahman Sebli

Pautan: ada yang tidak kena di sini - sian see

Tommy, Latheefa, Gopal yang mulakan ‘sarkas’ ini - Sian See

 By Hussaini Amran 

- 28 March 2023


KUALA LUMPUR - Tiga individu perlu dipertanggungjawabkan atas pembaziran masa Jabatan Peguam Negara (AGC) dan mahkamah serta yuran guaman yang ditanggung oleh 41 defendan dalam kes pelucuthakan sivil berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, mereka ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas; bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dan bekas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Menurut beliau, mereka yang memulakan ‘sarkas’ tersebut apabila memfailkan permohonan pelucuthakan sivil terhadap 41 individu dan entiti pada Jun 2019 untuk mendapatkan semula RM270 juta dana yang dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ia adalah berita besar pada masa itu dan mendominasi tajuk berita ketika itu.

“Empat tahun kemudian, bab itu kini telah ditutup pagi ini apabila mahkamah rayuan memerintahkan semua wang yang dibekukan dikembalikan kepada perayu dalam tempoh dua bulan bersama dengan faedah terakru,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kerajaan memulangkan kembali sejumlah RM21.1 juta yang sebelum ini telah dilucuthak selepas didakwa ia merupakan dana yang diseleweng daripada 1MDB.

Sian See menambah, selepas berpuluh perbicaraan di mahkamah serta masa AGC dan mahkamah dibazirkan selama empat tahun, kerajaan pada dasarnya gagal dalam semua 41 kes pelucuthakan.

Beliau memberitahu, satu-satunya kes kerajaan ‘menang’ adalah apabila defendan tidak mencabar saman itu kerana mereka percaya bahawa mereka akan membelanjakan lebih banyak yuran guaman untuk memerangi kes itu berbanding jumlah yang diminta untuk dilucuthakkan.

“Atau mereka adalah institusi kerajaan seperti Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Yayasan Tun Hussein Onn (ya, nampaknya wang yang dibayar Najib untuk buku dan untuk kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada badan kebajikan juga didakwa pengubahan wang haram),” jelasnya.

Sian See berkata, akhirnya, satu-satunya pihak yang mendapat manfaat ialah peguam persendirian yang dibayar yuran tinggi oleh 41 defendan.

“Orang ramai dan kerajaan tidak mendapat apa-apa kecuali banyak membuang masa dan perbelanjaan undang-undang,” katanya. – MalaysiaGazette


Tommy Thomas

Latheefa Koya

Gopal Sri Ram
 

Sunday 26 March 2023

Russia hantar misil nuklear ke Belarus

Contoh sistem peluru berpandu jarak dekat Iskander-M milik Rusia. - AFP

Oleh KOSMO!

27 Jun 2022, 12:00 pm

 

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengesahkan akan menghantar sistem peluru berpandu jarak dekat berkeupayaan nuklear kepada sekutunya, Belarus dalam beberapa bulan akan datang, lapor Badan Penyiaran British (BBC), kelmarin.

Beliau berkata, sistem Iskander-M boleh menembak peluru berpandu balistik dan biasa bagi kedua-dua jenis konvensional dan nuklear.

Sistem itu mempunyai keupayaan jarak sehingga 500 kilometer (km).

“Kami telah membuat keputusan iaitu dalam beberapa bulan akan datang, kami akan menyerahkan sistem peluru berpandu taktikal Iskander-M kepada Belarus.

“Butiran lanjut mengenai penghantaran tersebut akan dilakukan oleh kementerian pertahanan kedua-dua negara,” kata Putin.

Ketika bercakap di St Petersburg, Putin turut menyatakan bahawa Rusia akan membantu mengubah suai pesawat tempur SU-25 milik Belarus selepas mendapat permintaan daripada Presiden Aleksandr Lukashenko.

Belarus telah memberikan sokongan logistik kepada Rusia dalam operasi ketenteraannya ke atas Ukraine, namun tenteranya tidak secara rasmi mengambil bahagian dalam konflik itu.

Dalam pada itu, kedua-dua presiden itu turut membincangkan keputusan Lithuania untuk menghalang beberapa barangan diangkut ke dan dari Kaliningrad, satu tindakan yang telah menimbulkan kemarahan Moscow.

Lukashenko berkata, tindakan Lithuania adalah seolah-olah pengisytiharan perang dan tidak boleh diterima. – Agensi


Pautan: Rrussia hantar misil nuklear ke belarus

Pautan lain: bernama.com  malaysiagazette.com/moscow tempatkan senjata nuklear taktikal di belarus-putin  bharian.com.my/moscow tempatkan senjata nuklear di belarus

 

 

 

Russia plans to station tactical nuclear weapons in Belarus, Putin says

Russian President Vladimir Putin


Heather Chen Radina Gigova

By Heather Chen, Hira Humayun, Mariya Knight, Andrew Carey, Radina Gigova and Maria Kostenko, CNN

Updated 10:25 AM EDT, Sun March 26, 2023


Russia plans to station tactical nuclear weapons in neighboring Belarus, President Vladimir Putin said Saturday.

Moscow will complete the construction of a special storage facility for tactical nuclear weapons in Belarus by the beginning of July, Putin told state broadcaster Russia 1.

He said Moscow had already transferred an Iskander short-range missile system, a device which can be fitted with nuclear or conventional warheads, to Belarus.

During the interview, Putin said Russia had helped Belarus convert 10 aircraft to make them capable of carrying tactical nuclear warheads and would start training pilots to fly the re-configured planes early next month.

Belarus, which is west of Russia on Ukraine’s long northern border, is among Moscow’s closest allies. It helped Russia launch its initial invasion of Ukraine in February 2022, allowing the Kremlin’s troops to enter the country from the north.

There have been fears throughout the conflict that Belarus will again be used as a launching ground for an offensive, or that Minsk’s own troops will join the conflict.

Putin’s remarks in the interview on Saturday build on comments made in December at a joint news conference with Lukashenko in Minsk, when the Russian leader said Moscow was training Belarusian pilots to fly jets capable of carrying a “special warhead.”

During that conference, and addressing the Russia leader, Lukashenko also said, “Today we’ve put the S-400 [air defense] system that you transferred to Belarus into a state of combat-readiness, and, most importantly, the Iskander system, which you have also handed over to us, after promising it half a year ago.”

Belarus has had no nuclear weapons on its territory since the early 1990s. Shortly after gaining independence following the collapse of the Soviet Union, it agreed to transfer all Soviet-era weapons of mass destruction stationed there to Russia.

Since invading Ukraine more than a year ago, Putin has used escalating rhetoric on a number of occasions, warning of the “increasing” threat of nuclear war and suggesting Moscow may abandon its “no first use” policy.

But for Ukraine, these plans are a sign that Putin is “afraid of losing.”

“Making a statement about tactical nuclear weapons in Belarus, he admits that he is afraid of losing and all he can do is scare with tactics,” Mykhailo Podolyak, adviser to the head of the Office of the President of Ukraine, tweeted Sunday.

Calling Putin “predictable,” Podolyak added that violating the nuclear non-proliferation treaty, once again shows “his involvement in the crime.”

In his interview Saturday, Putin said Moscow would retain control over any tactical nuclear weapons it stationed in Belarus.

He likened the move to Washington’s practice of stationing nuclear weapons in Europe to keep host countries, like Germany, from breaking their commitments as non-nuclear powers.

“We are not going to hand over control of nuclear weapons. The US doesn’t hand it over to its allies. We’re basically doing the same thing (US leaders) have been doing for a decade,” Putin said.

Although there is no guarantee that Putin will follow through with his plan to station the weapons in Belarus, any nuclear signaling by him will cause concern in the West.


No indications Russia preparing to use a nuclear weapon


The State Department told CNN it would “continue to monitor the implications” of Russia’s plan to station tactical nuclear weapons in Belarus but would not adjust its nuclear weapons strategy.

“We have not seen any reason to adjust our own strategic nuclear posture nor any indications Russia is preparing to use a nuclear weapon,” State Department spokesperson Vedant Patel said in a statement to CNN.

Russia and Belarus had discussed this movement of weapons for some time, having made multiple statements throughout the past year, another State Department spokesperson said.

Previously, Washington has made clear to Putin there will be consequences to any use of nuclear weapons in Ukraine, even low-yield tactical devices, but has deliberately stopped short of spelling out exactly what they would be.

Speaking in October, US President Joe Biden told CNN’s Jake Tapper, “It would be irresponsible for me to talk about what we would or wouldn’t do,” in response to nuclear use by Russia.

But Biden hinted at the possibility of a rapid escalation in events.

“The mistakes get made, the miscalculation could occur, no one could be sure what would happen and it could end in Armageddon,” he said.

 

Link: Russia-putin-nuclear-weapons-belarus-intl-hnk/index.html

 

Tuesday 21 March 2023

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Erti Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Begini Hukum dan Adabnya

Rabu, 25 November 2020 11:33

Reporter : Andre Kurniawan

 

Merdeka.com -  Sebagai  muslim,  tentu  kita  sudah  tidak  asing   dengan  ucapan salam    yang    berbunyi     Assalamualaikum.   Ucapan    salam    tersebut    sering digunakan   ketika   kita  bertemu  dengan sesama muslim. Ucapan salam ini sudah seperti ciri khas dari sesama muslim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh adalah ucapan lengkap dari sebuah salam itu. Ucapan salam ini terdengar begitu indah. Bahkan di dalamnya juga terkandung salah satu nama Allah SWT, yaitu As-Salam, yang berarti Maha Sejahtera, atau Yang Maha memberi kesejahteraan dan kedamaian.

Sifat As-Salam ini memiliki makna bahwa Allah SWT terhindar dari segala kekurangan, dari segala aib kejelekan, dan juga dari kematian, yang biasa dialami makhluk-Nya. Imam Ibnu Katsir juga berkata terkait makna As-Salam iaitu “yang selamat dari segala aib dan kekurangan, karena kesempurnaan dzat, sifat dan perbuatan-perbuatan-Nya (Allah)”Description: taboola mid article

Arti Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh juga memiliki makna yang indah dan penuh dengan kebaikan. Arti Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh berarti doa untuk keselamatan seseorang, serta doa agar orang tersebut dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Untuk mengetahui lebih lanjut arti Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, berikut akan kami sampaikan penjelasan menganai arti Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhd dari salam tersebut.

 

Erti Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Kalian tidak akan masuk surga hingga kalian beriman. Kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan pada kalian suatu amalan yang jika kalian melakukannya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian” (HR. Muslim no. 54).

Dilansir dari qazwa.id, dalam kitab Al-Adzkar yang ditulis oleh Imam Nawawi, bahwa terdapat tiga jenis salam yang dapat kita gunakan sebagai sebuah kalimat untuk menyapa dan sebagai doa kepada sesama muslim.

Tiga jenis dari salam beserta artinya tersebut iaitu:

1. Assalamualaikum: Erti Assalamualaikum, yakni; Semoga Keselamatan terlimpah padamu.

2. Assalamualaikum Warahmatullah: Erti Assalamualaikum warahmatullah ialah Semoga Allah melimpahkan keselamatan serta rahmat-Nya padamu. Ataupun semoga keselamatan serta rahmat Allah terlimpah untukmu.

3. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh: erti Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh' iaitu; “Semoga padamu Allah melimpahkan keselamatan, rahmat, serta keberkahanNya”. Atau dapat juga ertinya “Semoga keselamatan serta rahmat Allah dan juga keberkahannya terlimpah untukmu”.

Mengucapkan salam ini tidak sebatas pada orang yang kita kenal saja. Kita juga dianjurkan untuk mengucapkan salam kepada orang yang tidak dikenal.

Hal ini disebutkan dalam hadist dari ‘Abdullah bin ‘Amr bahwasanya ada seseorang yang bertanya pada Nabi SAW.

“Amalan Islam apa yang paling baik?” Beliau SAW lantas menjawab, “Memberi makan (kepada orang yang butuh) dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang tidak engkau kenali. ” (HR. Bukhari).

 

Menjawab Salam

Setelah mengetahui erti Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kita juga harus mengetahui bagaimana menjawab ucapan salam tersebut.

Bagi seorang muslim, mengucapkan salam hukumnya adalah sunnah, tapi menjawab salam hukumnya adalah wajib.

Masalah mengenai menjawab salam ini juga disebutkan oleh Allah SWT dalam salah satu ayatnya yang berbunyi:

“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa).” (Q.S. An Nisa: 86).

Tafsir dari ayat di atas iaitu apabila ada seseorang mengucapkan salam kepada kalian, maka jawablah salamnya dengan ucapan salam yang lebih baik dari salam yang diucapkannya kepada kalian. Atau jawablah dengan ucapan salam yang setara dengan apa yang diucapkannya.

Tetapi menjawab ucapan salam dengan ucapan yang lebih baik tentu lebih utama. Sesungguhnya Allah mencatat amal perbuatan kalian dan akan memberikan balasan yang setimpal kepada setiap orang sesuai dengan amal perbuatannya.

Adab Mengucapkan Salam

Dilansir dari rumaysho.com, terdapat tiga hadist yang dapat membantu Anda dalam mengucapkan salam.

Hadits pertama, tentang siapa yang seharusnya mengucapkan salam, berbunyi,

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah yang kecil memberi salam pada yang lebih tua, hendaklah yang berjalan memberi salam pada yang sedang duduk, hendaklah yang sedikit memberi salam pada yang banyak.” (Muttafaqun ‘alaih) (HR. Bukhari, Muslim).

Dalam riwayat Muslim disebutkan juga, “Dan orang yang berkendaraan memberi salam kepada yang berjalan.”

Hadits kedua, tentang bagaimana mengucapkan salam saat dalam suatu kelompok/rombongan, berbunyi,

Dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Cukup jika berjamaah (berada dalam kelompok) jika lewat, maka salah seorang dari mereka mengucapkan salam. Cukup jika berjamaah (berada dalam kelompok) jika ada yang mengucapkan salam, maka salah seorang dari jamaah tersebut yang membalas salamnya.” (HR. Ahmad dan Al-Baihaqi).

Hadits ketiga, tentang adab salam terhadap non muslim, berbunyi,

Dari ‘Ali RA pula, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah memulai mengucapkan salam kepada Yahudi dan Nashrani. Jika kalian bertemu dengan mereka di jalan, maka persempitlah jalan mereka.” (HR. Muslim) (HR. Muslim).

Hadits lain yang menyinggung masalah ini berbunyi,

“Jika seorang ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) memberi salam pada kalian, maka balaslah dengan ucapan ‘wa’alaikum’.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat lain disebutkan pula bahwa Anas bin Malik berkata,

“Ada seorang Yahudi melewati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu ia mengucapkan ‘as-saamu ‘alaik’ (celaka engkau).” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas membalas ‘wa ‘alaik’ (engkau yang celaka). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Apakah kalian mengetahui bahwa Yahudi tadi mengucapkan ‘assaamu ‘alaik’ (celaka engkau)?” Para sahabat lantas berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika kami membunuhnya saja?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan. Jika mereka mengucapkan salam pada kalian, maka ucapkanlah ‘wa ‘alaikum’.” (HR. Bukhari).

Pautan: Erti assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh begini hukum dan adabnya

 

Monday 20 March 2023

Ini Perkembangan Bayi dalam Kandungan dari Minggu ke Minggu

 


Walau terdapat perubahan setiap minggunya, tahapan perkembangan bayi dalam kandungan umumnya dibagi ke dalam beberapa trimester atau periode tiga bulan. Yuk, kenali pokok-pokok perkembangan janin, Anda agar semakin mudah mendeteksi jika terdapat kelainan atau gangguan pada kehamilan Anda.

Perkembangan bayi dalam kandungan dimulai setelah pembuahan terjadi. Pembuahan sendiri umumnya baru terjadi dua minggu setelah tanggal menstruasi terakhir Anda dimulai.

Ini Perkembangan Bayi dalam Kandungan dari Minggu ke Minggu - Alodokter

Selain menjadi bagian dari kehamilan, tanggal menstruasi terakhir (Hari Pertama Haid Terakhir / HPHT) juga digunakan untuk memprediksi tanggal persalinan, yaitu dengan menambah 40 minggu dari tanggal tersebut.

 

Trimester Pertama

Pada minggu ke-3 kehamilan, sel telur yang telah dibuahi akan mulai berkembang dan membentuk sebuah kantung yang berisi bakal janin (embrio) dan plasenta. Sel darah janin pun mulai terbentuk dan ratusan sel lainnya ikut berkembang, lalu sirkulasi darah pun dimulai.

Pada akhir minggu ke-4, tabung jantung janin sudah ada dan dapat berdenyut hingga 65 kali dalam satu menit. Di akhir bulan pertama kehamilan, janin sudah berukuran sepanjang 0,6 cm, lebih kecil dari butiran nasi.

Ibu hamil juga mulai mengalami gejala kehamilan, seperti mudah lelah dan payudara yang membesar. Peningkatan hormon kehamilan HCG juga menyebabkan menstruasi terhenti, dan hal ini merupakan salah satu tanda awal kehamilan.

Pada minggu ke-6, wajah dengan lingkaran besar untuk mata, hidung, mulut, telinga serta rahang bawah dan tenggorokan sudah mulai terbentuk. Janin sudah mulai terlihat melengkung seperti huruf C.

Pada minggu ke-7, janin mulai membentuk tangan dan kaki, dan rahim kini telah berukuran dua kali lipat.

Pada minggu ke-8 hingga ke-10 kehamilan, janin telah berhasil melalui masa kritis dari perkembangan organ dan struktur tubuhnya, telah berukuran hampir 3 cm panjangnya, semakin banyak bergerak, dan semakin terlihat seperti manusia. Pada minggu ini, bayi dalam kandungan telah siap untuk berkembang.

Pada minggu ke-11 hingga 13, otak bayi akan berkembang dengan pesat, ginjalnya mulai mengeluarkan urine dan jari-jarinya telah bisa mengepal seperti tinju. Memasuki minggu ke-12, alat kelamin bayi sudah mulai dibentuk. Panjang bayi di trimester pertama ini akan mencapai 8 cm.

 

Trimester Kedua

Memasuki trimester kedua, risiko keguguran biasanya akan ikut menurun, karena kandungan Anda sudah semakin kuat dan terus berkembang. Berat bayi dalam kandungan sudah mencapai 42 gram dengan panjang mencapai 9 cm.

Tulang dan tengkoraknya semakin mengeras dan kemampuan mendengarnya ikut meningkat. Anda mungkin akan merasa tendangan dan detak jantung berdebar, serta bisa melihat berbagai ekspresi melalui pemeriksaan USG.

Pada minggu ke-14 hingga ke-15, indera perasanya terbentuk dan ia sudah mulai bisa mendeteksi cahaya.

Pada minggu ke-16 hingga ke-18, bayi akan mengalami lonjakan pertumbuhan dan alat kelaminnya telah terbentuk dengan baik sehingga bisa terlihat saat pemeriksaan USG.

Pada minggu ke-19, bayi dalam kandungan sudah bisa mendengar suara Anda. Memasuki minggu ke-20, bayi akan lebih banyak menelan dan memproduksi kotoran atau mekonium.

Pada minggu ke-21 hingga ke-22, bayi sangat aktif dan semakin terlihat seperti manusia kecil. Bayi juga sudah mulai menumbuhkan alis dan rambut di usia minggu ke-25, serta berat badannya semakin bertambah karena sudah memiliki lemak.

Pada minggu ke-26, bayi mulai bisa menghirup dan mengeluarkan cairan plasenta (air ketuban) yang merupakan pertanda baik, karena dengan demikian ia sekaligus berlatih untuk bernapas.

Pada minggu ke-27, bayi dalam kandungan Anda telah bisa membuka dan menutup matanya, menghisap jari-jarinya, bahkan cegukan. Anda mungkin merasa geli ketika ia melakukan hal ini.

 

Trimester Ketiga

Memasuki trimester ketiga, berat bayi bisa mencapai 1 kg dengan otot dan paru-paru yang makin berkembang. Kepalanya terus bertumbuh untuk mengikuti perkembangan sel saraf di otaknya. Kulitnya yang keriput menjadi semakin halus akibat lemak tubuhnya yang terus bertambah.

Ia sudah bisa berkedip, bulu mata dan kukunya tumbuh, dan rambutnya lebih banyak. Pada trimester akhir ini, bayi akan lebih banyak menambah berat badannya, hingga secara keseluruhan bisa mencapai sekitar 3 kg dengan panjang 48 cm.

Pada minggu ke-31 hingga ke-33, tendangan bayi akan lebih terasa kuat dan Anda mungkin mulai mengalami kontraksi palsu. Rahim yang kian membesar bisa menyebabkan nyeri ulu hati dan sesak napas. Anda juga akan semakin merasa tidak nyaman berada di tempat tidur.

Pada minggu ke-34, sistem saraf pusat dan paru-parunya akan semakin matang dan pergerakan tidak sesering atau seheboh sebelumnya. Bayi dalam kandungan akan semakin turun ke area panggul pada minggu ke-36 seiring tanggal persalinan mendekat.

Pada minggu ke-37, Anda akan lebih sering mengalami keputihan dan kontraksi. Selama kehamilan, Anda disarankan untuk mewaspadai gejala-gejala dari kondisi yang bernama preeklamsia, iaitu komplikasi kehamilan yang ditandai dengan meningkatnya tekanan darah, terdapat protein di urine, serta pembengkakan di kaki.

Air ketuban Anda mungkin akan pecah pada minggu ke-39. Jika ini terjadi, artinya Anda akan memasuki proses persalinan. Segera hubungi dokter, bidan, atau rumah sakit tempat Anda berencana melahirkan untuk mendapatkan pertolongan.

Terkadang, ibu hamil mungkin ada yang belum menunjukkan tanda-tanda persalinan meskipun sudah melewati waktu perkiraan lahir. Jangan khawatir jika Anda mengalaminya, karena hal ini memang bisa terjadi.

Namun, jika usia kandungan sudah terlalu tua atau mencapai minggu ke-42, Anda mungkin perlu menjalani prosedur induksi persalinan.

Diskusikanlah dengan dokter mengenai prosedur persalinan yang aman dan sesuai dengan kondisi kehamilan Anda. Rutin memeriksakan bayi dalam kandungan juga dapat membantu Anda untuk mengantisipasi kelainan atau masalah yang mungkin terjadi.

 

Terakhir diperbarui: 30 Juni 2021

Ditinjau oleh: dr. Kevin Adrian

Pautan: Ini perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu

 

Thursday 16 March 2023

Tak perlu tunggu ustaz buat permohonan

      AHMAD ROZAINI ABRUL RAHMAN



Oleh SAYED HESHAM IDRIS 
17 Mac 2023, 8:00 am 

IPOH: Pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dicadang­kan supaya mentauliahkan atau menawarkan tauliah pendakwah yang diakui memiliki kepakaran dalam bidang agama tanpa perlu menunggu mereka membuat permohonan mendapatkan tauliah berceramah dan mengadakan kuliah agama. 

Pengetua Akademi Darul Turath al-Hajari Lenggong, Ahmad Rozaini Abdul Rahman berkata, cara sedemikian akan memudahkan pendakwah dan penceramah agama untuk menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat tanpa ada halangan. 

Menurut beliau, sepatutnya jika seseorang pendakwah atau penceramah yang sudah diakui kepakarannya dalam bidang agama, mereka tidak perlu meminta tauliah sebaliknya pihak berkuasa agama sendiri yang menawarkan tauliah kepada mereka. 

“Kalau kita tengok kepakaran ada padanya, tak payah dia minta tauliah, kita (pejabat agama negeri) tauliahkan dia, panggil dia dan beri tauliah, mengajarlah. 

“Maksudnya, kita dah tahu kepakaran dia, ustaz-ustaz ini ada yang sangat popular, satu Malaysia kenal dia, kalau sebut namanya, ramai yang datang untuk mendengar ceramahnya. 

“Orang yang macam inilah yang patut diberi kebenaran, tauliahkan dia tanpa perlu menunggu dia datang memohon tauliah. Kita dah tengok kesahihan apa yang dia ajar, maka setiap negeri tauliahkan kepadanya. 

“Berikan tauliah berceramah dan mengadakan kuliah agama kepada pendakwah yang diakui kepakaran mereka dalam bidang agama tanpa perlu me­nunggu mereka membuat permohonan,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Sementara itu, Ahmad Rozaini menyokong tindakan pihak berkuasa agama negeri yang menyekat penceramah dan pendakwah agama tertentu terutama mereka yang sering membuat kenyataan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan dalam masyarakat.

“Mereka ini kalau masuk TV, ada sahaja yang mereka pertikaikan. Kalau dulu Nis­fu Syaaban, tak lama lagi nak masuk bulan Ramadan, adalah (yang dipertikaikan) seperti doa buka puasa tak ada hadis, lepas tarawih tak ada selawat, tazkirah pun tak boleh, isu bilangan rakaat tarawih lapan atau 20 rakaat. 

“Kalau masuk TV sahaja, mesti ada kenyataan yang menyebabkan perbalahan dalam masyarakat, mereka ini sepatutnya dilarang (muncul di rancangan televisyen),” katanya.

Isu tauliah mengajar kembali hangat selepas pembatalan kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Februari lalu kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama di negeri itu. 

Selain itu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu juga memberi peringatan pe­mimpin dan aktivis politik di negeri itu tidak dibenarkan menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan cera­mah atau mengadakan aktiviti berunsur politik kepartian. – UTUSAN 


Bank antara terbesar dunia, Credit Suisse pula goyah

LOGO Credit Suisse dilihat pada salah satu cawangan
bank berkenaan di Geneva kelmarin. - AFP

Oleh KOSMO!

17 Mac 2023, 8:15 am


ZURICH, Switzerland - Credit Suisse mengumumkan kelmarin bahawa ia akan meminjam hampir AS$54 bilion(RM243.38 bilion) daripada bank pusat Switzerland untuk mengukuhkan kumpulan konglomerat itu selepas harga sahamnya jatuh menjunam.

Pendedahan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Swiss National Bank berkata, tahap modal dan kecairan Credit Suisse adalah mencukupi, namun berjanji pihaknya akan menyediakan kecairan sekiranya diperlukan.

Dalam satu kenyataan, Credit Suisse berkata, pinjaman daripada bank pusat sehingga AS$53.7 bilion (RM242 bilion) akan ‘menyokong perniagaan teras dan pelanggan’ sambil menambah, pihaknya juga membuat tawaran pembelian balik ke atas hutang bernilai kira-kira AS$3 bilion (RM13.52 bilion).

“Langkah-langkah ini menunjukkan tindakan tegas untuk mengukuhkan bank Credit Suisse ketika kami meneruskan transformasi strategik untuk menyampaikan nilai kepada pelanggan kami dan pemegang saham.

“Saya dan pasukan saya berazam untuk bergerak ke hadapan dengan pantas bagi menyediakan bank yang lebih mudah dan lebih fokus mengikut keperluan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse, Ulrich Koerner dalam kenyataan tersebut.

Credit Suisse dilanda pelbagai skandal sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyaksikan harga sahamnya jatuh menjunam kelmarin selepas pemegang saham utama, Bank Negara Saudi menolak untuk melabur lebih banyak dalam konglomerat itu.

Sahamnya jatuh lebih 30 peratus ke paras terendah sebelum kembali pulih untuk mengakhiri dagangan kelmarin dengan kejatuhan sebanyak 24.24 peratus.

Nilai pasaran Credit Suisse menerima tamparan hebat minggu ini berikutan kebimbangan bahawa kejatuhan dua bank Amerika Syarikat akan menular serta laporan tahunannya yang memetik “kelemahan material” dalam kawalan dalaman.

Credit Suisse ialah antara 30 bank global yang dianggap terlalu besar untuk gagal. Terbaharu, saham bank berkenaan meningkat  selepas berita pinjaman daripada bank pusat itu mengembalikan keyakinan pelabur - AFP

 

Pautan: Bank antara terbesar dunia, credit suisse pula goyah

Wednesday 8 March 2023

KEPADA SEMUA KETIKA DI LUAR SANA


DY HP

28 November 2022

Seorang banduan di 'baris maut' ditanya permintaan terakhirnya sebelum dibersihkan ke kerusi elektrik, dia meminta pen dan kertas kemudian menulis:


Wahai ibu,

Kalau undang-undang adil hari ini kau ada kat sini duduk sebelah aku tunggu kena elektrik dekat kerusi elektrik, tapi sebab undang-undang buta aku disabitkan dengan jenayah yang kita lakukan.

Peristiwa umur 3 tahun

Ibu ingat tak bagaimana ia bermula, adakah ibu ingat ketika saya berumur 3 tahun semasa saya pernah mencuri coklat manis abang saya?

Peristiwa umur 5 tahun

Kamu tidak disiplinkan saya, ingat betul-betul pada umur 5 tahun hari saya curi mainan jiran saya dan sembunyikan dalam rumah tanpa memberitahu saya apa-apa.

Peristiwa umur 12 tahun

Ibu ingat masa saya 12 tahun ketika saya sorokkan bola sepupu saya dalam garaj apabila dia datang untuk bermain dengan kami di rumah dan ibu kata ibu tidak jumpa.

Peristiwa umur 15 tahun

Adakah anda ingat hari saya tercicir sekolah semasa saya berumur 15 tahun?

Gusto ni papa nga pasakitan ko pero niibalibad ka dan hari itu sangat mengganggu mo ni papa tentang ini kerana anda di mana mempertahankan saya, anda kata saya masih muda anda kata guru di mana salah untuk mengatakan bahawa saya tidak menghadiri kelas.

Awak pertahankan saya, awak kata saya betul tapi awak tahu saya salah.

Peristiwa umur 17 tahun

Ingat betul mak, awak nampak saya curi motor jiran kita masa umur 17 tahun tapi awak tak pernah report yang saya jual tapi awak diam mak.

Kena elektrik sebab penyamun bank.

Awak sama ada sayang saya sangat atau awak sayang saya tetapi awak tidak betulkan saya, sebaliknya awak manjakan saya.

Sebab itu aku start graduasi slow-slow sampai sekarang kena elektrik sebab penyamun bank.

Saya terlalu muda, saya hanya perlukan bimbingan ibu, apabila ibu membaca ini saya sudah tiada.

Saya pasti akan menjadi anak kesayangan anda.

Kepada semua ibu bapa di luar sana Kitab Injil berkata demikian.

Akta 13:24

"Mereka yang menahan batang disiplin membenci anak-anak mereka. Mereka yang menyayangi anak-anak mereka cukup mengambil berat untuk mendisiplinkan mereka."

Sayangi anak anda jangan lupa disiplinkan mereka.


 #CTTO

Friday 3 March 2023

Cerita dalam kesucian niat

🍃قصة في صفاء النية:

-كان طلحة بن عبدالرحمن بن عوف أجود قريش في زمانه فقالت له امرأته يوما : ما رأيت قوماً أشدّ لؤْما منْ إخوانك...

-قال : ولمَ ذلك ؟

-قالت : أراهمْ إذا اغتنيت لزِمُوك ، وإِذا افتقرت تركوك!

- فقال لها : هذا والله من كرمِ أخلا‌قِهم ! يأتوننا في حال قُدرتنا على إكرامهم.. ويتركوننا في حال عجزنا عن القيام بِحقهم

🌴علّق على هذه القِصة الماوردي رحمه الله فقال:

(انظر كيف تأوّل بكرمه هذا التأويل حتى جعل قبيح فِعلهم حسنا ، وظاهر غدرِهم وفاء..وهذا والله يدل على ان سلا‌مة الصدر راحة في الدنيا وغنيمة في الآ‌خرة وهي من أسباب دخول الجنة {وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ}).

 »📙أدب الدنيا والدين

 

Sebuah kisah tentang kebersihan hati dan niat

 
Dahulu Tolhah bin Abdurrahman bin 'auf orang Quraisy yang paling dermawan pada zamannya.
 
Suatu saat isterinya berkata kepadanya:
“Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih tercela daripada saudara-saudaramu.”
 
Tolhah berkata:  
“Kenapa sebabnya?”
 
Isterinya menjawab:
“Aku melihat ketika kamu kaya mereka selalu disisimu, ketika kamu miskin mereka meninggalkanmu.”
 
 Tolhah pun berkata kepadanya:
“Demi Allah hal ini adalah termasuk kemuliaan akhlak mereka! Mereka datang ketika kita mampu untuk menjamu dan memuliakan, dan mereka meninggaalkan kita ketika tidak mampu untuk menunaikan hak mereka.”
 
Al-Imam Mawardi semoga Allah merahmatinya, ketika mengomentari kisah ini dan berkata:
“Perhatikan bagaimana beliau mentakwilkan kerana kemuliannya takwilan ini sampai menjadikan perbuatan buruk mereka sebagai kebaikan dan tipuan mereka yang jelas sebagai balas budi.
“Hal ini demi Allah telah menunjukkan bahwa sesungguhnya hati yang selamat ketenangan di dunia dan harta karun di akhirat dan termasuk salah satu sebab masuknya surga.”

 


“Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.” (Quran, surat al-Hijr ayat 47)


Wednesday 1 March 2023

Sebarkan ketakwaan melalui dakwah



Ketakwaan perlu diperkukuhkan kerana alam telah memberi isyarat tentang fenomena-fenomenanya yang boleh memberi kesan kepada kehidupan.

Antara yang ketara kita perhatikan;

Perubahan iklim yang tidak menentu mempercepatkan sikap manusia kepada nilai kehidupan mereka.

Perubahan iklim sejuk berterusan yang akhirnya mengundang kepada hujan dan taburan hujan tinggi berpanjangan. Ia juga memberi kesan kepada kekukuhan tanah apabila berterusan lembab akan melemah dan melembutkan struktur tanah; impaknya tanah runtuh, sungai lumpur, tanah lembik dan menjerluskan tanah, rumah yang dibina di atasnya akan ditelan oleh bumi.

Sebaliknya perubahan iklim kemarau berterusan juga akan mempengaruhi sikap manusia. Gelisah, risau dan sengsara kehidupan. Mereka bukan saja akan mati akibat ketiadaan air, tetapi mati kerana kebuluran tragis yang tak sempat diselamatkan.

Kesan kepada perubahan iklim sejuk hujan berterusan atau kemarau berpanjangan mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia. 

Mohonlah kepada Allah SWT dengan DUIT (melalui Dakwah, Usaha, Ikhtiar dan akhirnya dengan Tawakkal kepada Allah SWT) bahawa ujian yang ditimpakan kepada kita dapat dihadapi dengan ketakwaan kepada-Nya.

Peringatan yang dilupakan


Hari terus berlalu sebagaimana setiap saat terus berlalu kerana ia bukan bersifat statik. Berlalunya detik-detik tersebut tanpa disedari kerana siang malam silih berganti tanpa henti. 

Perkara berikut wajar diambil perhatian:

#Hari ini dunia adalah nyata akhirat hanya cerita, tetapi setelah mati dunia hanya cerita, akhirat jadi nyata.

#Orang yang tidur tidak akan tahu kalau dirinya sedang bermimpi kecuali setelah bangun, begitu juga orang yang lalai  akan akhirat tidak tahu kalau dirinya  sedang mensia-siakan amal akhirat kecuali setelah datangnya kematian.

#Kita tidak perlu menunggu waktu yang tepat untuk berubah, kerana kematian tidak akan menunggu kita berubah.

#Perkara paling besar di bumi bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu yang gagal dikendalikan yang akan  menjadi penghuni neraka.

#Sabar ada dua macam; sabar atas sesuatu yang tidak kita inginkan dan sabar menahan diri dari  sesuatu yang kita inginkan.

#Orang kuat bukan bererti tidak pernah menangis, tetapi  orang yang  terus istikamah  dalam menghadapi setiap ujian dan godaan.

#Mencintai Allah dan Rasul-Nya adalah  setinggi-tingginya cinta, sempurnakan cinta pada Allah sebelum  melabuhkan cinta pada makhluk-Nya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title