Monday 22 July 2019

SPRM sambung reman DPP, peguam dan polis


SPRM sambung reman DPP, peguam dan polis: KUALA LUMPUR 22 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyambung reman terhadap seorang timbalan pendakwa raya dan peguam yang ditahan selepas didakwa menerima sogokan sebagai balasan melepaskan sembilan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Kuala Kubu Bahru.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kedua-dua mereka telah ditahan bersama enam lagi anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 17 Julai lalu.

Ujarnya, tempoh reman kesemua mereka sepatutnya dibebaskan hari ini namun timbalan pendakwa raya dan peguam itu akan disambung reman selama dua hari.

“Selain mereka, sebahagian anggota polis yang ditahan juga akan disambung reman bagi menmbantu siasatan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada pelbagai pangkat termasuk koperal dan sarjan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Serantau dalam Mempromosikan Ketelusan Pemunya Benefisiari di Asia Tenggara di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title