Ketua Cawangan bodoh: Ahmad Zahid ingatkan Dr. Mahathir: KUALA LUMPUR 21 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyindir Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana masih bercakap mengenai UMNO walaupun menghadiri Perhimpunan Agung Khas Bersatu.
Beliau mengulas laporan berita
mengenai kata-kata Dr. Mahathir semasa perhimpunan Bersatu semalam di Tapak
Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), kononnya ketua-ketua UMNO Cawangan
bodoh dan tidak membenarkan orang lebih pandai menyertai parti.
“Harap Tun tak lupa program di
MAEPS itu adalah mesyuarat agung Bersatu, bukan UMNO.
“Sesungguhnya, ingin saya
tegaskan bahawa ketua-ketua UMNO cawangan tidak bodoh, malahan bijak menilai,
sabar dan setia dalam perjuangan. Mesyuarat Perwakilan 191 UMNO Bahagian, sedang
berlangsung dengan penuh bersemangat dan harmoni,” katanya dalam akaun Facebook
beliau hari ini.
Dr. Mahathir membuat komen
mengenai UMNO kerana mahu Bersatu mengambil iktibar sikap budaya pemimpin yang
mementingkan diri sendiri dengan menyekat penyertaan anggota parti yang lebih
cekap.
“Ketua cawangan tidak
membenarkan orang yang lebih pandai daripadanya menyertai parti. Yang boleh
menyertai cawangan itu adalah orang yang lebih bodoh. Tetapi mereka tidak boleh
hidup selamanya, bila mati pemimpin cawangan itu penggantinya lebih bodoh. Yang
bodoh ini tak bagi orang lain masuk (UMNO), cuma yang lebih bodoh saja boleh
masuk. Lepas itu dia mati, yang bodoh juga akan ganti,” menurut kenyataan Dr.
Mahathir yang dipetik daripada laporan portal Malaysiakini.
Ahmad Zahid turut membalas
kritikan tersebut dengan menasihatkan Dr. Mahathir agar bermuhasabah dan
berusaha berhenti daripada diperbodohkan oleh DAP dalam Pakatan Harapan
(PH).-UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment