Monday 22 July 2019

Gambar tular: JPN buat laporan polis


Gambar tular: JPN buat laporan polis: PUTRAJAYA 23 Julai- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini membuat laporan polis berikutan penularan gambar di media sosial yang mendakwa ibu pejabat jabatan itu diserbu pendatang asing untuk mendapatkan status kewarganegaraan.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPN, Jasri Kasim berkata, laporan polis berkenaan dibuat supaya satu siasatan dijalankan kerana tuduhan yang dibuat di media sosial tersebut boleh menggugat ketenteraman awam dan merosakkan keharmonian negara.
  
Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan kerana gambar itu sering ditularkan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tidak bertangungjawab sehingga menyebabkan kekeliruan kepada orang awam.

“Tuduhan yang dibuat tersebut adalah tidak benar sama sekali dan akan merosakkan imej serta reputasi JPN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, hari ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title