Sunday 21 July 2019

Kalau parlimen bubar dan Hadi jadi PM


Kalau parlimen bubar dan Hadi jadi PM: Menurut Hanipa, ramai pemimpin PAS berpeluang dilantik menjadi menteri kanan dan dalam keadaan begitu Jho Low mungkin dapat pengampunan dan dibenarkan pulang ke negara ini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempunyai cara tersendiri untuk menjawab saranan PAS yang mahu agar parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan.

Menurut Hanipa Maidin, ada banyak kemungkinan yang "best" boleh berlaku jika saranan dibuat Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, itu diikut.

Melalui hantaran santainya di media sosial, Hanipa berkata, jika parlimen dibubarkan dan PRU dijalankan sekarang beliau mengandaikan pembangkang mengalahkan PH.

Anggota parlimen Sepang itu berkata, dengan andaian tersebut Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan dilantik menjadi perdana menteri, manakala Tuan Ibrahim diangkat sebagai menteri kewangan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title