Monday 22 July 2019

MB Selangor bagi bayangan siapa dalang video seks


MB Selangor bagi bayangan siapa dalang video seks: SHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memberi bayangan seolah-olah beliau tahu siapa dalang kepada penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali .

Dalam ucapannya pada majlis doa selamat dan kesyukuran terhadap Mohamed Azmin di kediaman rasminya di sini malam tadi, Amirudin memberi bayangan bahawa dalang tersebut adalah mereka yang pernah melalui zaman pahit ketika isu skandal serupa timbul 20 tahun dahulu.

Amirudin yang merupakan penyokong kuat Mohamed Azmin berkata, beliau tidak takut menyebut sedemikian kerana kesedaran dan pendiriannya adalah jelas bahawa politik jijik perlu ditolak sepenuhnya.

“Semakin hampir (hasil siasatan selasai) ia dilakukan oleh mereka yang pernah melalui detik sejarah hitam ini, yang pernah berjuang melawan detik hitam ini hingga ia menjadi asas kepada perjuangan ini,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title