Beratnya tak bayar hutang
sehingga Nabi enggan solat jenazah si mati! Ketahui 10 perkara tentang orang
berhutang
Jumaat, 15 Mac 2019 8:00 AM
Oleh: USTAZ SHAMS
PADA minggu lepas kita telah
bincangkan kewajipan kita perlu membayar hutang termasuk hutang dengan Allah.
Kategori kedua ialah berhutang
dengan manusia. Hutang dalam Islam adalah perkara yang sangat serius sehingga
kita akan dihalang daripada memasuki syurga terutama apabila kita tidak
membayar balik hutang samada kerana tidak mampu atau enggan atau disebabkan
masalah-masalah lain.
Mari kita teliti beberapa
hadis nabi s.a.w. tentang orang yang tidak membayar hutang.
Dalam satu hadis nabi s.a.w. bersabda; "Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali
orang yang berhutang."
Dalam hadis yang lain nabi s.a.w. bersabda; "Demi jiwaku dalam kekuasaan Allah, sekiranya seorang lelaki
terbunuh pada jalan Allah (mati syahid), dan sekiranya Allah menghidupkan dia
semula, kemudian dia terbunuh pada jalan Allah lagi dan sekiranya Allah
menghidupkan dia semula kemudian dia terbunuh pada jalan Allah sekali lagi,
tetapi dia meninggalkan hutang maka dia tidak akan masuk syurga sehinggalah
hutangnya diselesaikan."
Baginda nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadis yang panjang mafhumnya, apabila diminta solatkan jenazah
baginda s.a.w. bertanya kepada sahabat: "Jenazah ada hutang tak?"
Sahabat menjawab: "Tidak ada ya."
Rasulullah, maka nabi s.a.w. solatkan jenazah tersebut.
Apabila datang jenazah yang
lain nabi s.a.w. bertanya: "Ada hutang tak?"
Sahabat menjawab: "Ada ya Rasulullah,"
Rasulullah bertanya lagi; "Ada harta tak?"
Sahabat menjawab: "Ada harta yang
ditinggalkan sebanyak 3 dinar, maka nabi s.a.w. salatkan jenazah tersebut."
Maka berkata Abu Qattadah r.a.: "Ya
Rasulullah! hutang si mati saya akan tanggung."
Maka nabi s.a.w. akhirnya solatkan
jenazah tersebut.
Kemudian datang jenazah yang
ketiga untuk disalatkan, nabi s.a.w. bertanya: "Adakah dia meninggalkan sesuatu
harta."
Mereka menjawab: "Tidak ada."
Nabi s.a.w. bertanya: "Ada hutang tak?"
Mereka
menjawab: "Ada hutang sebanyak 3 dinar."
Maka jawab nabi s.a.w.: "Kamu salatkanlah
jenazah sahabat kamu (dan nabi tidak akan salatkan jenazah tersebut)."
Maka berkata Abu Qattadah: "Ya
Rasulullah! hutang si mati saya akan tanggung."
Maka nabi s.a.w. akhirnya salatkan
jenazah tersebut.
Oleh kerana beratnya kesan
akibat tidak dapat menyelesaikan pembayaran hutang, maka mari kita teliti
beberapa permasalahan hutang dan apa prinsip Islam secara ringkas seperti
persoalan berikut:
1. Kita wajib bayar hutang ke
walaupun pemberi hutang dah meninggal?
Jawapan: Wajib bayar kepada
pewarisnya.
2. Saya dah cari pemberi
hutang tapi tak jumpa?
Jawapan: Wajib cari pemberi
hutang dengan segala cara sampai putus asa.
3. Dah cari sampai putus asa,
tapi tidak berjumpa juga, masih kena bayar ke?
Jawapan: Wajib sedekahkan
kepada asnaf seperti fakir miskin jumlah hutang tersebut dengan cara niatkan
untuk bayar hutang kepada pemberi hutang tersebut.
4. Tiba-tiba, selepas sedekah
ganti bayaran hutang tersebut, datang pemberi hutang pula, kena bayar hutang
lagi tak?
Jawapan: Wajib bayar lagi
kepada pemberi hutang tersebut dan apa yang telah disedekahkan, Allah beri
pahala sedekah tersebut.
5. 20 tahun dulu saya beri
hutang RM50 sekarang dibayar RM50 jugak ke rugi lah?
Hutang hendaklah dibayar dalam
nilai semasa. Contohnya hutang sebanyak RM50 dulu berapa nilai tersebut pada
masa sekarang.
6. Jiran saya selalu berhutang
dengan saya tapi saya takut dia terasa hati kalau saya minta.
Jawapan: Tidak salah dan tidak
berdosa apabila kita minta hutang penghutang terasa hati. Tetapi jangan keji
dan maki, minta dengan cara yang baik, kalau dia tak mampu bayar kita
disarankan bagi tempoh lanjutan, atau nabi SAW bersabda sedekahkan hutang
tersebut lebih baik bagi kita. Allah akan berikan 18 pahala bagi orang yang
beri hutang dan 10 pahala bagi yang sedekahkan. Maka kita akan dapat 28 pahala.
7. Penghutang bayar hutang
tetapi halalkah sumber duitnya?
Jawapan: Kita tidak diwajibkan
untuk menyelidik sumber halal atau haram.
8. Hutang saya sebagai isteri
saya wajib bayar sendiri ke?
Jawapan: Hutang isteri menjadi
tanghungjawab suami membayarnya. Sebab itu isteri kena isytiharkan kepada
suami.
9. Saya tak ingat jumlah
hutang?
Jawpaan: Ambil jumlah yang
diyakini.
10. Saya tak ingat ada hutang
ke tak?
Jawapan: Ambil pendirian yang
paling kita yakini.
Maka atas alasan tersebut,
kita sewajarnya mengisytiharkan hutang kita samada hutang dengan Allah atau
hutang kita dengan manusia. Takut-takut apabila kita mati, walaupun dalam
keadaan kita meninggalkan harta tetapi pewaris kita tidak mengetahui bahawa
kita ada hutang yang wajib dilunaskan. Banyak lagi permasalahan hutang, kalau
ada soalan tuan puan boleh e-melkan ke sham.harc@gmail.com
Waallahua'lam
*** Ustaz Shams ialah
pensyarah di sebuah universiti.
No comments:
Post a Comment