Nabi
sudah lama pesan, 6 penyakit akan menimpa umat akhir zaman!
Jumaat,
26 April 2019 8:30 AM
Oleh:
USTAZ SHAMS
Daripada
Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.”
Sahabat
bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”
Nabi
s.a.w. menjawab: "Penyakit-penyakit itu ialah:
1.
Terlalu banyak bersukaria
2.
Terlalu mewah
3.
Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4.
Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5.
Saling memarahi
6.
Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain"
Jutaan
saudara kita ditindas dengan pelbagai cara seperti wanita dirogol dan dibunuh
dan kanak-kanak dibunuh, tanah dan rumah mereka dirampas, dibakar, dihalau dari
kampung halaman, hatta dihalau dari negara asal masing-masing.
PADA
akhir zaman ini terdapat penindasan berlaku di mana-mana sahaja termasuklah
sesama umat Islam sendiri kerana sifat tamak dalam diri manusia.
Jutaan
saudara kita ditindas dengan pelbagai cara seperti wanita dirogol dan dibunuh
dan kanak-kanak dibunuh, tanah dan rumah mereka dirampas, dibakar, dihalau dari
kampung halaman, hatta dihalau dari negara asal masing-masing.
Kita
dapat lihat keadaan ini berlaku di merata dunia seperti kepada umat Islam
Rohingya di Myanmar, penduduk asal Islam di Palestin, Ahli Sunnah di Syria,
bangsa Islam Ughyur di China, bangsa Moro Islam di Selatan Filipina, penduduk
Islam di selatan Thai, muslim di Bosnia dan muslim di Iraq.
Kalau
kita teliti beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w., Nabi s.a.w. sudah menceritakan
keadaan yang berlaku sekarang ini dan kenapa ia berlaku kepada umat Islam atau
apa salah dan dosa umat Islam diperlakukan dan dihina sehina-hinanya?
Daripada
Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampir tiba satu
waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu
bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."
Maka
salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit
pada hari itu?”
Nabi s.a.w. menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali,
tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa
gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke
dalam hati kamu penyakit wahan.”
Seorang
sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?”
Nabi s.a.w. menjawab: “Cinta dunia dan takut
mati” [HR Abu Dawud].
Ternyata
daripada hadis di atas Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan berlakunya keadaan
ini kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit
yang amat kronik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih
I.8 billion (setakat 2012).
Dua
penyakit dikatakan itu ialah;
Pertama: Cintakan dunia sehingga
memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa-apa sahaja yang
ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa halal
haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas
setiap apa yang kita lakukan di dunia.
Kedua: Takutkan mati. Akhirnya kerana
terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan
mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut diancam dan dibunuh
sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbunuh di medan
peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini.
Ramai
anak muda kini lebih mementingkan keseronokkan tanpa mengetahui halal dan
haram.
Malangnya
umat Islam akhir zaman takutkan kematian sebab itulah kata Nabi s.a.w. kita
dikerumuni seperti makanan dikerumuni.
Ada
penyakit lain lagi tak disebut oleh Nabi s.a.w. yang menjadi sebab keadaan ini
berlaku?
Daripada
Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.”
Sahabat
bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”
Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:
1.
Terlalu banyak bersukaria
2.
Terlalu mewah
3.
Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4.
Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5.
Saling memarahi
6.
Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain
Dunia
Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan
kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan
memuaskan hawa nafsu serakah.
MasyaAllah,
kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ni betapa penyakit yang Rasulullah s.a.w.
sebutkan dalam hadis ini telah menular seperti wabak yang sangat bahaya dan
tidak dapat dibendung penularannya dan menjadi penyakit kronik.
Dunia
Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan
kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan
memuaskan hawa nafsu serakah.
Akibat
turutkan hawa nafsu, tentunya segala cara akan digunakan termasuk segala tipu
muslihat tidak mengira halal haram dan dosa pahala.
Ketika
itu lenyaplah nilai-nilai akhlak yang murni dan tinggallah kecurangan,
khianat-mengkhianati, dengki mendengki dan zalim menzalimi… Nauzubillah.
Peperangan
banyak mengorbankan nyawa insan tidak berdosa.
Apa
ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?
Beberapa
ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang
difirmankan oleh Allah s.w.t. yang mencipta kita dan baginda Nabi s.a.w. adalah
seperti berikut:
"Dan
berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah
kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu
bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara
hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah
kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu
telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa
jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam
juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya,
supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Quran, surah Ali Imran:103)
Rasulullah
s.a.w. berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana
kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu:
al-Quran dan sunnahku.”
Daripada
Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam
syurga melainkan yang enggan.”
Sahabat
berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk
syurga?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu
masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu
masuk syurga"- [Riwayat Bukhari].
Maka
marilah kita kembali ke pangkal agama Islam kita dan berpegang kuat kepada
ajaran-ajarannya, insya-Allah kita akan diselamatkan oleh Allah di dunia dan
akhirat.
Semoga
sama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan menjadi sebahagian dari amal jariah
kita, insyaAllah.
***
Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti
No comments:
Post a Comment