Monday 23 September 2019

EKONOMI PROAKTIF BERKAIT ISU SEMASA

  
Ekonomi memainkan peranan penting kepada sesebuah negara melalui dasar-dasar ekonominya yang bersifat domestik atau global, dan perancangan-perancangan mereka untuk menarik ekonomi dari pelbagai sumber walaupun ia melibatkan manipulasi, tipu muslihat dan memusnahkan ekonomi negara lain.

Bagi negara-negara kaya dan memiliki kekuatan ketenteraan, mereka melihat langkah-langkah pendekatan dengan cara menjinak-jinakkan pihak kawan dan lawan dengan menunjukkan kepelbagaian strategik yang sukar difahami oleh masyarakat awam.

Manakala mereka yang terpahat dengan rakan strategik sukar untuk menyatakan tidak dan mengelak, kerana segala kemudahan, perancangan dan gerak kerja didahulukan modalnya hanya menyetujui sahaja segala tindakan yang akan dan telah dilakukan.

Mereka juga meneliti tentang angkubah-angkubah yang dapat disesuaikan dalam teori-teori ekonomi yang melibatkan permintaan dan penawaraan kerana di sana berlaku tarikan dan tolakan ekonomi kerana sifatnya positif.

Bagi memantap dan mengharmonikan lagi komunikasi di antara mereka maka akan dibina kerjasama strategik dalam pelbagai tahap, mengangkat nama dipersada antarabangsa, pertukaran budaya dan meningkatkan persefahaman dalam pelbagai bidang disamping menyediakan dana-dana dalam bentuk pinjaman dan kebajikan.

Kerangka-kerangka yang dibina bukan hanya berlaku secara spontan tetapi dirancang sebegitu rapi sehinggakan sukar untuk dirungkai ketika didedahkan kepada umum apabila ianya berlaku; contoh yang menarik seperti peristiwa MH17 dan MH370.

Melihat kepada perubahan-perubahan semasa maka penggiat ekonomi akan bertindakbalas secara agresif apabila suasana ekonomi dunia dijangka meleset disebabkan pelbagai faktor akibat permintaannya melambung manakala penawarannya pula terbatas.

Sesebuah negara yang memerlukan perbelanjaan besar, umpamanya operasi berlipat ganda akan melakukan suatu kerangka melebarkan ekonomi mereka bukan sahaja mengekalkan aktiviti yang sedia ada, akan tetapi berusaha meneroka sumber baru walaupun tersepit dicelah-celah batu untuk dicapai bagi menampung kos-kos diperlukan yang senentiasa meningkat saban tahun disamping melebarkan pengaruh dengan negara-negara rakan strategik, dimana ekonominya dapat dikait.

Negara-negara yang berada dibawah perlindungan kuasa ketenteraan lambat memikir dan bertindakbalas menangani keupayaan musuh membelenggu mereka kerana beranggapan keakraban rakan strategik, saling bergantung harap dan bisikan-bisikan melunakkan.

Keupayaan rakan-rakan strategik mengalih pandangan, membina persepsi, membiarkan krisis, menuntun agenda, menegaskan pendirian dan akhirnya melibatkan diri secara langsung bagi meyakinkan sahabat serantau bahawa mereka adalah serius dalam isu berkaitan.

Akhirnya, pergolakan di Afghanistan  semakin meningkat kemudian menyepi, namun medan baru untuk mengalihkan ketenteraan menanti di Arab Saudi sebagai tanda perlunnya negara kaya dilindungi oleh kuasa ketenteraan kerana di sana punca ekonomi dan ia pula berada dalam lingkungan parameter mengkagumkan kehidupan.







\

Thursday 5 September 2019

RQ-4 Global Hawk


RQ-4 Global Hawk: Mission: Long Range Unmanned Surveillance


The RQ-4 Global Hawk is a high-altitude, long-endurance unmanned aircraft system with an integrated sensor suite that provides intelligence, surveillance and reconnaissance, or ISR, capability worldwide. Global Hawk's mission is to provide a broad spectrum of ISR collection capability to support joint combatant forces in worldwide peacetime, contingency and wartime operations. The Global Hawk complements manned and space reconnaissance systems by providing persistent near-real-time coverage using imagery intelligence, or IMINT, and signals intelligence, or SIGINT, sensors.

Global Hawk is produced in four distinct blocks. Seven Block 10 aircraft were procured, but were retired from the inventory in FY11. Block 20s were initially fielded with IMINT only capabilities, but four Block 20s will be converted to an EQ-4 communication relay configuration carrying the Battlefield Airborne Communication Node (BACN) payload. Block 30 is a multi-intelligence platform that simultaneously carries electro-optical, infrared, synthetic aperture radar (SAR), and high and low band SIGINT sensors. Block 30 Initial Operating Capability (IOC) was declared in August 2011. Eleven Block 30s are currently fielded with IMINT sensors and support every geographic combatant command as well as combat missions in Operations Enduring Freedom and Iraqi Freedom/ New Dawn. Block 30s also supported Operation Odyssey Dawn in Libya and humanitarian relief efforts during Operation Tomodachi in Japan. SIGINT sensors will be added to all Block 30s starting in fiscal 2012. Block 40 will carry the Radar Technology Insertion Program (RTIP) active electronically scanned array radar which will provide SAR and Ground Moving Target Indicator (GMTI) data. Block 40 IOC is projected in fiscal 2014.






Mahathir anggap latihan ketenteraan di perairan negara provokatif


Mahathir anggap latihan ketenteraan di perairan negara provokatif: 'Saya tidak suka latihan ketenteraan diadakan di perairan negara kami kerana ia cenderung untuk membangkitkan kemarahan negara-negara lain.'

Mahathir anggap latihan ketenteraan di perairan negara provokatif

News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu berkata beliau tidak suka latihan ketenteraan diadakan di perairan negara kerana menyifatkan ia sebagai provokatif dan menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkannya demi keamanan sejagat, lapor agensi berita Rusia Sputnik.
"Secara keseluruhan, kami tidak begitu berminat untuk mengadakan latihan sedemikian. Ia selalunya amat provokatif. Baru-baru ini kami mengambil bahagian (dalam latihan bersama) dengan kumpulan ASEAN, dengan Amerika Syarikat (AS), namun saya telah menyatakan pendirian saya dalam perkara ini.

"Saya tidak suka latihan ketenteraan diadakan di perairan negara kami kerana ia cenderung untuk membangkitkan kemarahan negara-negara lain. Saya rasa kita harus mengurangkan aktiviti ketenteraan jika mahukan keamanan," kata Dr Mahathir di luar Forum Ekonomi Timur (EEF) di Vladivostok, Rusia ketika disoal sama ada Malaysia bercadang mengadakan latihan ketenteraan bersama baharu.
Perdana menteri itu sebelum ini menyelar Latihan Maritim ASEAN-AS yang bermula pada 2 Sept dan menyifatkannya sebagai tidak mempunyai sebarang makna, turut meluahkan kebimbangan bahawa ia mungkin menyebabkan China berasa terancam dan sekali gus meningkatkan keupayaan pasukan tentera lautnya.

Beliau juga berkata Amerika Syarikat sepatutnya mengadakan latihan ketenteraan sedemikian di wilayahnya sendiri.
Bandaraya Vladivostok di Timur Jauh Rusia menganjurkan edisi kelima EEF dari 4 hingga 6 Sept dan Agensi Informasi Antarabangsa Rossiya Segodnya adalah rakan media rasmi acara itu.
- Bernama

Malaysia tidak boleh terima dengan mudah sebahagian penemuan MH17


Malaysia tidak boleh terima dengan mudah sebahagian penemuan MH17: VLADIVOSTOK, Rusia - Malaysia ada kesangsian dan tidak dapat menerima dengan mudah sebahagian daripada penemuan-penemuan pasukan penyiasat bersama (JIT) diketuai Belanda yang menyiasat insiden penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, terdapat keperluan kepada sebuah badan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dari banyak negara yang biasa dengan kejadian pesawat terhempas seperti itu untuk menyiasatnya kerana pandangan JIT mungkin tidak adil dan berpihak.
"Pandangan mereka mungkin tidak adil dan berpihak, kita perlukan sebuah badan bebas untuk melakukan siasatan. Dan penemuan-penemuannya juga adalah sesuatu yang tidak boleh kita terima dengan mudah.
"Hendak mengenal pasti siapa yang melepaskan tembakan adalah amat sukar (tetapi) untuk mengenal pasti jenis peluru berpandunya, ya dan kawasan di mana ia berlaku, itu boleh dipastikan tetapi untuk mengenal pasti siapa sebenarnya yang melepaskan tembakan, itu amat sukar dalam keadaan biasa," katanya semasa diwawancara oleh agensi berita Sputnik, yang beribu pejabat di Moscow, Rusia.
Mahathir kini berada di Vladivostok untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF). - Bernama




Kesetiaan tidak wujud tanpa kepercayaan


Kesetiaan tidak wujud tanpa kepercayaanSETIA adalah sikap yang terpuji dan sangat dituntut dan amat diperlukan dalam kehidupan manusia sejagat. Sikap setia dalam sesuatu perhubung­an adalah intipati yang paling utama bagi kelangsungan jalinan hubung­an dan ikatan antara individu dengan individu lain, individu dengan kelompoknya, individu dengan organisasinya dan sete­rusnya dalam aspek yang lebih besar, iaitu negara.

Kesetiaan yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain (individu, organisasi, negara) da­tang bersama elemen kepercayaan. Kesetiaan tidak akan wujud antara kedua-dua pihak tanpa adanya kepercayaan. Semakin tinggi tahap kepercayaan, maka semakin tinggilah tahap kesetiaan yang diberikan.
Dalam rencana ini, penulis memfokuskan aspek kesetiaan kepada organisasi dan negara. Negara yang kita cintai ini telah pun mempunyai satu ideologi nasional yang menjadi nilai bersama yang amat ampuh dalam membina acuan hidup bernegara. Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah satu prinsip yang boleh menterjemahkan bagaimana cara yang patut dilakukan oleh setiap warga terhadap negara dalam aspek kesetiaan.
Konsep negara, kerajaan dan organisasi tidak akan wujud tanpa adanya kesetiaan. Kese­tiaan akan membawa bersama perasaan keterikatan individu kepada organisasi, kerajaan dan negara. Sepertimana tahap kepercayaan, tahap keterikatan juga menjadi pemboleh ubah bersandar kepada konsep kesetiaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title