Thursday, 13 March 2025

Kolej Profesional MAIWP jenama baru kepada IKB dan KPBKL

  

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) digabungkan dengan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dengan dijenamakan sebagai Kolej Profesional Majlis Agma Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selewat-lewatnya Mei ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar berkata demikian ketika  Program Rahmah Madani: Majlis Iftar Bersama Pelajar  Institut Kemahiran Baitulmal dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, Di IKB Kuala Lumpur.

"Suatu majlis pecah tembok akan diadakan bagi meruntuhkan tembok IKB yang memisahkan bangunan  antara IKB dan KPBKL supaya tidak berlaku lagi," ujar menteri.

IKB ditubuhkan pada tahun 1990 dan mula beroperasi pada tahun 1991 di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Pada awal penubuhan IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal pada tahun 1995.

Sejajar dengan perkembangan kursus dan tahap pensijilan yang ditawarkan, nama tersebut telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Baitulmal pada tahun 1996. 

Kampus yang terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan 3 ekar dan dilengkapi pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah institusi kemahiran.

Manakala Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai Institut Profesional Baitulmal ditubuhkan pada 23 April 1992 dengan usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Matlamat penubuhan IPB untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam.

IPB memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992.

IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996, bersebelahan dengan IKB. 

Maka bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.

Perancangan pengabungan antara IKB dan KPBKL telah dimulakan pada tahun 2024 dan termeterainya pada tahun 2025.

Apabila gabungan IKB dan KPBKL terlaksana, ia dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title