Agenda tersebut
sentiasa terpahat di minda apabila skrin TV masjid atau surau menyiarkan gambar tersebut.
Sebagai cadangan, bagi
merealisasikan impian besar ini, suatu Jawatankuasa atau kumpulan pemikir pelaksana wajar
dibentuk untuk membantu memandu, membimbing dan merealisasikan agenda ini secara nyata
tentang perkara-perkara yang hendak dizahirkan supaya mekarnya Islam itu terus
berkesinambungan membawa dan menarik kita sehingga ke akhirat.
Jika agenda
besar ini hendak diaplikasikan, maka beberapa Jawatankuasa atau Kumpulan disaran dibentuk dan wajar bekerja
keras menterjemahkan seruan 5 Agenda Amanat Al-Falah 2025 yang hebat ini menjadi
kenyataan.
Setiap Jawatankuasa atau Kumpulan
pula disediakan bajet khas untuk mereka bergerak, menangani dan melaksanakan
agenda tersebut untuk mencapainya.
Bagi melancarkan pelaksanaannya, wajar jika sebuah seminar/bengkel diadakan bagi mengenal pasti dan mencari
titik-titik persamaan, merungkai dan menghadapi hambatan-hambatan yang
mendatang.
1. Pembangunan dan pengamalan al-Quran serta
Hadis dalam kehidupan seharian
Menyediakan
inisiatif untuk memantapkan pemahaman serta penghayatan terhadap ajaran
al-Quran dan Hadis, melalui; pendidikan, program pengajian dan vokasional,
membimbing masyarakat akan amalan-amalan dalam kehidupan harian.
2. Peningkatan kefahaman dan penghayatan Islam
yang menyeluruh
Menyusun
program-program kesedaran agama yang holistik bagi meningkatkan kefahaman
masyarakat tentang Islam dalam konteks moden, memperkukuh nilai-nilai moral dan
etika di kalangan masyarakat, melaksanakan apa yang dicakap dipraktikkan, didik
anak-anak remaja dan masyarakat bercakap benar dalam kata-kata dan perbuatan.
3. Pemanfaatan
teknologi dalam tadbir urus
Mengintegrasikan
teknologi digital dalam pengurusan negara untuk memastikan tadbir urus yang
lebih efisien, telus, bertanggungjawab, mengekalkan prinsip-prinsip Islam dalam
setiap proses pentadbiran.
4. Melestari kesejahteraan sosial ummah untuk kehidupan
Mewujudkan inisiatif untuk memajukan kesejahteraan sosial, membasmi
kemiskinan melalui kebajikan dan peluang merai pendapatan, meningkatkan akses
pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan masyarakat tanpa mengira latar
belakang.
5. Memperkasa perpaduan ummah dan keharmonian
tamadun
Menyokong usaha memperkuatkan perpaduan di kalangan umat Islam, masyarakat
majmuk dan aliran masyarakat pemastautin, memberi penekanan kerjasama pelbagai
kaum, budaya dan keharmonian sosial.
Langkah-langkah untuk pelaksanaan:
i. Menyediakan kursus dan modul pendidikan
percuma
Program seperti latihan-latihan praktikal, kursus, seminar, meneroka
teknologi semasa, pertukaran pelajar, lawatann belajar untuk memberi pendedahan
kepada masyarakat tentang asas dan tafsiran al-Quran dan Hadis dalam kehidupan.
ii. Pembangunan teknologi Islamik
Menggunakan aplikasi mudah alih dan platform digital yang menggalakkan pengamalan ajaran Islam, seperti aplikasi untuk bacaan zikir, doa, nasyid, bahasa, tafsir dan hadis sahih.
Memberi wang token
sebagai tanda perkhidmatan dan menghadiahkan komputer/telefon canggih percuma
kepada individu terpilih untuk menyebarkan maklumat Islam, menangani ledakan
teknologi maklumat dan keharmonian sejagat.
iii. Dialog dan kerjasama sosial
Mewujudkan
platform dialog, kebajikan dan silaturahim antara penduduk, bangsa, agama dan
budaya untuk meningkatkan kefahaman antara wilayah, kaum dan memperkukuh
perpaduan nasional.
Peruntukkan
kepada agensi atau badan yang menganjurkan kerja-kerja kebajikan di kawasan bandar dan kampung-kampung untuk
tujuan merapatkan kefahaman agama dan kaum.
Dengan
pendekatan ini, Agenda Amanat Al-Falah 2025 melalui gagasan hebat ini, dapat
diterjemahkan dalam bentuk tindakan praktikal yang lebih mudah dilaksanakan dan
memberi impak positif kepada masyarakat; Islam mekar di bumi Malaysia!
No comments:
Post a Comment