CHERAS, 18 Feb - Masjid Zaid bin
Thabit menjayakan ‘program Soul Journey Asnaf MAIWP’ dengan membahagikan
pembelajaran dalam dua sesi; kuliah pengajian umum berkaitan kesempurnaan salat
yang dibimbing oleh ustaz Abdul Halim Zakarian dan kelas bimbingan khusus
mengikut kumpulan.
Ketika memberikan penjelasan
tetang kesempurnaan salat, ustaz Abdul Halim banyak menekankan tentang
kedudukan pergerakan anggota badan dan ketelitian dalam menyempurnakan setiap
kali mengerjakan salat termasuklah dalam bacaan-bacaan dalam salat.
Suatu yang memudahkan para
peserta memahami tentang kesempurnaan salat,
penayangan gambar-gambar melalui pancaran slaid yang disediakan khususu
untuk peserta.
Memasuki sesi kedua; para peserta
dibimbing oleh guru-guru khusus yang disediakan oleh Persatuan Ulama Malaysia
(PUM) Wilayah Persekutuan.
Para peserta dibimbing mengikut
kumpulan ditentukan atau ‘halaqah’ berpandukan kitab; Safinatu An-Naja Fi Ilmi Al-Fiqh
oleh Asy-Syeikh Salim bin Sumair dan ditulis semula oleh Abdul Ghani Jabal
Maraqy dengan meletakkan tajuk: ‘Membicarakan
hal-hal berkenaan dengan bersuci, salat, pengurusan jenazah, zakat dan puasa.’
Pada sesi pembelajaran, disamping
guru-guru pembimbing menggunakan kitab tersebut, mereka juga berinisiatif
melalui pendekatan yang sesuai mengikut tahap asnaf.
Kelas ini berjaya diwujudkan
kerana keprihatinan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan mengarahkan
para peserta merebut peluang yang disediakan disamping kesungguhan PUM Wilayah
Persekutuan menyediakan guru-guru
berwibawa membimbing para peserta.
Tahniah kepada Masjid Zaid bin
Thabit kerana berjaya menganjurkan program ini.
Sebelumn itu, program yang sama
telah dijalankan di Kerinchi dan Pantai Ria Kuala Lumpur.
TENTATIF PROGRAM SOUL JOURNEY ASNAF MAIWP
1.30 Petang:
▪Solat
Zohor berjemaah
▪Pendaftaran
Kehadiran Asnaf
2.00 petang:
▪Ucapan
Pembukaan Pengerusi masjid Zaid Bin Thabit
▪Kuliah
Pengajian (Umum)
Ustaz Abdul
Halim Zakaria (PUMWP)
Tajuk :
Kesempurnaan Solat (Siri 1)
3.00 petang:
▪Kelas
Bimbingan Khusus (Ikut Kumpulan)
4.00 petang:
▪Jamuan
Ringan / Bersurai
No comments:
Post a Comment