Friday 3 February 2023

JANGAN MAIN-MAIN


Islam serius dalam perkara-perkara ketuhanan, termasuk juga dalam hal-hal kehidupan dan keharmonian.

Kekejaman musuh-musuh Islam tidak membuatkan Nabi s.a.w. menyimpan dendam.

Ia tetap menunjukan kedamaian.

Kesannya meluluhkan hati musuh-musuh Islam.

Suatu hari, Baginda Nabi s.a.w. sedang mengerjakan salat fajar bersama sahabat-sahabat r.anhum di Hudaibiyyah.

Tiba-tiba datang sekitar 70 orang dari wilayah Tan'im hendak menyerang mereka.

Dalam strategik kesiap siagaan ini pasukan Islam telah dilatih memerhati, menghadapi dan bertindak balas daripada ancaman anasir jahat.

Namun sukar diatasi bila 'golongan dalam' berpakat dengan dajal melakukan kerosakan di muka bumi.

Didikan yang telus dapat mengamati kelibat-kelibat musuh; gerak-geri, tenungan mata dan gerakan-gerakan bibir mereka sangat mudah difahami.

Mereka lalu ditangkap, kemudian dibawa kepada Baginda Nabi s.a.w..

Selepas itu mereka dibebaskan tanpa tebusan.

Salah seorang diberi pengampunan adalah Ghawrats bin Al-Harits, meskipun dia telah mencuba membunuh Nabi s.a.w.

Ghawrats lalu kembali ke tengah-tengah kaumnya dengan berkata:

"Aku kembali mendatangi kalian dari tempat sebaik-baiknya manusia."

Pada masa yang lain, jenazah lewat di hadapan Rasulullah s.a.w..

Baginda s.a.w. berdiri menghormatinya.

Para Sahabat r.anhum. segera berseru;

"Wahai Rasulullah, itu adalah jenazah seorang Yahudi."

Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Bukankah ia juga manusia."

Rasulullah s.a.w. melarang pembunuhan perempuan, anak-anak (kanak-kanak), dan hamba sahaja selama mereka tidak terlibat dalam peperangan.

Sehingga setiap kali Nabi s.a.w. mengirim utusan atau ekspedisi pasukan, Baginda s.a.w selalu berpesan:

"Jangan berlebih-lebihan,
jangan menipu,
jangan main-main dan
jangan bunuh anak-anak."




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title