Antara pesan YB Dato Tuan
Ibrahim Tuan Man petang ini, beliau menceritakan tentang pesan Imam Syafi’i
kepada Yunus bin Abdil A’la (salah seorang murid Imam Syafi’i).
Suatu ketika Yunus bin Abdil
A'la berbeza pendapat dengan Imam Syafi'i dalam satu permasalahan di saat
beliau sedang mengajar di masjid.
Kemudian berdirilah Yunus
sambil marah dan meninggalkan pengajian lalu pulang ke rumahnya.
Malam tiba. Yunus mendengar
suara pintu rumahnya diketuk orang.
"Siapa..?" Tanya
Yunus.
"Muhamad bin
Idris.." Kata yang mengetuk.
"Ini Syafi'i", kata
Imam Syafi'i.
Waktu pintu dibuka, Yunus
terkejut luar biasa..!
Lantas Imam Syafi'i berkata:
"Hai Yunus, ratusan
masalah menyatukan kita, apakah hanya kerana satu masalah kita
berpisah..?"
Janganlah engkau berupaya
untuk selalu menang dalam setiap perdebatan, krana memenangkan hati lebih utama
daripada memenangkan perdebatan!
Jangan kau hancurkan jambatan
yang sudah kau bangun dan kau seberangi, kerana boleh jadi jadi engkau
memerlukannya untuk kembali di satu hari nanti..!
Upayakan diri engkau untuk
membenci kesalahan, bukan membenci pelakunya..!
Marahlah engkau pada maksiat,
tapi maafkan pelakunya. Kritiklah pendapat orang, namun tetap hormatilah orang
yang mengatakannya.
Tugas kita dalam hidup ini
adalah membunuh penyakit, bukan membunuh orang yang sakit..!
Jika orang datang padamu
meminta maaf, berilah maaf!
Bila engkau didatangi orang bingung,
dengarkanlah luahannya! Jika orang yang datang padamu, berilah ia dari
sebahagian apa yang telah Allah berikan padamu. Bila ada yang datang
menasihatimu, berterima kasihlah kepadanya...!
Meskipun engkau hanya menuai
duri di satu hari, tetaplah kau tanam bunganya dan jangan pernah ragu. Kerana
balasan dari Zat yang Maha Kasih dan Maha Dermawan jauh lebih mulia dari pada
balasan manusia.
#Kredit: FarizRahim
No comments:
Post a Comment