Thursday, 20 September 2018

DOKTER VS ORGIL



Delaila Laisyah

Foto Wahyu Diantoro
29 Julai
DOKTER VS ORGIL

Dokter;           .."Bagaimana awalnya ...anda bisa jadi sakit jiwa...?!?!?!!!?

Pasien;          ."Berawal dari hubungan keluarga..dokk..!!!!

Dokter;           ."Hubungan keluarga bagaimana..??
                        Coba jelaskan...!!!!!

Pasien;          .."Beberapa tahun yang lalu ..
Saya menikah dengan janda..!!!.
Janda itu punya anak perempuan umur 20 tahun...!!!
Kemudian ayah saya yang menduda... merayu anak tiri saya...!!!!
Dan akhirnya... anak tiri saya menikah dengan ayah saya...!!!
Itu berarti anak tiri saya...menjadi ibu tiri saya...!!!!
Dan ayah saya... menjadi menantu saya...!!!!
Dua tahun kemudian ...!!!!...isteri saya melahirkan anak saya...?!!!
Dan itu adalah adik dari ibu tiri saya...!!!!
Sehingga anak saya memanggil saya ayah..!!!
Saya juga biasa memanggil anak saya paman...!!!!
Kemudian tahun berikutnya... anak tiri saya dan ayah saya mempunyai anak...!!!!
Itu berarti... dia saudara saya...!!!
Tapi... dia juga harus memanggil saya kakek...!!!!
Pada saat yang sama...isteri saya adalah ibu dari ibu tiri saya...!!!... iaitu nenek anak saya...!!!
Dan saya sebagai suami dari isteri saya... adalah kakek dari anak saya sendiri..!!!!!!
Begitu ceritanya...dokkk..!!!
Otak saya hampir meledak...!!!... memikirkan... hubungan keluarga saya...!!!!!!
Dan akhirnya saya jadi gila begini... dokk...?!!!!!

Dokter :        Saya ini juga bisa ikut gila denger cerita keluargamu.




Tuesday, 18 September 2018

KU SANGKA ORANG GILA



Gambar hiasan semata-mata
Rohaida Faizah Rohaida berkongsi siaran
Semalam jam 3:47 PAGI
Foto Motivasi & Bimbingan
14 September jam 12:01 PAGI


Ku Sangka Orang Gila

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh" karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah-olah memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan-bukan. Kot-kot wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba-tiba pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)


Sebarkan....
Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt


Gambar hiasan semata-mata


Friday, 14 September 2018

SUNGGUH INDAH KALAM ULAMA



Nurul Husna Zulkifli

Antara pesan YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man petang ini, beliau menceritakan tentang pesan Imam Syafi’i kepada Yunus bin Abdil A’la (salah seorang murid Imam Syafi’i).

Suatu ketika Yunus bin Abdil A'la berbeza pendapat dengan Imam Syafi'i dalam satu permasalahan di saat beliau sedang mengajar di masjid.

Kemudian berdirilah Yunus sambil marah dan meninggalkan pengajian lalu pulang ke rumahnya.

Malam tiba. Yunus mendengar suara pintu rumahnya diketuk orang.

"Siapa..?" Tanya Yunus.

"Muhamad bin Idris.." Kata yang mengetuk.

"Ini Syafi'i", kata Imam Syafi'i.

Waktu pintu dibuka, Yunus terkejut luar biasa..!

Lantas Imam Syafi'i berkata:

"Hai Yunus, ratusan masalah menyatukan kita, apakah hanya kerana satu masalah kita berpisah..?"

Janganlah engkau berupaya untuk selalu menang dalam setiap perdebatan, krana memenangkan hati lebih utama daripada memenangkan perdebatan!

Jangan kau hancurkan jambatan yang sudah kau bangun dan kau seberangi, kerana boleh jadi jadi engkau memerlukannya untuk kembali di satu hari nanti..!

Upayakan diri engkau untuk membenci kesalahan, bukan membenci pelakunya..!

Marahlah engkau pada maksiat, tapi maafkan pelakunya. Kritiklah pendapat orang, namun tetap hormatilah orang yang mengatakannya.

Tugas kita dalam hidup ini adalah membunuh penyakit, bukan membunuh orang yang sakit..!

Jika orang datang padamu meminta maaf, berilah maaf!

Bila engkau didatangi orang bingung, dengarkanlah luahannya! Jika orang yang datang padamu, berilah ia dari sebahagian apa yang telah Allah berikan padamu. Bila ada yang datang menasihatimu, berterima kasihlah kepadanya...!

Meskipun engkau hanya menuai duri di satu hari, tetaplah kau tanam bunganya dan jangan pernah ragu. Kerana balasan dari Zat yang Maha Kasih dan Maha Dermawan jauh lebih mulia dari pada balasan manusia.

#Kredit: FarizRahim




Thursday, 6 September 2018

Nabi Daud a.s Sangat Takut Kepada Allah s.w.t.




Kisah-kisah Insan yang Bertaqwa


.. Diriwayatkan oleh Mujahid: “Nabi Daud a.s. menangis selama 40 hari dalam sujud tanpa mengangkat kepala sehingga tumbuh lumut-lumut dari titisan air matanya, beliau juga menutup mukanya disebabkan kesalahan yang telah dilakukannya.”


Lalu kedengaran suara yang berkata: “Wahai Daud, apakah kamu lapar, kalau kamu lapar kamu akan diberi makan. Kalau kamu haus kamu akan diberi minum, kalau kamu tiada pakaian kamu akan diberi pakaian.”


Apabila Nabi Daud mendengar suara itu maka beliau pun memekik dengan pekikan yang sungguh kuat sehingga kayu yang basah menjadi kering dan terus terbakar disebabkan takutnya kayu itu.


Kemudian Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Daud a.s., lalu Nabi Daud a.s. berdoa: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah kesalahanku ditulis dalam tapak tanganku.” Maka tertulislah kesalahan Nabi Daud a.s. ditapak tangannya. Nabi Daud a.s. tidak membuka tapak tangannya walaupun ketika hendak makan, minum atau untuk keperluan lain. Setiap kali Nabi Daud a.s. melihat kesalahan yang tertulis di tangannya beliau akan menangis.”


Mujahid meneruskan ceritanya lagi: “Dibawakan kepada Nabi Daud a.s. gelas yang mengandungi 2/3 air untuk diminum, apabila Nabi Daud a.s. meletakkan gelas pada bibirnya maka terpandanglah beliau akan kesalahan yang tercatit di tangan beliau. Lalu menangislah Nabi Daud a.s. sehingga gelas tadi dipenuhi dengan air matanya.”


Diriwayatkan bahawa Nabi Daud tidak mengangkat kepalanya memandang ke langit sehingga beliau wafat, ini adalah kerana malunya beliau kepada, Allah s.w.t.


Dalam munajatnya Nabi Daud a.s. pada Allah s.w.t., beliau berkata: “Wahai Tuhanku! Apabila aku mengingatkan kesalahanku, maka sempitlah bumi ini bagiku. Apabila aku ingat kepada rahmatMu maka kembalilah nyawaku. Mahasuci Engkau wahai Tuhanku, Engkau datangkan doktor-doktor hamba Engkau untuk mengubati kesalahanku. Kesemua mereka menunjukkan aku kepada Engkau. Maka celakalah bagi orang-orang yang berputus asa dari rahmat Engkau.”


Pada suatu hari Nabi Daud a.s. telah mengingati dosanya, beliau pun melompat dengan meletakkan tangannya ke atas kepala lalu berlari sehingga sampai di bukit. Kemudian berkumpullah binatang buas mengadapnya. Berkata Nabi Daud a.s. pada binatang-binatang itu: “Baliklah kamu semua, aku tidak memerlukan kamu semua. Sesungguhnya yang aku kehendaki ialah, setiap orang hendaklah menangis di atas kesalahan mereka itu, dan setiap yang melakukan kesalahan pada Allah hendaklah menangis.”


Berkata Nabi Daud a.s. “Tinggalkan aku, biar aku menangis sebelum hari tangisan. Sebelum datang hari di mana tulang-belulang aku dihancurkan dan dibakarnya perutku, dan sebelum disuruh kepadaku oleh para malaikat yang bersikap kasar dan keras. Mereka itu tidak sekali-kali menderhakai Allah dan mereka itu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah ke atas mereka.”


Abdul Aziz bin Umar berkata: “Ketika Nabi Daud a.s. telah membuat kesalahan maka kuranglah merdu suaranya, lalu beliau berdoa: “Wahai Tuhanku! Benarkanlah suaraku dalam kebersihan suara orang-orang shiddiq.”


Dikisahkan bahawa apabila Nabi Daud a.s. telah lama benar menangis, tangisannya itu tidak mendatangkan faedah, maka sempitlah baju besinya dan sangat susah benarlah hatinya. Kemudian beliau berdoa: “Wahai Tuhanku! Apakah Engkau tidak mengasihani akan tangisanku?”

Lalu Allah SWT berfirman: “Wahai Daud! Kamu lupa akan dosa kamu dan kamu ingatkan tangisanmu itu.”


Berkata Nabi Daud a.s. “Ya Tuhanku dan Penghuluku! Bagaimana hendak aku lupakan dosaku apabila aku membaca kitab Zabur, nescaya ia mencegah air yang mengalir dari mengalir. Menenangkan hembusan angin, dan burung menaungi atas kepalaku. Aku menjinakkan binatang-binatang liar di tempat sembahyangku. Wahai Tuhanku dan Penghuluku! Apakah keliaran ini yang ada di antaraku dengan Engkau?”


Kemudian Allah s.w.t. berfirman: “Wahai Daud! Itu adalah kejinakkan taat dan ini keliaran maksiat Wahai Daud! Adam itu makhluk dari ciptaanKu, Aku ciptakan dia dengan tangan (kekuasaan) Ku, Aku hembuskan padanya rohKu dan Aku suruh para malaikatKu sujud kepadanya. Dengan mahkota kemuliaanKu Adam mengadu kepadaKu kerana keseorangan, kemudian Aku kahwinkan dia dengan Hawa hamba wanitaKu dan aku tempatkan dia dalam syurgaKu. Setelah itu dia telah berbuat maksiat kepadaKu, lalu Aku usir dia dari tetanggaKu dengan tidak berpakaian (telanjang) dan hina. Wahai Daud! Dengarlah dari Aku yang benar Aku firmankan, engkau minta kepada Kami, Kami berikan kepada engkau. Engkau berbuat maksiat kepada Kami, kami perlambat-lambatkan kepada engkau. Dan kalau engkau kembali kepada Kami nescaya Kami terima engkau.”


Diriwayatkan bahawa apabila Nabi Daud a.s. hendak menangis maka dia tidak akan makan dan minum selama seminggu, dan akan keluar beliau ke tanah lapang. Beliau menyuruh anaknya Sulaiman supaya menyeru kepada semua yang ada dalam semak, bukit-bukau, gunung-ganang dan di mana sahaja supaya datang untuk mendengar ratapan Nabi Daud a.s.


Setelah Nabi Sulaiman a.s. menyampaikan berita tersebut maka datanglah binatang-binatang buas, binatang-binatang yang menjalar, burung-burung, anak-anak gadis dan orang ramai dari seluruh pelusuk. Kemudian Nabi Daud  a.s. naik atas mimbar dan beliau dikelilingi oleh Bani Israil (kaum Yahudi).


Lalu Nabi Daud a.s. memuji Allah s.w.t. Kemudian gemparlah mereka semua dengan tangisan dan pekikan. Setelah itu Nabi Daud a.s. menceritakan tentang syurga dan neraka. Apabila terdengar sahaja tentang syurga dan neraka maka matilah setengah binatang-binatang yang menjalar, binatang liar, binatang buas dan manusia. Kemudian Nabi Daud a.s. menceritakan tentang huru-hara hari kiamat dan beliau sendiri menangis, maka di masa itu matilah segolongan makhluk Allah.


Apabila Nabi Sulaiman a.s. melihat terlampau banyaknya yang mati maka beliaupun berkata: “Wahai ayahku! Ayah telah membinasakan para pendengar setiap kali syarahan. Kini telah banyak yang mati terdiri dari Bani Israil dan binatang-binatang.”


Kemudian Nabi Daud a.s. pun berdoa, dalam waktu beliau sedang berdoa itu tiba-tiba seorang hamba dari Bani Israil berkata: “Wahai Daud! Kamu terlalu cepat sangat meminta balasan dari Tuhanmu.”


Apabila Nabi Daud a.s. mendengar kata-kata hamba itu maka beliaupun jatuh tersungkur dan pengsan. Nabi Sulaiman a.s. yang menyaksikan peristiwa itu berkata: “Ketahuilah sesiapa yang berteman atau berkeluarga dengan Daud a.s. hendaklah mereka itu membawa Nabi Daud ke tempat tidurnya, sesungguhnya orang-orang yang bersama Daud a.s. itu telah mati disebabkan Nabi Daud  a.s. menceritakan kepada mereka tentang syurga dan neraka.


Setelah Nabi Daud a.s. sedar dari pengsannya, beliau bangun berdiri dan meletakkan tangannya di atas kepala. Kemudian beliau masuk ke rumah tempat ia beribadah dan dikuncinya dari dalam dan beliau pun berdoa: “Ya Tuhanku! Adakah Engkau marah kepada-ku?” Begitulah Nabi Daud a.s. sentiasa bermunajat kepada Allah s.w.t..


Nabi Sulaiman a.s. datang menghampiri rumah tempat ayahnya beribadat, beliau meminta izin masuk. Setelah Nabi Daud a.s. mengizinkan anaknya masuk, Nabi Sulaiman a.s. membawa bersamanya roti untuk ayahnya.


Berkata Nabi Sulaiman a.s.: “Wahai ayahku, makanlah roti ini, mudah-mudahan akan menguatkan kesihatan ayah.”


Pada suatu hari Nabi Daud a.s. memberikan ceramahnya pada orang ramai, beliau banyak memberi nasihat supaya takutkan kepada Allah. Pada masa beliau memulakan ceramah terdapat 40,000 orang yang menghadiri majlis itu, oleh kerana para pendengar itu berasa cukup takut kepada Allah s.w.t. maka 30,000 orang dari seramai 40,000 itu telah mati disebabkan takutnya mereka kepada Allah s.w.t.. Akhirnya yang pulang bersama Nabi Daud a.s. cuma 10,000 orang sahaja.


Dikisahkan bahawa Nabi Daud a.s. ada dua orang hamba perempuan, apabila Nabi Daud a.s. merasa takut kepada Allah s.w.t. maka kedua hamba itu akan naik duduk di atas dada dan di kaki Nabi Daud a.s., ini adalah kerana khuatir anggota Nabi Daud a.s. akan cerai-berai oleh kerana takutnya ia kepada Allah s.w.t..


Dipetik Dari Buku:  2002 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati - Siri 2
Pengarang: A. K. Alang Jaafar






Turki tolak guna dolar



3 SEPTEMBER 2018


ANKARA - TURKI . Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyelar Amerika Syarikat (AS) dan turut menegaskan Ankara tidak akan menggunakan dolar dalam urus niaga bersama Rusia dan negara lain.


"Jangan percayakan AS kerana mereka seperti 'serigala liar'. Rundingan sedang berlangsung antara Turki dan Rusia tentang penggunaan mata wang negara dalam hubungan perdagangan bilateral," katanya ketika berucap dalam forum perniagaan di Bishkek, semalam.


Langkah itu dibuat selepas Washington mengenakan 'hukuman' ke atas ekonomi Ankara termasuk sekatan terhadap beberapa menteri dan menaikkan tarif import aluminium dan keluli dua kali ganda hingga menyebabkan kejatuhan nilai mata wang lira.


"Penggunaan mata wang dolar hanya memusnahkan kami. Kami tidak akan berputus asa dan akan mencapai kemenangan," ujarnya lagi.


Konflik tercetus antara kedua-dua negara selepas seorang paderi warga AS berdepan tuduhan keganasan di Turki.


Paderi Andrew Brunson didakwa terlibat dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Gerakan Hizmet, pimpinan ulama berpangkalan di AS, Fethullah Gulen yang didakwa mendalangi cubaan menggulingkan Erdogan pada 2016. 


Difahamkan, Brunson yang menafikan kesemua tuduhan itu telah menjalani hukuman penjara hampir dua tahun.


Jika disabit bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara 35 tahun dan tindakan Turki mengenakan tahanan rumah ke atas paderi itu memburukkan lagi sengketa antara kedua-dua negara. - Press TV






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title