“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.
Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat
bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka
bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?
Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu).
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan
hukumNya) supaya kamu berfikir.” (Quran, surah Al-Baqarah: 219)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi,
dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan
dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan
kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu,
mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor
itu atau kamu masih berdegil)?” (Quran, surah Al-Maaidah: 90-91)
Berkaitan arak, Rasulullah
s.a.w. pernah melaknatnya golongan yang terlibat secara langsung berkaitan
aktiviti-aktiviti sehingga arak diminum:
“Rasulullah s.a.w. melaknat
tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta
diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta
dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan
harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi
dan Ibnu Majah)
Yang memerah/pembuat - pembekal.
Yang meminta diperahkan –pemborong.
Yang meminum - klien.
Yang membawa arak –
penghidang.
Yang minta dihantarkan - pemesan.
Yang menuang - pelayan.
Yang menjual – peniaga.
Yang membeli - pelanggan.
Yang makan hasil jualan –
pemegang saham.
Yang minta dibelikan - peminum
No comments:
Post a Comment