Allah s.w.t. telah menjamin
rezeki kepada semua makhluk; diri, anak-anak, isteri-isteri, ibu bapa dan
tanggungan yang lain termasuk orang-orang kafir.
Allah s.w.t. juga telah
memberi rezeki kepada binatang-binatang; cacing yang berada di dalam tanah,
ikan yang berada di dalam air, burung yang berada di udara, semut yang berada
di lubang yang gelap, dan ular yang berada dipersembunyiannya.
Oleh itu, kenapa kita risau
mengenainya?
Jangan risau ya, yakin dengan
Allah s.w.t., Maha Kaya, Agung, Perkasa, dan jangan gundah, takut, gelisah,
kecewa, ragu dan hilang punca. Allah s.w.t. mengatur semua itu, kita hanya
berikhtiar, berusaha, berharap, berdoa, bertawakal, dan kemudian menyerahkan
segalanya kepadaNya.
Maka benarlah firman Allah
s.w.t.:
إِنَّمَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ
أَوۡثَـٰنًا وَتَخۡلُقُونَ إِفۡكًاۚ
إِنَّ ٱلَّذِينَ تَعۡبُدُونَ
مِن دُونِ ٱللَّهِ
لَا
يَمۡلِكُونَ لَكُمۡ رِزۡقًا فَٱبۡتَغُواْ
عِندَ ٱللَّهِ ٱلرِّزۡقَ
وَٱعۡبُدُوهُ
وَٱشۡكُرُواْ لَهُ ۥۤۖ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh
orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya
mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang
lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu
carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah
kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan." (Quran,
surah al-Ankabut: 17)
وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَـٰدَكُمۡ
خَشۡيَةَ إِمۡلَـٰقٍۖ
نَّحۡنُ نَرۡزُقُهُمۡ
وَإِيَّاكُمۡۚ
إِنَّ قَتۡلَهُمۡ ڪَانَ خِطۡـًٔا كَبِيرًا
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan
kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar."
(Quran, surah al-Isra: 31)
وَمَا مِن دَآبَّةٍ
فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا طَـٰٓٮِٕرٍ يَطِيرُ
بِجَنَاحَيۡهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمۡثَالُكُمۚ
مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن
شَىۡءٍۚ
ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِمۡ يُحۡشَرُونَ
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak
seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka
umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab
Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan)." (Quran, surah al-An'sam: 38)
۞ قُلۡ تَعَالَوۡاْ أَتۡلُ مَا حَرَّمَ
رَبُّڪُمۡ عَلَيۡڪُمۡۖ
أَلَّا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔاۖ
وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًاۖ
وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَـٰدَڪُم مِّنۡ إِمۡلَـٰقٍۖ
نَّحۡنُ نَرۡزُقُڪُمۡ
وَإِيَّاهُمۡۖ
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلۡفَوَٲحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا
وَمَا بَطَنَۖ
وَلَا تَقۡتُلُواْ ٱلنَّفۡسَ
ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا
بِٱلۡحَقِّۚ
ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ
"Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah
diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan
Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan
janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah
yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri
kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan
janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya)
melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya." (Quran,
suran al-An'aam: 151)
Mari kita perhatikan dua
contoh makhluk yang menerima rezeki:
Maryam a.s. di beri rezeki di
mihrab masjid setiap pagi dan petang. Ketika dikatakan kepadanya:
"Wahai Maryam, dari mana engakau dapat makanan ini?"
Maryam menjawab:
"Demi Allah. Sesungguhnya Allah. s.w.t. memberi tezeki kepada
orang yang dikehendakinya tanpa perhitungan."
Ibnu Jauzi mengungkapkan:
"Ada seekor ular buta berada di dahan kurma, kemudian datanglah
seekor burung pipit membawa sepotong daging dimulutnya. Ketika mendekati ular
tersebut, burung pipit itu berkicau dan ular pun membuka mulutnya, selanjutnya
burung pipit tersebut meletakkan daging yang dibawanya ke mulut ular tadi. Maha
Suci Allah yang mengatur perkara tersebut."
Maka bersyairlah seorang
ulamak:
"Jika anda melihat ular menyemburkan racunnya, maka tanyakanlah
kepadanya, siapakah yang meletakkan racun itu di mulutnya? Tanyakan juga
kepadanya bagaimana ia boleh hidup, padahal mulutnya dipenuhi racun?"
No comments:
Post a Comment