Rupa-rupanya Ini Dia Sebab
Muammar Gaddafi Dibunuh Amerika Syarikat !!! Menyesal tak sudah Rakyat Libya
Sekarang !!!
JUL 7
ADMIN
Gaddafi mengoyak kulit depan
Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia. Kemudian
kertas itu dibaling ke podium ke arah pemimpin kuasa besar dunia yang telah
sekian lama mencabuli matlamat kewujudan badan dunia itu. Demikian hinanya
pemimpin-pemimpin yang bersekongkol dengan AS atas nama PBB untuk menindas
negara-negara kuasa kecil dan miskin.
Podium PBB adalah premis yang
penuh hormat dan mulia. Podium itu juga menjadi pentas sandiwara kuasa besar
menggunakan lesen “membunuh” yang dikeluarkan atas nama Majlis Keselamatan PBB.
Maka dunia telah lama hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada PBB.
Mengoyak piagam PBB di majlis
rasmi PBB memberikan signifikan keruntuhan badan dunia itu dan maruahnya telah
dipijak oleh pemimpin negara Islam yang berani dan radikal. Belum pernah dalam
sejarah PBB pemimpin sebuah negara mengoyak piagam dan mencampakkan kepada
pemimpin dunia di belakangnya. Sejarah hina PBB akhirnya tercipta biarpun
kebanyakan agensi berita Barat melaporkan tindakan itu kurang ajar.
Kita wajar berbangga dan
berterima kasih kepada Gaddafi yang berani bertindak “kurang ajar” demi
menyedarkan pemimpin kuasa besar yang mendominasi PBB. Gaddafi sebenarnya
melangsungkan kritikan keras Dr. Mahathir enam tahun lalu. Gaddafi tentunya
tidak berhasrat untuk pergi makan angin ke New York buat kali pertama sejak
memerintah Libya 40 tahun lalu. Gaddafi memulaukan PBB kerana badan dunia itu
dipimpin oleh kuasa besar besar yang tidak prihatin kepada negara-negara kuasa
kecil.
Media antarabangsa, yang
masing-masing dipengaruhi oleh Amerika Syarikat dan Britain melalui lidah rasmi
mereka, CNN dan BBC, telah berjaya melabelkan Gaddafi sebagai seorang diktator
yang tegar dan zalim. Seperti biasa, media berkenaan tidak akan mendedahkan
sebarang kebaikan Gaddafi semasa pemerintahannya. Gaddafi tidak seperti
diktator lain, berjaya menunjukkan sifat perikemanusiaan, yang selama ini tidak
pernah didengari.
Adakah kedatangan demokrasi ke
bumi Libya mampu untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya setelah rejim Gaddafi
kecundang? Hanya masa yang akan menentukan jawapannya. Sementara itu, berikut
merupakan fakta-fakta yang tidak diketahui oleh masyarakat dunia mengenai
pemerintah diktator Libya, Muammar Gaddafi (pemimpin UmporNO Be eNd boleh buat
ke?? Runtuhla langit jawabnye…) :
1. Tiada bil elektrik di
Libya. Elektrik adalah percuma untuk semua rakyatnya. Sumber eletriknya
dibekalkan oleh syarikat kepunyaan Negara sendiri (sori beb, IPP tak main beb…)
iaitu General Electric Company of Libya (GECOL).
2. Tiada faedah ke atas
pinjaman bank. Bank-bank di Libya adalah milik kerajaan dan pinjaman diberikan
kepada semua warganegara pada kadar faedah 0% oleh undang-undang.
3. Rumah dianggap sebagai hak
asasi manusia di Libya. Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat
rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa Gaddafi meninggal
dunia semasa dia, isterinya dan ibunya masih lagi tinggal di khemah.
4. Pengantin baru menerima
60,000 Dinar (USD 50,000). Semua pasangan pengantin baru di Libya menerima
60,000 Dinar oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka bagi
memulakan hidup berkeluarga.
5. Pendidikan dan rawatan
perubatan percuma. Sebelum Gaddafi memerintah Libya, hanya 25% rakyatnya celik
huruf. Hari ini, angka tersebut meningkat kepada 83%.
6. Peladang mendapat bantuan
percuma.Sekiranya rakyat Libya ingin menceburkan diri dalam bidang perladangan,
mereka akan menerima tanah ladang, rumah ladang, peralatan, benih dan ternakan
secara percuma.
7. Kemudahan pendidikan dan
rawatan luar negara. Sekiranya perkhidmatan pendidikan dan rawatan yang diperlukan
oleh rakyat di Libya tiada, kerajaan akan menanggung perbelanjaan untuk
mendapatkan perkhidmatan tersebut di luar negara, termasuk penginapan berjumlah
USD 2,300 sebulan dan elaun kereta, secara percuma.
8. Subsidi kereta. Di Libya,
kerajaan akan memberi subsidi pembelian kereta sebanyak 50% daripada harga
kereta berkenaan.
9. Harga petrol yang
rendah. Harga petrol di Libya ialah USD 0.14 seliter.
10. Hasil jualan minyak diagihkan kepada rakyat. Sebahagian hasil jualan minyak Libya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank semua rakyat Libya.
11. Hutang dan Rizab. Libya
tidak mempunyai hutang di luar negara dan mempunyai rizab berjumlah USD 150 bilion.
12. Graduan menganggur
mendapat gaji. Sekiranya seseorang rakyat Libya gagal mendapatkan pekerjaan
selepas menamatkan pengajian, kerajaan akan membayar graduan berkenaan “gaji”
purata mengikut profession yang layak, seolah-oleh graduan berkenaan sedang
bekerja, sehingga mendapat pekerjaan yang sebenar.
13. Elaun melahirkan
anak. Seorang ibu yang melahirkan anak akan menerima USD 5,000
14. Harga makanan yang
rendah. Harga 40 buku roti di Libya hanya berjumlah USD 0.15.
15. Rakyat berpendidikan
tinggi. Sebanyak 25% daripada rakyat Libya mempunyai ijazah universiti.
16. Projek pengairan. Gaddafi
melaksanakan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai
projek “Great Man-Made River” (GMR), untuk memastikan bekalan air sentiasa ada
di seluruh Libya yang di mana kebanyakan kawasan negara ini adalah padang pasir
Sahara yang kering kontang.
No comments:
Post a Comment