Saturday, 15 June 2019

Hutang wajib dibayar walaupun si peminjam sudah meninggal dunia




Beratnya tak bayar hutang sehingga Nabi enggan solat jenazah si mati! Ketahui 10 perkara tentang orang berhutang

Jumaat, 15 Mac 2019 8:00 AM
Oleh: USTAZ SHAMS


PADA minggu lepas kita telah bincangkan kewajipan kita perlu membayar hutang termasuk hutang dengan Allah.

Kategori kedua ialah berhutang dengan manusia. Hutang dalam Islam adalah perkara yang sangat serius sehingga kita akan dihalang daripada memasuki syurga terutama apabila kita tidak membayar balik hutang samada kerana tidak mampu atau enggan atau disebabkan masalah-masalah lain.

Mari kita teliti beberapa hadis nabi s.a.w. tentang orang yang tidak membayar hutang.

Dalam satu hadis nabi s.a.w. bersabda; "Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang."

Dalam hadis yang lain nabi s.a.w. bersabda; "Demi jiwaku dalam kekuasaan Allah, sekiranya seorang lelaki terbunuh pada jalan Allah (mati syahid), dan sekiranya Allah menghidupkan dia semula, kemudian dia terbunuh pada jalan Allah lagi dan sekiranya Allah menghidupkan dia semula kemudian dia terbunuh pada jalan Allah sekali lagi, tetapi dia meninggalkan hutang maka dia tidak akan masuk syurga sehinggalah hutangnya diselesaikan."

Baginda nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadis yang panjang mafhumnya, apabila diminta solatkan jenazah baginda s.a.w. bertanya kepada sahabat: "Jenazah ada hutang tak?" 

Sahabat menjawab: "Tidak ada ya." 

Rasulullah, maka nabi s.a.w. solatkan jenazah tersebut.

Apabila datang jenazah yang lain nabi s.a.w. bertanya: "Ada hutang tak?" 

Sahabat menjawab: "Ada ya Rasulullah," 

Rasulullah bertanya lagi; "Ada harta tak?" 

Sahabat menjawab: "Ada harta yang ditinggalkan sebanyak 3 dinar, maka nabi s.a.w. salatkan jenazah tersebut."

Maka berkata Abu Qattadah r.a.: "Ya Rasulullah! hutang si mati saya akan tanggung." 

Maka nabi s.a.w. akhirnya solatkan jenazah tersebut.

Kemudian datang jenazah yang ketiga untuk disalatkan, nabi s.a.w. bertanya: "Adakah dia meninggalkan sesuatu harta."

Mereka menjawab: "Tidak ada."

Nabi s.a.w. bertanya: "Ada hutang tak?" 

Mereka menjawab: "Ada hutang sebanyak 3 dinar."

Maka jawab nabi s.a.w.: "Kamu salatkanlah jenazah sahabat kamu (dan nabi tidak akan salatkan jenazah tersebut)."

Maka berkata Abu Qattadah: "Ya Rasulullah! hutang si mati saya akan tanggung." 

Maka nabi s.a.w. akhirnya salatkan jenazah tersebut.

Oleh kerana beratnya kesan akibat tidak dapat menyelesaikan pembayaran hutang, maka mari kita teliti beberapa permasalahan hutang dan apa prinsip Islam secara ringkas seperti persoalan berikut:


1. Kita wajib bayar hutang ke walaupun pemberi hutang dah meninggal?

Jawapan: Wajib bayar kepada pewarisnya.


2. Saya dah cari pemberi hutang tapi tak jumpa?

Jawapan: Wajib cari pemberi hutang dengan segala cara sampai putus asa.


3. Dah cari sampai putus asa, tapi tidak berjumpa juga, masih kena bayar ke?

Jawapan: Wajib sedekahkan kepada asnaf seperti fakir miskin jumlah hutang tersebut dengan cara niatkan untuk bayar hutang kepada pemberi hutang tersebut.


4. Tiba-tiba, selepas sedekah ganti bayaran hutang tersebut, datang pemberi hutang pula, kena bayar hutang lagi tak?

Jawapan: Wajib bayar lagi kepada pemberi hutang tersebut dan apa yang telah disedekahkan, Allah beri pahala sedekah tersebut.


5. 20 tahun dulu saya beri hutang RM50 sekarang dibayar RM50 jugak ke rugi lah?

Hutang hendaklah dibayar dalam nilai semasa. Contohnya hutang sebanyak RM50 dulu berapa nilai tersebut pada masa sekarang.


6. Jiran saya selalu berhutang dengan saya tapi saya takut dia terasa hati kalau saya minta.

Jawapan: Tidak salah dan tidak berdosa apabila kita minta hutang penghutang terasa hati. Tetapi jangan keji dan maki, minta dengan cara yang baik, kalau dia tak mampu bayar kita disarankan bagi tempoh lanjutan, atau nabi SAW bersabda sedekahkan hutang tersebut lebih baik bagi kita. Allah akan berikan 18 pahala bagi orang yang beri hutang dan 10 pahala bagi yang sedekahkan. Maka kita akan dapat 28 pahala.


7. Penghutang bayar hutang tetapi halalkah sumber duitnya?

Jawapan: Kita tidak diwajibkan untuk menyelidik sumber halal atau haram.


8. Hutang saya sebagai isteri saya wajib bayar sendiri ke?

Jawapan: Hutang isteri menjadi tanghungjawab suami membayarnya. Sebab itu isteri kena isytiharkan kepada suami.


9. Saya tak ingat jumlah hutang?

Jawpaan: Ambil jumlah yang diyakini.


10. Saya tak ingat ada hutang ke tak?

Jawapan: Ambil pendirian yang paling kita yakini.


Maka atas alasan tersebut, kita sewajarnya mengisytiharkan hutang kita samada hutang dengan Allah atau hutang kita dengan manusia. Takut-takut apabila kita mati, walaupun dalam keadaan kita meninggalkan harta tetapi pewaris kita tidak mengetahui bahawa kita ada hutang yang wajib dilunaskan. Banyak lagi permasalahan hutang, kalau ada soalan tuan puan boleh e-melkan ke sham.harc@gmail.com 

Waallahua'lam

*** Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti.






Friday, 14 June 2019

Akhir zaman antara penyakit dialami umat ini





Nabi sudah lama pesan, 6 penyakit akan menimpa umat akhir zaman!

Jumaat, 26 April 2019 8:30 AM
Oleh: USTAZ SHAMS

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” 

Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi s.a.w. menjawab: "Penyakit-penyakit itu ialah:

1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain"


Jutaan saudara kita ditindas dengan pelbagai cara seperti wanita dirogol dan dibunuh dan kanak-kanak dibunuh, tanah dan rumah mereka dirampas, dibakar, dihalau dari kampung halaman, hatta dihalau dari negara asal masing-masing.

PADA akhir zaman ini terdapat penindasan berlaku di mana-mana sahaja termasuklah sesama umat Islam sendiri kerana sifat tamak dalam diri manusia.

Jutaan saudara kita ditindas dengan pelbagai cara seperti wanita dirogol dan dibunuh dan kanak-kanak dibunuh, tanah dan rumah mereka dirampas, dibakar, dihalau dari kampung halaman, hatta dihalau dari negara asal masing-masing.

Kita dapat lihat keadaan ini berlaku di merata dunia seperti kepada umat Islam Rohingya di Myanmar, penduduk asal Islam di Palestin, Ahli Sunnah di Syria, bangsa Islam Ughyur di China, bangsa Moro Islam di Selatan Filipina, penduduk Islam di selatan Thai, muslim di Bosnia dan muslim di Iraq.

Kalau kita teliti beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w., Nabi s.a.w. sudah menceritakan keadaan yang berlaku sekarang ini dan kenapa ia berlaku kepada umat Islam atau apa salah dan dosa umat Islam diperlakukan dan dihina sehina-hinanya?

Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” 

Nabi s.a.w. menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?”  

Nabi s.a.w. menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].

Ternyata daripada hadis di atas Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan berlakunya keadaan ini kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat kronik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih I.8 billion (setakat 2012).

Dua penyakit dikatakan itu ialah;

Pertama: Cintakan dunia sehingga memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa-apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa halal haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia.

Kedua: Takutkan mati. Akhirnya kerana terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut diancam dan dibunuh sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbunuh di medan peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini.

Ramai anak muda kini lebih mementingkan keseronokkan tanpa mengetahui halal dan haram.

Malangnya umat Islam akhir zaman takutkan kematian sebab itulah kata Nabi s.a.w. kita dikerumuni seperti makanan dikerumuni.

Ada penyakit lain lagi tak disebut oleh Nabi s.a.w. yang menjadi sebab keadaan ini berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” 

Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:

1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain

Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.

MasyaAllah, kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ni betapa penyakit yang Rasulullah s.a.w. sebutkan dalam hadis ini telah menular seperti wabak yang sangat bahaya dan tidak dapat dibendung penularannya dan menjadi penyakit kronik.

Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.

Akibat turutkan hawa nafsu, tentunya segala cara akan digunakan termasuk segala tipu muslihat tidak mengira halal haram dan dosa pahala.

Ketika itu lenyaplah nilai-nilai akhlak yang murni dan tinggallah kecurangan, khianat-mengkhianati, dengki mendengki dan zalim menzalimi… Nauzubillah.

Peperangan banyak mengorbankan nyawa insan tidak berdosa.

Apa ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?

Beberapa ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t. yang mencipta kita dan baginda Nabi s.a.w. adalah seperti berikut:


A103


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Quran, surah Ali Imran:103)

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” 

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga"- [Riwayat Bukhari].

Maka marilah kita kembali ke pangkal agama Islam kita dan berpegang kuat kepada ajaran-ajarannya, insya-Allah kita akan diselamatkan oleh Allah di dunia dan akhirat.

Semoga sama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan menjadi sebahagian dari amal jariah kita, insyaAllah.

*** Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title