Saturday, 18 February 2023

Masjid Zaid Thabit jayakan ‘Program Soul Journey Asnaf MAIWP’

 


CHERAS, 18 Feb - Masjid Zaid bin Thabit menjayakan ‘program Soul Journey Asnaf MAIWP’ dengan membahagikan pembelajaran dalam dua sesi; kuliah pengajian umum berkaitan kesempurnaan salat yang dibimbing oleh ustaz Abdul Halim Zakarian dan kelas bimbingan khusus mengikut kumpulan.

Ketika memberikan penjelasan tetang kesempurnaan salat, ustaz Abdul Halim banyak menekankan tentang kedudukan pergerakan anggota badan dan ketelitian dalam menyempurnakan setiap kali mengerjakan salat termasuklah dalam bacaan-bacaan dalam salat.

Suatu yang memudahkan para peserta memahami tentang kesempurnaan salat,  penayangan gambar-gambar melalui pancaran slaid yang disediakan khususu untuk peserta.

Memasuki sesi kedua; para peserta dibimbing oleh guru-guru khusus yang disediakan oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Wilayah Persekutuan.

Para peserta dibimbing mengikut kumpulan ditentukan atau ‘halaqah’ berpandukan kitab; Safinatu An-Naja Fi Ilmi  Al-Fiqh oleh Asy-Syeikh Salim bin Sumair dan ditulis semula oleh Abdul Ghani Jabal Maraqy dengan meletakkan tajuk: ‘Membicarakan hal-hal berkenaan dengan bersuci, salat, pengurusan jenazah, zakat dan puasa.’

Pada sesi pembelajaran, disamping guru-guru pembimbing menggunakan kitab tersebut, mereka juga berinisiatif melalui pendekatan yang sesuai mengikut tahap asnaf.

Kelas ini berjaya diwujudkan kerana keprihatinan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan mengarahkan para peserta merebut peluang yang disediakan disamping kesungguhan PUM Wilayah Persekutuan menyediakan  guru-guru berwibawa membimbing para peserta.

Tahniah kepada Masjid Zaid bin Thabit kerana berjaya menganjurkan program ini.

Sebelumn itu, program yang sama telah dijalankan di Kerinchi dan Pantai Ria Kuala Lumpur.

 

TENTATIF PROGRAM SOUL JOURNEY ASNAF MAIWP


1.30 Petang:

▪Solat Zohor berjemaah

▪Pendaftaran Kehadiran Asnaf

 

2.00 petang:

▪Ucapan Pembukaan Pengerusi masjid Zaid Bin Thabit

▪Kuliah Pengajian (Umum)

Ustaz Abdul Halim Zakaria (PUMWP)

Tajuk : Kesempurnaan Solat (Siri 1)

 

3.00 petang:

▪Kelas Bimbingan Khusus (Ikut Kumpulan)

 

4.00 petang:

▪Jamuan Ringan / Bersurai

Friday, 3 February 2023

JANGAN MAIN-MAIN


Islam serius dalam perkara-perkara ketuhanan, termasuk juga dalam hal-hal kehidupan dan keharmonian.

Kekejaman musuh-musuh Islam tidak membuatkan Nabi s.a.w. menyimpan dendam.

Ia tetap menunjukan kedamaian.

Kesannya meluluhkan hati musuh-musuh Islam.

Suatu hari, Baginda Nabi s.a.w. sedang mengerjakan salat fajar bersama sahabat-sahabat r.anhum di Hudaibiyyah.

Tiba-tiba datang sekitar 70 orang dari wilayah Tan'im hendak menyerang mereka.

Dalam strategik kesiap siagaan ini pasukan Islam telah dilatih memerhati, menghadapi dan bertindak balas daripada ancaman anasir jahat.

Namun sukar diatasi bila 'golongan dalam' berpakat dengan dajal melakukan kerosakan di muka bumi.

Didikan yang telus dapat mengamati kelibat-kelibat musuh; gerak-geri, tenungan mata dan gerakan-gerakan bibir mereka sangat mudah difahami.

Mereka lalu ditangkap, kemudian dibawa kepada Baginda Nabi s.a.w..

Selepas itu mereka dibebaskan tanpa tebusan.

Salah seorang diberi pengampunan adalah Ghawrats bin Al-Harits, meskipun dia telah mencuba membunuh Nabi s.a.w.

Ghawrats lalu kembali ke tengah-tengah kaumnya dengan berkata:

"Aku kembali mendatangi kalian dari tempat sebaik-baiknya manusia."

Pada masa yang lain, jenazah lewat di hadapan Rasulullah s.a.w..

Baginda s.a.w. berdiri menghormatinya.

Para Sahabat r.anhum. segera berseru;

"Wahai Rasulullah, itu adalah jenazah seorang Yahudi."

Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Bukankah ia juga manusia."

Rasulullah s.a.w. melarang pembunuhan perempuan, anak-anak (kanak-kanak), dan hamba sahaja selama mereka tidak terlibat dalam peperangan.

Sehingga setiap kali Nabi s.a.w. mengirim utusan atau ekspedisi pasukan, Baginda s.a.w selalu berpesan:

"Jangan berlebih-lebihan,
jangan menipu,
jangan main-main dan
jangan bunuh anak-anak."




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title