Thursday, 5 September 2019

Malaysia tidak boleh terima dengan mudah sebahagian penemuan MH17


Malaysia tidak boleh terima dengan mudah sebahagian penemuan MH17: VLADIVOSTOK, Rusia - Malaysia ada kesangsian dan tidak dapat menerima dengan mudah sebahagian daripada penemuan-penemuan pasukan penyiasat bersama (JIT) diketuai Belanda yang menyiasat insiden penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, terdapat keperluan kepada sebuah badan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dari banyak negara yang biasa dengan kejadian pesawat terhempas seperti itu untuk menyiasatnya kerana pandangan JIT mungkin tidak adil dan berpihak.
"Pandangan mereka mungkin tidak adil dan berpihak, kita perlukan sebuah badan bebas untuk melakukan siasatan. Dan penemuan-penemuannya juga adalah sesuatu yang tidak boleh kita terima dengan mudah.
"Hendak mengenal pasti siapa yang melepaskan tembakan adalah amat sukar (tetapi) untuk mengenal pasti jenis peluru berpandunya, ya dan kawasan di mana ia berlaku, itu boleh dipastikan tetapi untuk mengenal pasti siapa sebenarnya yang melepaskan tembakan, itu amat sukar dalam keadaan biasa," katanya semasa diwawancara oleh agensi berita Sputnik, yang beribu pejabat di Moscow, Rusia.
Mahathir kini berada di Vladivostok untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF). - Bernama




Kesetiaan tidak wujud tanpa kepercayaan


Kesetiaan tidak wujud tanpa kepercayaan: SETIA adalah sikap yang terpuji dan sangat dituntut dan amat diperlukan dalam kehidupan manusia sejagat. Sikap setia dalam sesuatu perhubung­an adalah intipati yang paling utama bagi kelangsungan jalinan hubung­an dan ikatan antara individu dengan individu lain, individu dengan kelompoknya, individu dengan organisasinya dan sete­rusnya dalam aspek yang lebih besar, iaitu negara.

Kesetiaan yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain (individu, organisasi, negara) da­tang bersama elemen kepercayaan. Kesetiaan tidak akan wujud antara kedua-dua pihak tanpa adanya kepercayaan. Semakin tinggi tahap kepercayaan, maka semakin tinggilah tahap kesetiaan yang diberikan.
Dalam rencana ini, penulis memfokuskan aspek kesetiaan kepada organisasi dan negara. Negara yang kita cintai ini telah pun mempunyai satu ideologi nasional yang menjadi nilai bersama yang amat ampuh dalam membina acuan hidup bernegara. Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah satu prinsip yang boleh menterjemahkan bagaimana cara yang patut dilakukan oleh setiap warga terhadap negara dalam aspek kesetiaan.
Konsep negara, kerajaan dan organisasi tidak akan wujud tanpa adanya kesetiaan. Kese­tiaan akan membawa bersama perasaan keterikatan individu kepada organisasi, kerajaan dan negara. Sepertimana tahap kepercayaan, tahap keterikatan juga menjadi pemboleh ubah bersandar kepada konsep kesetiaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title