Monday, 14 August 2017

STRATEGI BERMANFAAT DALAM ILMU MENGKHAYALKAN



Apabila Setiausaha Negara Amerika mengadakan siri jelajah sempena menghadiri beberapa mesyuarat serantau termasuk Forum ASEAN dan mesyuarat Menteri-Menteri Amerika-ASEAN bermula pada 5 Ogos 2017 di Filipina dan seterusnya menjelajah Thailand, Malaysia dan semalam di Vietnam.

Ada beberapa perkara yang tersurat dalam pertimbangan perbincangan yang mendepani isu-isu semasa dan serantau, di antaranya;


* Semenanjung Korea.

* Keselamatan/pertikaian Maritim.

* Menangani keganasan.

* Ujian peluru berpandu Korea Utara.

* Dan yang penting ketika ini terdapat kehadiran tentera Amerika di lapangan dalam usaha memerangi Daesh yang dinamakan Pasukan Petugas Operasi Khas Bersama Trident (serampang tiga mata) di Marawi, Filipina.


Di Perpustakaan of Congress di Washington, terdapat banyak buku-buku rujukan dan hasil penyelidikan yang hampir semua disiplin ilmu terdapat di sana. Pelbagai jenis manuskrip dan buku ilmiah yang membahas berbagai isu termasuk berkaitan; generasi, bangsa, umat, budaya, peradaban dan gelagat manusia.

Sayangnya, bangsa yang memiliki perpustakaan besar seperti itu adalah umat yang kuffur kepada Tuhannya. Mereka hanya mengetahui alam yang dapat dilihat oleh pancaindera saja; sedangkan disebalik itu, tidak mereka dengarkan, tidak mereka lihat, tidak mereka rasai, tidak mereka terfikirkan dan tidak mereka perhatikan tentang keindahan penciptaan alam ini.

Ibarat suatu perumpamaan; sebuah taman yang sangat hijau, sayangnya kambing yang ada di dalamnya sakit, sebuah dusun raja buah dikenali durian yang amat sedap namun isinya mengkal, buah kurma yang sangat lazat namun kekikiran begitu mengekang dan air yang sangt segar namun terasa pahit di mulut.

Orang Yahudi mempunyai ilmu, tetapi ilmu yang ada tidak menyebabkan mereka mendapat petunjuk. Mereka memiliki bukti, tetapi bukti yang ada pada mereka tidak dapat mengubah penyakit hati mereka.

Orang Nasrani memiliki penyelidikan, tetapi penyelidikannya yang ada tidak mengarahkan mereka mendapat hidayah. Mereka pula mengawal capaian kajian, tetapi hasilnya yang ada pada mereka tidak dapat membimbing persepsi buruk dalam akal mereka mengenai 'Addeen'.
Mereka memiliki pendapat, tetapi pendapat yang ada pada mereka tidak mampu mengalahkan kebatilan dalam tindakan-tindakan mereka.

Mereka memiliki riwayat, tetapi riwayat yang ada pada mereka tidak benar.

Mereka memiliki bacaan, tetapi bacaan yang ada pada mereka tidak boleh menuntun kepada kebenaran.

Mereka memiliki petunjuk, namun petunjuk yang ada pada mereka lebih kepada menunjukkan kepada penyimpangan.

Mereka juga memiliki pengarahan, namun pengarahan itu membimbing kepada pengingkaran.

Mereka memiliki strategi, namun strategi yang ada pada mereka menjurus kepada pencatur mengharu biru rakan serantau.

Mereka memiliki modus operandi, namun modus operandi yang ada pada mereka untuk menggempur musuh dilakukan melalui lambaian, bisikan, ugutan, tekanan dan komplot bersekongkol.

Bagaimana mungkin pemilik-pemilik ilmu itu mendapat ketenangan, keseronokan dan hidayah petunjuk, sementara mereka adalah yang pertama menentang keharmonian dan keadilan dengan ucapan-ucapan, rancangan-rancangan dan tidakan-tindakan yang mereka menafikan kehidupan orang lain?

Benarlah firman Allah s.w.t. yang dirakamkan dalam Al-Quran menerusi surah Fushshilat ayat 17 dan surah An-Nisaa' ayat 155.
  



“Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.” (Quran, surah Fussilat: 17)




“Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).” (Quran surah An-Nisaa': 155)







Friday, 4 August 2017

KENAPA ARAK/KHAMR DUNIA DIHARAMKAN?



Mengapa arak/khamr dunia diharamkan sedangkan khamr surga dibolehkan? Ketahuilah, khamr surgawi berbeza dengan khamr dunia.

Kita ketahui bersama bahawa khamr dan semua yang memabukkan telah diharamkan oleh Allah s.w.t. di dunia.

Allah Taala berfirman:


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ
وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا


“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Quran, surah  al-Baqarah: 219)


Dalam surah yang lain Allah s.w.t.  juga berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ 
وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Qurah, surah al-Maidah: 90).


Namun di surga khamr itu menjadi halal, bahkan ada sungai-sungai yang mengalirkan khamr yang lezat yang bebas di minum oleh penghuninya. 

Allah Ta’ala berfirman:


مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ


“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya,...”  (Quran, surah Muhammad: 15).


Imam Ibnu Katsir dalam Tafsirnya menjelaskan beberapa sifat khamr surgawi:


1.    Tidak mengandung zat yang memabukkan. Sebagaimana firman Allah:


لا فِيهَا غَوْلٌ وَلا هُمْ عَنْهَا يُنزفُونَ


“Tidak ada dalam khamar itu alkohol dan mereka tiada mabuk kerananya” (Quran, surah ash-Shaffat: 47)


2.    Tidak membuat mabuk dan pusing. Sebagaimana firman Allah:


لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلا يُنزفُونَ


“Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk.” (QS. Al Waqi’ah: 19)


3.    Warnanya putih,


4.    Rasanya lazat, sebagaimana firman Allah:


بَيْضَاءَ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ


“Warnanya putih dan terasa lazat bagi yang meminumnya.” (Quran, surah ash-Shaffat: 46)


5.    Boleh didapatkan tanpa perlu memeras/memerah, sebagaimana diriwayatkan:


لَمْ تَعْصُرْهَا الرِّجَالُ بِأَقْدَامِهَا


“Para lelaki tidak perlu memerasnya dengan kaki-kaki mereka.” (Hadith riwayat Ibnu Katsir dalam Tafsirnya, beliau mengatakan: ‘Hadits ini gharib, seakan-akan dia mursal’).


Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah pernah ditanya:

“Mengapa khamr di dunia di haramkan sedangkan di surga dihalalkan?”


Beliau menjawab:



“Khamr akhirat itu baik tidak memabukkan dan tidak memberi bahaya atau gangguan. Adapun khamr dunia, di dalamnya ada bahaya dan memabukkan serta memberi gangguan. Khamr akhirat tidak mengandung zat yang memabukkan dan tidak membuat mabuk peminumnya, serta tidak membuat gangguan pada akalnya atau bahaya pada badannya. Adapun khamr dunia, dapat mengganggu akal dan badan sekaligus. Dan semua bahaya yang ada pada khamr dunia itu tidak ada pada khamr akhirat” 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title