Thursday, 27 February 2025

Uzlah menilai pencapaian dan pelan Strategik 5 tahun


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus melangkah ke hadapan dengan melakukan penilaian komprehensif terhadap pencapaian sepanjang tahun 2024 dan melaksanakan Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 yang telah dirangka dengan matlamat untuk memperkukuh peranan MAIWP dalam memajukan kesejahteraan umat Islam di Wilayah Persekutuan.

MAIWP turut memperincikan pelbagai langkah yang bertujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan dan meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Baru-baru ini, satu perbincangan penting yang dikenali sebagai Uzlah Ahli MAIWP Tahun 2025 telah diadakan untuk membincangkan beberapa isu strategik dan hala tuju organisasi.

Tiga agenda utama telah dibincangkan dengan tujuan mempertingkatkan pencapaian dan prestasi MAIWP serta anak syarikatnya:

1.        Penilaian Prestasi Syarikat Milik MAIWP
Salah satu fokus utama adalah untuk menilai prestasi syarikat-syarikat yang dimiliki oleh MAIWP.

Penilaian ini bertujuan memastikan semua syarikat yang bernaung di bawah MAIWP terus beroperasi secara efisien, memberi pulangan yang baik, dan menyumbang kepada matlamat sosial serta ekonomi MAIWP.

Langkah-langkah pengukuhan memastikan syarikat-syarikat ini bukan sahaja berkembang, tetapi juga memberi impak yang positif kepada ummah.

2.        Penyelarasan KPI 2025 untuk MAIWP, Syarikat Milik MAIWP dan JAWI
Pada tahun 2025, MAIWP akan menyelaraskan Key Performance Indicators (KPI) untuk organisasi, syarikat-syarikat miliknya dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Penyelarasan ini bertujuan memastikan semua entiti di bawah MAIWP bergerak ke arah matlamat yang selaras dan bersinergi.

Keberhasilan KPI ini akan menjadi kayu ukur dalam penilaian prestasi dan kejayaan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan dasar-dasar MAIWP.

3.        Pembangunan Hala Tuju Strategik bagi Pelan Strategik MAIWP 2026-2030
MAIWP sedang memulakan langkah awal dalam membangunkan hala tuju strategik untuk Pelan Strategik 2026-2030.

Pelan ini akan memfokuskan kepada perancangan jangka panjang dengan mengambil kira perubahan dinamik semasa, keperluan masyarakat dan perkembangan teknologi serta ekonomi.

Dalam era yang semakin mencabar, MAIWP berusaha memastikan bahawa perkhidmatannya relevan dan dapat memberi manfaat berterusan kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan serta mencapai tahap keberkesanan yang lebih tinggi.

Dengan perancangan yang lebih realistik dan terperinci, MAIWP terus berkomitmen dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai badan agama yang tidak hanya berperanan sebagai pengurus zakat, tetapi juga sebagai agen perubahan sosial dan ekonomi.

Bagi memastikan bahawa segala perancangan dan langkah-langkah yang diambil dapat mencapai objektif utama untuk meningkatkan taraf hidup ummah serta menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara masyarakat dan pemegang taruh (pemegang amanah).

Akhirnya, aspirasi yang jelas dan matlamat yang terarah, MAIWP terus memastikan semua inisiatif yang dirancang mampu memberi impak positif dan memperkasa umat Islam di Wilayah Persekutuan ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Sumber: FB MAIWP dan beberapa pengolahan

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title